Faisal Aziz dari Abim dipilih sebagai pengerusi Bersih (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Jawatankuasa pemilihan yang baharu telah ditubuhkan untuk menjalankan pemilihan untuk memilih seorang pengerusi bagi mengemudi jawatankuasa pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk tempoh 2023-25.

Satu pemilihan bagi memilih pengerusi Bersih telah berjaya diselesaikan melalui proses pengundian pada 15 Disember.

Proses pengundian, yang dijalankan secara atas talian untuk membolehkan penyertaan endorsing NGO kepada Bersih yang berada di luar Lembah Kelang, menyaksikan penerimaan 45 kertas undi daripada 61 NGO yang membentuk gabungan Bersih. Jumlah pengundian adalah sebanyak 74%.

Kertas undi telah dibuka dan dikira sejurus penutupan pengundian pada 17:00 pada 15 Disember di pejabat Bersih. Proses tersebut disiarkan melalui aplikasi Zoom untuk disaksikan oleh endorsing NGO dan disaksikan oleh lima pemerhati daripada endorsing NGO secara fizikal di pejabat.

Nama calon dan jumlah undi diterima:

  • Muhammad Faisal Abdul Aziz – 23
  • Gopalan K Papachan – 22

Berdasarkan keputusan ini, jawatankuasa pemilihan mengisytiharkan saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz dipilih sebagai pengerusi Bersih bagi sesi 2023-25.

Jawatankuasa pemilihan mengucapkan setinggi tahniah kepada calon yang telah berjaya dan semoga menjalankan amanah dengan baik untuk memimpin Bersih dalam tempoh 2023-25.

Jawatankuasa pemilihan juga mengucapkan penghargaan kami kepada semua endorsing NGO Bersih yang menjalankan hak mereka untuk mengundi dan menjadikan pemilihan kali ini berjalan lancar.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sekretariat Bersih yang membantu menjalankan proses pemilihan ini dengan level profesionalisme, komitmen dan dedikasi yang tertinggi.

English version

Abim’s Faisal Aziz elected as Bersih’s new chairman

The election committee of Bersih, which was formed to carry out the process of electing a chairperson to lead the Bersih steering committee for the 2023-25 term, has announced that a new Bersih chairperson has been elected via polling on 15 December.

READ MORE:  Where are the promised institutional reforms?

The polling process, which was conducted online to enable the participation of endorsing NGOs of Bersih based outside of Klang Vally, saw the active participation of endorsing NGOs with the receipt of 45 ballot papers from the 61 NGOs that form the Bersih coalition. The vote turnout was 74%.

Ballot papers were opened and the votes were counted immediately after the conclusion of the polling process at 17:00 on 15 December at the Bersih office.

The process was observed by five observers from the endorsing NGOs who were physically present. For full transparency, the counting process was also live-streamed online via the Zoom app for endorsing NGOs to observe.

Candidates and total votes received

  • Muhammad Faisal Abdul Aziz – 23
  • Gopalan K Papachan – 22

Based on the results above, the election committee declared Muhammad Faisal Abdul Aziz as the new Bersih chairperson for the 2023-25 term.

The election committee congratulates the candidate who has been elected and wishes him the best in exercising the responsibilities of leading Bersih for the 2023-25 term.

The election committee would also like to thank all endorsing NGOs who helped contribute to the election process by exercising their right to vote.

Finally, we express our thanks to the Bersih secratariat who helped carry out the election process with the highest level of professionalism, commitment and dedication.

Stanley Yong, Anne Lasimbang and Mohammad Alshatri are Bersih election committee members

Biodata pengerusi Bersih sesi 2023-25

Muhammad Faisal Abdul Aziz adalah mantan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) daripada 2019 sehingga 2023 dan timbalan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) daripada 2018 sehingga ke 2020.

READ MORE:  Unpacking Bersih’s 2023 state elections report

Beliau juga mantan presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 2009-2011.

Beliau telah mendapat sarjana perundangan daripada Universiti Teknologi Mara dan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersama Syariah.

Faisal telah memainkan peranan yang utama dalam pelbagai projek seperti misi penilaian pelarian Palestin, serta membina jambatan bagi masyarakat yang lebih inklusif melalui Kempen Bangsa Malaysia semasa beliau menjadi presiden Abim. Beliau menerima penghormatan persekutuan atas sumbangan cemerlangnya.

Terlibat secara aktif dalam beberapa organisasi, termasuk inisiatif komuniti akar umbi yang dikenali sebagai Adab Youth Garage (AYG), Faisal juga merupakan alumni Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa (IVLP), program pertukaran profesional yang bertujuan untuk pemimpin baru muncul.

Biodata of Bersih chairperson

Muhammad Faisal Abdul Aziz is former president of the Muslim Youth Movement Malaysia (Abim) from 2019 to 2023 and deputy chairperson of the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) from 2018 to 2020.

He was the former president of the National Union of Malaysian Muslim Students (PKPIM) from 2009 to 2011.

He is an accomplished professional with an LLM from the Mara Technology University and LLB and Sharia (honours) degrees from the International Islamic University Malaysia.

Faisal has played a pivotal role in diverse projects such as the Palestinian refugees assessment mission, as well as striving to build bridges and an inclusive society through the Bangsa Malaysia campaign during his tenure as Abim president. Notably, he received a federal honour for his outstanding contributions.

Actively engaged in several organisations, including a grassroots community initiative known as Adab Youth Garage (AYG), Faisal is also an International Visitor Leadership Program (IVLP) alumnus, a professional exchange programme aimed at emerging leaders.

READ MORE:  Bersih serah memo reformasi kepada PM

 

 

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments