Hari Hak Asasi Sedunia 2016: Perjuangkan hak-hak asasi, kebebasan yang ditetapkan kepada semua

0
42
Women gather at Padang Merbok ahead of a march to Parliament

(English version below) Hari Hak Asasi Sedunia 2016 yang bertemakan “Bangkit mempertahankan hak rakyat” mengingatkan kita bahawa tidak mengambilkira sebarang kejayaan dan kemajuan yang dicapai di arena hak asasi sejagat dunia selama 68 tahun ini, perjuangan ini masih belum berakhir.

Malah, ianya semakin penting memandangkan negara Malaysia menghadapi masa depan yang kabur dengan skandal mega 1MDB yang masih dipertikaikan, penghasutan terhadap masyarakat sivil, serta penindasan yang dialami oleh rakyat Malaysia.

Semasa konvoi dan perhimpunan Bersih 5 yang baru lepas, kita terpaksa perjuangkan hak untuk berkumpul dan bersekutu dengan bebas apabila bersemuka dengan pelbagai gangguan dan ugutan dari samseng ganas Umno berbaju merah yang ganas dan juga pihak polis yang berkeras menyekat program-program kami.

Dalam tindakan keras untuk menghalang Bersih 5, seramai 16 ahli politik dan aktivitis, termasuk pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, telah ditangkap sebelum dan semasa perhimpunan dilangsungkan.

Dalam salah satu pelanggaran hak asasi manusia yang paling jelas ketara baru-baru ini, Maria telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma. Beliau ditahan di kurungan bersendirian yang merupakan satu bentuk seksaan.

Penyalahgunaan akta ini, yang bertujuan mencegah keganasan, ke atas seorang pemimpin masyarakat sivil langsung tidak boleh diterima di sebuah negara yang bebas dan berdemokrasi. Tindakan ini cuma akan menggalakkan penyalahgunaan kuasa berleluasa.

Bersih 2.0 turut mengutuk kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan bahawa layanan yang diterima oleh Maria mematuhi prosedur biasa. Kami kekal bahawa tiada individu harus melalui pengalaman yang begitu tidak berperikemanusiaan. Kenyataan beliau amat membimbangkan apabila seorang dalam kedudukannya tidak berupaya mengenalpasti kejadian ini sebagai suatu perkara yang tidak bermoral.

Walaupun Maria sudah dibebaskan, serangan terhadap pihak-pihak NGO masih berterusan. Ini cuma salah satu dalih kerajaan untuk memesongkan perhatian rakyat dari isu-isu kewangan yang meragukan yang tengah melanda negara kita.

Pihak berkuasa turut menggunakan pelbagai sebab yang rapuh seperti pembiayaan dana dari luar negeri serta tuduhan ingin menjatuhkan kerajaan untuk menghapuskan masyarakat sivil sama sekali dalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa.

Masyarakat sivil mementingkan hal berdasarkan hak-hak asasi manusia. Serangan pihak berkuasa ke atas kami hanya menunjukkan sifat bermusuhan mereka terhadap perjuangan hak asasi manusia sejagat dunia.

Pada Hari Hak Asasi Sedunia 2016, Bersih 2.0 menuntut pihak berkuasa untuk menghentikan segala gangguan dan intimidasi terhadap pertubuhan NGO. Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk melindung hak-hak rakyat, dan bukan menghukum mereka.

Bersih 2.0 akan menumpukan perhatian kepada aktiviti pendaftaran pengundi menjelang PRU14. Kami tidak akan gentar atau disenyapkan oleh sebarang ugutan. Kami menggesa agar semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi dan menggalak semua rakan-rakan dan ahli keluarga yang belum berdaftar untuk turut serta.

Kuasa untuk ubah terletak di tangan kita dan kita mesti menggunakan hak kita untuk memilih pemimpin-pemimpin yang mampu memajukan Malaysia kepada masa depan yang lebih cerah sambil mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.

Tetapi untuk hari ini, mari kita memperingatkan bahawa martabat manusia adalah asas kepada dunia yang bebas, adil, dan aman.

Satukan Tenaga, Malaysia Baru.

Ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0.

On Human Rights Day 2016, Bersih 2.0 calls on every Malaysian to fight for rights and freedoms accorded to every human being

The theme of Human Rights Day 2016, “Stand up for someone’s rights today”, reminds us that despite the successes and progress of universal human rights in 68 years since the Universal Declaration of Human Rights, the struggle is not over.

In fact, it is relevant now more than ever as Malaysia weathers trying times with the unresolved 1MDB scandal, the persecution of civil society, and the oppression of regular Malaysian citizens.

During the seven-week Bersih 5 convoy and rally recently, we had to fight for our right to assemble and associate freely while facing a string of harassment and intimidation from violent red-shirt Umno gangsters as well as the police who sought to restrict our programmes.

In a pre-emptive crackdown to stop Bersih 5, 16 activists and politicians, including Bersih 2.0 chairperson, Maria Chin Abdullah, were arrested before and during the rally.

In one of the most recent and flagrant transgression of human rights, Maria was detained under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (or Sosma). She was held in solitary confinement, which is nothing less than torture. To misuse an anti-terror legislation on a civil society leader cannot and must not be accepted in a free and democratic country as it opens the door to further abuse.

Bersih 2.0 condemns Deputy Home Minister Nur Jazlan Mohamed’s remark on how Maria’s treatment follows standard operating procedures for detainees. We maintain that no person should ever be put through such a dehumanising and traumatic experience. It is extremely worrying that an individual of his standing sees nothing immoral about treating someone less than human.

While Maria has been released, the attacks on NGOs have not stopped, serving as another distraction from the very real and pertinent issue of the government’s own dubious funding. Under the flimsy guise of foreign funding and conspiracy to topple the government, the authorities seem intent on stamping out civil society for good in a desperate bid to maintain their powers.

Civil society is concerned with championing human rights. For the authorities to continue attacking us for that shows that they are antagonistic towards the need and the fight for universal human rights.

On Human Rights Day 2016, Bersih 2.0 demands that the authorities stop the harassment and intimidation of NGOs. The government has a duty to protect the rights of its citizens, not punish them.

Bersih 2.0 will be focusing our time and attention on voter registration in the run-up to GE14. We will not be cowed into fear or shut up by intimidation. We urge all Malaysians above 21 to register to vote and to encourage friends and family to do the same.

The power to change lies in our hands and we must exercise our right to choose leaders who will move Malaysia to a brighter future with the rakyat’s best interests in mind.

But for today, let us remember that human dignity lies at the heart of a free, just, and peaceful world.

Satukan Tenaga, Malaysia Baru.

Bersih 2.0 steering committee members

(Visited 180 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here