Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan pada 24 Jun di dalam satu ceramah di Nibong Tebal.
Menurut laporan daripada Malaysiakini, beliau mengatakan bahawa adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk menganjurkan program atau membuat pengumuman peruntukan semasa pilihan raya kecil adalah tidak menjadi satu kesalahan kerana para menteri berada di program-program itu berdasarkan kapasiti mereka sebagai menteri dan “kebetulan” ada pilihan raya.
Bersih mengecam kenyataan terbaru daripada timbalan menteri kerja raya bahawa perkara ini tidak salah, maka atas sebab itu mereka masih meneruskan tindakan-tindakan yang tidak beretika ini.
Bersih ingin mengingatkan bahawa amalan menggunakan sumber dan jentera kerajaan semasa berkempen adalah bertentangan dengan amalan baik pilihan raya bersih dan adil di peringkat antarabangsa.
Sebagai contoh, perkara 4(1) Deklarasi Inter-Parliamentary Union (IPU) yang menyatakan bahawa negara perlu memastikan adanya pemisahan antara kerajaan dan parti bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil.
Selain itu, terdapat program-program kerajaan yang melibatkan pemberian sumbangan, seperti dalam kes Dato’ Mohd Zubir bin Embong lwn Datuk Hj Ahmad Amzad bin Mohamed@Hashim. Dalam kes ini, Mahkamah Pilihan Raya pada 27 Jun 2023 telah mengisytiharkan kekosongan kerusi parlimen Kuala Terengganu – yang disandang oleh Ahmad Amzad ketika itu – kerana wujud beberapa aktiviti penyogokan dan rasuah, termasuk yang melibatkan pemberian bantuan kerajaan negeri Terengganu ketika itu.
Bersih juga telah mengeluarkan garis panduan tiga C (no campaign, no condition, no candidate) untuk sebarang aktiviti kerajaan bukan sementara -seperti kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri – semasa pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan semasa tempoh kempen pilihan raya di dalam pilihan raya kecil.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Bersih juga menegaskan bahawa kenyataan timbalan menteri kerja raya tersebut bertentangan dengan pesanan perdana menteri pada 12 Jun menerusi kenyataan Fahmi Fadzil untuk seluruh anggota kabinet mematuhi undang-undang pilihan raya sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil Sungai Bakap.
Dalam pada itu, Bersih akan terus menggesa agar parti-parti dalam kerajaan “Madani”, terutama daripada Pakatan Harapan yang melaungkan slogan reformasi selama lebih dua dasawarsa untuk mengotakan janji yang dicanang sebelum ini.
Jangan kalian berterusan mengulangi kesalahan walaupun sudah ditegur sekian kalinya sehingga menjadi seperti arang yang dibasuh dengan air mawar sekalipun, nescaya tidak akan putih.
Justeru penting untuk ditegaskan keperluan untuk kerajaan Madani menggariskan perancangan reformasi pilihan raya segera berserta garis masa pelaksanaannya dalam tempoh mandat kepimpinan kerajaan yang ada. – Bersih
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme