Diskriminasi dalam peruntukan dana pembangunan kawasan (Malay/English)

0
64

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk tindakan kerajaan Pakatan Harapan Selangor mengekang peruntukan RM30,000 Covid-19 daripada sembilan ahli pembangkang dalam dewan undangan negeri.

Ini terjadi hanya beberapa hari selepas kerajaan persekutuan Perikatan Nasional menarikbalik peruntukan kawasan kepada ahli parlimen PH, yang sama kejijikannya dan turut dikutuk Bersih 2.0.

Bersih 2.0 mengulangi seruan yang sama kepada semua gabungan/parti yang menerajui kerajaan – PN di peringkat persekutuan dan tiga negeri, PH di empat negeri, Barisan Nasional di dua negeri, Pas di dua negeri, Gabungan Parti Sarawak di Sarawak dan Warisan-PH di Sabah – untuk membuang amalan mendiskriminasi pembangkang dalam peruntukan kawasan dan menggunakan dana awam untuk memancing sokongan kepartian.

Amalan yang keji, tidak beretika dan tidak bermaruah ini bukan sahaja pengkhianatan kepada pengundi malah juga sikap mabuk kuasa yang berterusan daripada warisan mentaliti “kerajaan-adalah-parti” BN, di mana politikus daripada parti kerajaan membelanjakan dana awam seperti harta parti sendiri.

Bersih 2.0 sedia maklum dengan kepincangan amalan dana pembangunan kawasan (constituency development fund) (https://www.internationalbudget.org/publications/brief10/) dan akar penyebab permintaan terhadapnya.

Pengundi Malaysia mengharapkan wakil rakyat akan membantu mereka dengan tajaan wang untuk projek infrastruktur kecil-kecilan atau aktiviti sosial, sama ada menggunakan dana kerajaan atau duit mereka sendiri.

Kerana pengagihan dibuat atas budi bicara wakil rakyat, dana pembangunan kawasan menjadi penyelesaian sistemik kepada orang tempatan untuk memintas halangan birokrasi berlebihan dan mendapat sokongan kewangan, terutamanya apabila pihak berkuasa tempatan di Malaysia tidak lagi dipilih sejak 1965 dan biasanya tidak peka dengan keperluan penduduk.

Walaubagaimanapun, bantuan wakil rakyat di kawasan ada dua kepincangan yang jelas.

Pertama, apabila dana awam digunakan, ianya terdedah kepada salah guna, pembaziran dan korupsi.

Kedua, sama ada sumbernya awam atau swasta, ianya akan mengukuhkan hubungan patron-klien (penaung dan anak buah) antara wakil rakyat dan pengundi.

Sehingga alternatif yang lebih baik dijumpai, Bersih 2.0 menggesa pengurusan dana pembangunan kawasan untuk dijadikan sebahagian daripada tugas wakil rakyat secara formal berserta dengan garis panduan, pemantauan dan audit yang teliti untuk mencegah salah guna, pembaziran dan korupsi. Ini akan membolehkan pengundi meminta bantuan dana tanpa ada perasaan terhutang budi kepada wakil rakyat.

READ MORE:  Syabas! Pulau Pinang teladan dalam peruntukan dana Covid-19 yang tidak diskriminatif (Malay/English)

Melalui setiausaha politik Borhan Aman Shah, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari cuba untuk memberi justifikasi amalan diskriminatif mereka dengan mengatakan sebagaimana amalan biasa dalam dana pembangunan kawasan, peruntukan khas Covid-19 ini akan diberikan kepada semua kawasan tetapi peruntukan kepada kawasan pembangkang akan diuruskan oleh penyelaras kawasan dewan undangan negeri yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Dalil yang tak masuk akal itu tidak lain tidak bukan satu pengakuan kepada angkara untuk melembagakan klientelisme, memaksa pengundi menjadi klien (anak buah) kepada politikus.

Apabila dana kerajaan untuk kawasan pembangkang diuruskan oleh ejen kerajaan yang tak dipilih, ianya secara terbuka memaksa pengundi terutamanya mereka yang memilih pembangkang, untuk memohon bantuan daripada dan terhutang budi kepada parti kerajaan pula.

Bersih 2.0 menggesa pemimpin utama PH Anwar Ibrahim untuk melaksanakan “Janji 16 Buku Harapan: Mengembalikan Wibawa Parlimen” di peringkat negeri.

Janji itu antara lain menyatakan: “Pembiayaan berdasarkan formula yang telus akan diberikan kepada semua ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dan mengurus pusat khidmat masing-masing.”

Gesaan ini harus disokong oleh Amirudin Shari, Chow Kon Yeow, Aminuddin Harun dan Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar dan ketua menteri bagi empat negeri yang diperintah oleh PH, juga oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ahli parlimen PH yang lain yang mengadu kerajaan PN menarikbalik peruntukan mereka.

Bersih 2.0 sedia untuk berjumpa dengan kepimpinan PH, di peringkat negeri atau persekutuan, bagi membantu reformasi dana pembangunan kawasan.

Bersih 2.0 juga menyeru ketua pembangkang negeri Selangor Rizam Ismail (Umno) dan lapan orang lagi ahli dewan undangan negeri pembangkang untuk menggesa kerajaan persekutuan serta tujuh kerajaan negeri di semenanjung yang di bawah pemerintahan parti mereka untuk menunjukkan kepimpinan melalui teladan dengan melayan pembangkang secara bermaruah dalam pengurusan dana pembangunan kawasan.

READ MORE:  Jangan gunakan wabak Covid-19 merendahkan demokrasi (Malay/English)

Sekiranya amalan yang sama boleh diterima selagi pelakunya parti mereka, mengomel berkenaan diskriminasi Selangor akan hanya menunjukkan wajah hipokrit yang tidak tahu rasa malu.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Constituency allocations: Discrimination against opposition is institutionalised clientelism

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) condemns the Pakatan Harapan (PH) Selangor state government’s withholding of RM30,000 in Covid-19 allocations from nine opposition state assembly members.

This happened just days after the Perikatan Nasional (PN) federal government pulled back constituency funding for PH parliamentarians, which Bersih 2.0 condemns with the same degree of disgust.

Bersih 2.0 repeats its call for all governing coalition/parties – PN at the federal level and three states, PH in four states, Barisan Nasional (BN) in two states, Pas in two states, Gabungan Parti Sarawak in Sarawak and Warisan-PH in Sabah – to ditch the practice of discriminating against the opposition in constituency allocations and using public funds for partisan favour.

Such an unscrupulous, unethical and dishonourable practice is not only a betrayal of the electorate, but also a hangover from the BN’s one-party state mentality, in which politicians from government parties treat public funds as party property.

Bersih 2.0 recognises both the pitfalls of constituency development funds and the root causes of such demand.

Malaysian voters expect their elected representatives to help them financially with small infrastructure projects or social activities, whether using the government’s fund or their own money.

Distributed at the elected representatives’ discretion, constituency development funds provide a systemic solution for locals to bypass red tape and get financial support – especially when local authorities in Malaysia have been unelected since 1965 and are often unresponsive to public need.

READ MORE:  Hentikan diskriminasi peruntukan wakil rakyat pembangkang (Malay/English)

However, elected representatives helping constituents has two obvious pitfalls.

First, when public funds are used, they are susceptible to abuse, wastage and corruption.

Second, whether publicly or privately sourced, such funding reinforces the patronage-clientele relationship between elected representatives and voters.

Until a better alternative emerges, Bersih calls for the administration of constituency development funds be formalised as part of the job of elected representatives, with rigorous guidelines, monitoring and auditing to prevent abuse, wastage and corruption.

This will allow all voters to request funding without feeling personal obliged to the representatives.

Through his political secretary Borhan Aman Shah, Selangor Menteri Besar Amirudin Shari tried to justify the discriminatory practice by arguing that like normal constituency development funds, this special Covid-19 allocation is given to all constituencies only that the funding for opposition-held constituencies is managed by “constituency coordinators” appointed by the state government.

If anything, such a lame explanation is but an admission of institutionalied clientelism, forcing voters to be politicians’ clientele. When government funding for opposition-held constituencies is managed by unelected agents of the government, this openly forces voters – especially those voting for the opposition – to turn to government parties and owe the latter favours.

Bersih 2.0 calls upon PH supreme leader Anwar Ibrahim to implement at the state level what is promised in Buku Harapan’s “Promise 16: Restore the Dignity of the Parliament”: “We will provide funding based on a transparent formula to all members of the Dewan Rakyat so that they can carry out the responsibilities in their respective constituencies and to run their service centres.”

This call should be supported by Amirudin Shari, Chow Kon Yeow, Aminuddin Harun and Mukhriz Mahathir as the menteris besar and chief ministers of the four PH-governed states and Syed Saddiqq Syed Abdul Rahman and other PH parliamentarians who complain about allocation discrimination.

Bersih 2.0 is prepared to meet the PH leadership, at the federal or state level, to assist in reforms to constituency development funds.

Bersih 2.0 also calls upon Selangor opposition leader Rizam Ismail (Umno) and eight other opposition assembly members to urge the federal government and seven state governments in the peninsula controlled by their parties to lead by example in treating the opposition honourably in the allocations of constituency development funds.

If they approve the same practice by their own parties, but cry foul at Selangor’s discrimination, that will only make them shameless hypocrites.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments