Janjikan kestabilan dan akauntabiliti selepas pilihan raya Melaka dalam manifesto (Malay/English)

43 views
Amid the gloom, some light - BENEDICT LOPEZ

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mencabar parti-parti politik dan calon-calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum negeri Melaka untuk menjanjikan kestabilan dan akauntabiliti selepas pilihan raya melalui pembaharuan institusi sebagai agenda utama dalam manifesto pilihan raya mereka supaya pengundi Melaka tahu undi dan mandat mereka tidak akan kehilangan makna selepas pilihan raya.

Walaupun Memorandum Persefahaman politik terjalin antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan, namun ia masih lagi tidak dapat menstabilkan situasi politik selagi pembaharuan institusi politik dan demokrasi di negara kita tidak dilembagakan sebagai undang-undang di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri.

Hal ini jelas dengan berlakunya penarikan sokongan empat ahli Dewan Undangan Negeri Melaka terhadap ketua menteri mereka yang menyebabkan dewan terbubar dan pilihan raya terpaksa diadakan pada bulan November ini.

Justeru, Bersih 2.0 menggesa agar calon-calon dan parti-parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya Melaka untuk mengumumkan manifesto pilihan raya mereka dan apakah polisi-polisi dan undang-undang yang akan digubal oleh mereka sekiranya berkuasa untuk menyelesaikan masalah kemelut politik akibat lompat parti, ketidaktentuan sokongan majoriti ketua menteri yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan, ketidakstabilan politik dan hakisan sistem demokrasi negara.

Demi kestabilan politik dan sistem demokrasi yang lebih matang dan sihat, kami mendesak calon-calon dan parti-parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya Melaka untuk mengambil cabaran Melaka dengan menjanjikan pembaharuan berikut, bukan saja dalam manifesto mereka, tetapi juga persediaan untuk berkerjasama dengan parti lain untuk merealisasikan pembaharuan yang sesetengahnya memerlukan pindaan perlembagaan negeri.

  • Menggubal sebuah enakmen mengawal lompat parti dan akauntabiliti politik untuk memperkasakan ketuanan pengundi bagi memecat wakil-wakil rakyat yang suka melompat parti atau gabungan. Wakil rakyat yang melompat atau dipecat parti, sama ada kerana perbezaan politik atau mengejar kepentingan peribadi akan dihakimi oleh rakyat sama ada harus dipecat atau dikekalkan melalui kutipan petisyen dengan nilai ambang tertentu
  • Meminda perlembagaan negeri dan peraturan-peraturan mesyuarat dewan undangan negeri untuk mewajibkan undi percaya pengesahan (confirmatory vote of confidence) untuk ketua menteri selepas perlantikan, tidak kira selepas pilihan raya baru atau pada pertengahan penggal, untuk memperkasakan keabsahan ketua menteri dan mengurangkan percubaan untuk menjatuhkannya
  • Meminda perlembagaan negeri dan peraturan-peraturan mesyuarat dewan undangan negeri untuk memperkenalkan undi tidak percaya secara konstruktif (constructive vote of no confidence) yang menetapkan bahawa ketua menteri tidak dapat dijatuhkan kecuali jika undi tidak percaya juga mengandungi nama penggantinya diluluskan dengan majoriti mudah dan tiada pilihan raya baru diperlukan jika ketua menteri baru dapat digantikan dengan kaedah sedemikian
  • Menggubal sebuah enakmen peruntukan pembangunan kawasan untuk memastikan peruntukan pembangunan kawasan diberikan secara sama rata dan saksama kepada semua wakil rakyat sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Peruntukan yang berat sebelah hanya akan menghukum rakyat di kawasan tersebut dan menjadikan padang politik berat sebelah antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang
  • Mereformasikan dewan undangan negeri untuk menjadikan ia benar-benar badan bebas daripada eksekutif dengan:
    • Penetapan agenda dewan ditentukan melalui perbincangan antara-parti melalui jawatankuasa dewan, dan tidak ditentukan secara sehala oleh Yang di-Pertua atau ketua menteri (sebagai ketua dewan)
    • Menubuhkan lebih banyak jawatankuasa pilihan dengan komposisi jawatankuasa yang mencerminkan nisbah ahli dewan bukan jawatankuasa majlis setiap parti di dalam dewan, dan menjamin penyertaan kedua-dua ahli dewan barisan belakang kerajaan dan ahli dewan pembangkang dalam membentuk dasar-dasar pentadbiran kerajaan negeri
READ MORE:  Melaka bergegau: Kesan politik nasional

Bersih 2.0 bersedia berbincang dan memberi nasihat serta bantuan teknikal kepada mana-mana parti politik yang berhasrat untuk membawa agenda-agenda ini dalam manifesto mereka.

Bersih 2.0 berpandangan bahawa pembaharuan sistem politik amat diperlukan sekarang bagi memberikan peranan yang lebih bermakna, sihat dan matang kepada wakil rakyat yang telah dipilih dalam pilihan raya.

Agenda-agenda ini perlu diangkat dengan segera dan perlu menjadi inti kepada manifesto pilihan raya agar politik tidak berkecamuk dengan kepentingan pihak tertentu dan membelakangi rakyat serta institusi politik negara kita.

Mereka yang enggan mengangkat cadangan ini supaya dapat mengaut keuntungan daripada kelompangan yang wujud dalam sistem politik kita perlu dihukum oleh pengundi di Melaka.

Bersih 2.0 juga menggesa semua parti yang menerima cabaran Melaka ini untuk menandatangani satu perjanjian persaingan sihat untuk menjanjikan persediaan mereka untuk menerima keputusan rakyat pada hari pengundian, tidak akan menarik ahli dewan undangan negeri dari parti lain untuk berpaling tadah, sebaliknya akan bekerjasama antara satu sama lain dalam pindaan perlembagaan negeri dan peraturan-peraturan mesyuarat dewan dan penggubalan enakmen baru demi merealisasikan cabaran Melaka ini.

Bersih 2.0 yakin parti-parti yang berani dan ikhlas menyahut cabaran Melaka ini boleh menyakinkan penggundi Melaka untuk keluar mengundi dan memberi keutamaan kepada mereka pada hari mengundi. – Bersih 2.0

English version

Malacca polls: Promise post-election stability and accountability in manifesto

The Coalition for Clean and Fair Election (Bersih 2.0) challenges all political parties and election candidates in the Malacca polls to promise stability and accountability after the election through institutional reform as their main agenda in the election manifesto for Malacca voters to know that their vote and mandate will be meaningful after the election.
Although the Memorandum of Understanding (MoU) on transformation and political stability was signed between the federal government and Pakatan Harapan, it cannot stabilise the political situation as long as political and democratic reforms are not institutionalised as laws at the federal and state levels. This is evident with the withdrawal of support for the Malacca chief minister by the four state assembly members that led to the dissolution of the state assembly and the Malacca polls in November.
Bersih 2.0 urges the candidates and political parties that will contest in the Malacca state elections to announce their election manifestos and what policies and laws will be enacted by them if they come into power to resolve the political crisis due to party defections and the uncertainty of the majority support of the chief minister, which resulted in the fall of the government, political instability and the undermining of democracy.
In the interest of political stability and a more mature and healthy democratic system, we urge the candidates and political parties who will contest in the Malacca state elections to take up the Malacca challenge by promising the following reforms, not only in their manifestos but also in preparations to work with other parties to realise these reforms, which may require amendments to the state constitution:
  • Enactment of a law to deter party defections and political accountability to empower voters’  supremacy to recall their elected representatives who defected from their party or coalition. Voters will be able to decide whether to keep or sack those who defect or who have been dismissed by the party leadership due to political differences or who are chasing their self-interest, through an election petition that meets a certain threshold
  • Amend the state constitution and state assembly standing orders to make it compulsory for a confirmatory vote of confidence after the appointment of the chief minister, whether after an election or during mid-term, to validate the legitimacy of the new chief minister and reduce attempts to overthrow him or her
  • Amend the state constitution and state assembly standing order to introduce a constructive vote of no-confidence so that the chief minister can only be ousted if a new chief minister that enjoys  majority support can be installed simultaneously, for there won’t be a need for a new election
  • Enact a constituency development fund enactment to guarantee equal constituency development funds to all elected representatives regardless of whether they are state assembly members of the ruling or opposition parties. Unequal constituency development funds will only punish the people in the constituencies and create an unlevelled playing field between government representatives and opposition representatives
  • Reform the state legislative assembly to make it a truly independent body of the executive by:
READ MORE:  Allow Sarawakians outside the state to cast postal ballots, Aliran members urge
    • having the setting of the state assembly agenda determined by inter-party discussions through the House Committee, and not determined arbitrarily by the Speaker or the chief minister (as the head of the House)
    • establishing more select committees with a committee composition that reflects the ratio of non-executive council members of the House from each party in the state assembly and ensure the participation of both government backbenchers and opposition members of the assembly in formulating the state government’s administrative policies
Bersih 2.0 is ready to discuss and provide advice and technical assistance to any political party that intends to bring these agendas into their manifestos.
Bersih 2.0 also urges all parties accepting the Melaka challenge to sign a healthy competition agreement to pledge their readiness to accept the people’s decision on polling day, to not entice other parties’ assembly members to defect, and to work with each other to amend the state constitution and standing orders and to enact new laws to realise the Malacca challenge.
Bersih 2.0 is confident that the parties that are brave and sincere in responding to the Malacca challenge will prioritise the interest of Malacca voters and convince them to go out and vote on polling day. – Bersih 2.0
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments