Forum pilihan raya kecil Sandakan: Calon-calon bebas akan mengambil bahagian

0
59

Mengambil kesempatan pilihanraya kecil P186 Sandakan yang sedang berjalan sebelum ke hari pengundian pada 11 Mei 2019 ini, Bersih Sabah akan menganjurkan satu forum untuk membawakan suara calon-calon yang bertanding tentang apa idea dan perancangan mereka sekiranya memenangi kerusi parlimen Sandakan ini.

Kami telah menghantar jemputan kepada semua calon-calon namun sayangnya hanya calon bebas yang sedia untuk berforum. Calon daripada DAP dan PBS tidak dapat hadir kerana menurut kedua-duanya, mereka telah mempunyai jadual yang padat dan tidak dapat diubah.

Calon yang akan berforum adalah calon-calon bebas Hamzah Abdullah, Sulaiman Abdul Samat dan Saudara Chia Sew Yong.

Pilihan raya kecil kali ini adalah yang pertama untuk rakyat Sabah selepas 9 Mei 2019 dan menjadi penanda satu tahun pemerintahan Pakatan Harapan dan Warisan di Sabah.

Sehubungan itu, kami ingin menyemarakkan ruang kebebasan bersuara dan demokrasi dalam negara dengan menampilkan calon-calon untuk berkongsi visi mereka untuk membantu rakyat Sabah khususnya dan rakyat Malaysia umumnya membuat keputusan dalam pilihan raya kecil Sandakan.

Forum pilihan raya kecil Sandakan akan diadakan pada 6 Mei 2019, jam 10 pagi bertempat di Hotel Labuk, Bandar Labuk Jaya, Sandakan.

Forum ini terbuka kepada orang awam dan masuk adalah percuma. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saudara Asraf(0145724007).

Bersih 2.0 (Sabah)

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of