Cabaran Johor: Tiada kestabilan tanpa penambahbaikan sistem dan institusi politik (Malay/English)

Photo credit: hazuism.blogspot.com
HAZUISM.BLOGSPOT.COM
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekali lagi mencabar parti-parti politik dan calon-calon yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri Johor untuk menjanjikan kestabilan dan akauntabiliti selepas pilihan raya melalui penambahbaikan sistem dan institusi politik sebagai agenda utama dalam manifesto pilihan raya mereka.
Bersih berpandangan bahawa kestabilan politik sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak ada akauntabiliti, dan perkara ini amat penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi dalam negara kita. Sistem politik kita telah lama terkebelakang dan sudah tiba saatnya demokrasi kita bergerak maju kehadapan melalui penambahbaikan dan pembaharuan politik yang lebih sihat, matang dan profesional.
Justeru, Bersih mencabar calon-calon dan parti-parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri Johor untuk mengambil cabaran Johor dengan menjanjikan pembaharuan berikut, bukan saja dalam manifesto mereka, tetapi juga persediaan untuk berkerjasama dengan parti lain untuk merealisasikan pembaharuan yang sesetengahnya memerlukan pindaan perlembagaan negeri.
1. Menggubal sebuah enakmen prosedur pecat untuk memperkasakan ketuanan pengundi bagi memecat wakil-wakil rakyat yang suka melompat parti atau gabungan. Wakil rakyat yang melompat atau dipecat parti, sama ada kerana perbezaan politik atau mengejar kepentingan peribadi akan dihakimi oleh rakyat sama ada akan dipecat atau dikekalkan melalui kutipan petisyen dengan nilai ambang (threshold) yang tertentu.
2. Memperkenalkan undi tidak percaya secara konstruktif (constructive vote of no confidence) dengan meminda perlembagaan negeri dan peraturan-peraturan mesyuarat dewan untuk menetapkan bahawa menteri besar tidak dapat dijatuhkan kecuali jika undi tidak percaya juga mengandungi nama penggantinya diluluskan dengan majoriti mudah, dan tiada pilihan raya baru diperlukan jika menteri besar baharu dapat digantikan dengan kaedah sedemikian.
Proses ini perlu berlaku dan dibuktikan di dewan undangan negeri. Hal ini dapat mengelakkan pembangkang yang berpecah-pecah menjatuhkan kerajaan apabila mereka sendiri tidak mempunyai majoriti.
3. Menggubal sebuah enakmen peruntukan pembangunan kawasan untuk memastikan peruntukan wakil rakyat diberikan secara sama rata dan saksama kepada semua ahli dewan undangan negeri sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Peruntukan yang berat sebelah hanya akan menghukum rakyat di kawasan tersebut dan menjadikan padang politik berat sebelah antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.
4. Menggubal sebuah enakmen pendanaan awam kepada parti politik berdasarkan jumlah atau peratusan undi yang mereka terima dalam pilihan raya umum yang lepas. Pendanaan awam kepada parti politik dapat mengurangkan fokus parti untuk mencari dana operasi parti mereka dan membantu wakil rakyat mengkaji dan membangunkan polisi yang lebih baik. Hanya parti yang mencapai ambang tertentu akan menerima dana ini.
5. Memperkenalkan enakmen penggal tetap dewan undangan negeri yang memerlukan menteri besar untuk mendapatkan sokongan dua pertiga Dewan sekiranya beliau ingin membubarkan Dewan sebelum penggal dewan tamat. Undang-undang ini tidak akan mengganggu kuasa Sultan untuk membubarkan Dewan.
6. Menghadkan jawatan menteri besar selama dua penggal bagi memberi laluan kepada calon-calon menteri besar yang baharu supaya negeri sentiasa mempunyai pelapis kepimpinan yang kompeten dan bertenaga.
7. Memperkenalkan kerusi tambahan untuk wanita (top-up women-only additional seats) bagi mencapai kuota 30% perwakilan wanita di dalam Dewan. Sekiranya perwakilan wanita di Dewan selepas pilihan raya negeri Johor daripada 30% (sekurang-kurangnya 17 daripada 56 kerusi), wakil rakyat tambahan daripada kalangan wanita akan dilantik untuk mencukupkan kuota tersebut.
Berlainan daripada Sabah, Terengganu, Pahang dan dicadangkan untuk Melaka, wakil rakyat kerusi tambahan untuk wanita tidak boleh dimonopoli oleh parti pemerintah; sebaliknya kerusi-kerusi tambahan ini perlu diisi akan diagihkan secara berkadar (proportional) kepada semua parti bertanding mengikut peratusan undi. Wakil-wakil rakyat kerusi tambahan untuk wanita akan berkhidmat kepada semua pengundi Johor tanpa kawasan melalui jawatankuasa-jawatankuasa Dewan.
Wakil rakyat tambahan ini hanya boleh dilantik selama sepenggal bagi memberi ruang kepada orang baru. (Untuk butiran lanjut tentang sistem ini, sila rujuk kertas putih terbitan Pulau Pinang.)
Bersih menggesa agar semua parti dan calon pilihan raya untuk mengangkat agenda pembaharuan ini dengan segera. Perkara ini perlu menjadi inti kepada manifesto pilihan raya agar politik tidak berkecamuk dengan kepentingan pihak tertentu dan membelakangi rakyat serta institusi politik negara kita. Mereka yang enggan mengangkat cadangan ini supaya dapat mengaut keuntungan daripada kelompangan yang wujud dalam sistem politik kita, perlu dihukum oleh pengundi di Johor.
Bersih juga menggesa semua parti yang menerima cabaran Johor ini untuk menandatangani satu perjanjian persaingan sihat untuk menjanjikan persediaan mereka untuk menerima keputusan rakyat pada hari pengundian, tidak akan menarik ahli-hli dewan parti lain untuk berpaling tadah; sebaliknya akan bekerjasama antara satu sama lain dalam pindaan perlembagaan negeri dan peraturan-peraturan mesyuarat Dewan dan penggubalan enakmen baharu demi merealisasikan cabaran Johor ini. – Bersih
English version

Johor challenge: No stability and accountability without political and institutional reform

The Coalition for Clean and Fair Election (Bersih) challenges all political parties and election candidates in the Johor polls to promise stability and accountability after the election through political system and institutional reform as their main agenda in the election manifesto.

READ MORE:  Johor voters, especially the young, must jumpstart reform drive

Bersih is of the view that political stability alone is not sufficient if there is no accountability, and this is very important to restore the people’s confidence in the democratic system in our country.

Our political system is lagging behind, and it is time for our democracy to move forward through political reforms to become healthier, mature and professional.

Therefore, in the interest of political stability and a more mature and healthy democratic system, we urge the candidates and political parties who will be contesting in the Johor state election to take up the Johor challenge by promising the following reforms – not only in their manifestos but also they should prepare to work with other parties to realise these reforms, which may require amendments to the state constitution:

1. Enact a recall procedure enactment to empower voters’ supremacy to recall their representative who has ‘hopped party or coalition’ [defected]. Voters will be able to determine whether to keep or sack those who ‘party hopped’ or were dismissed by the party leadership due to political differences or who were chasing their self-interest, through an election petition that fulfils a certain threshold.

2. Introduce a constructive vote of no confidence by amending the state constitution and standing orders of the state assembly to make it compulsory that the menteri besar cannot be ousted unless a vote of no confidence also contains the name of his successor approved by a simple majority, and no new election should be required if the new menteri besar can be replaced by such a method.

READ MORE:  Building bridges at the ground level

This process needs to take place and be proven in the state assembly. This also can prevent a divided opposition from toppling the government when they themselves do not have a majority.

3. Enact a constituency development fund to guarantee equal constituency funds to all elected representatives regardless of whether they are state assembly members of the ruling or opposition parties.

Unequal constituency development funds will only punish the people in the constituencies and create an unlevel playing field between government representatives and opposition representatives.

4. Enact a public funding of political parties enactment based on the share of votes they [the political parties] received in the last general election. Public funding of political parties can reduce the political parties’ focus on finding funds for their party operations and assist their elected representatives in carrying out research and producing better policies. Only parties achieving a certain threshold will receive this funding.

5. Enact a fixed-term assembly enactment to make it compulsory for a menteri besar to get two-thirds’ majority support in the state assembly if he or she wants to dissolve the state assembly before the end of the term. This legislation will not interfere with the power of the sultan to dissolve the state assembly.

6. Introduce a two-term limit for the menteri besar’s position to allow for new menteri besar candidates so that there will always be a new generation of leaders who are more competent and energetic.

7. Introduce top-up women-only additional seats to reach a 30% of elected women representatives quota in the state assembly. If the number of state assemblywomen after the Johor polls is less than 30% (at least 17 from 56 seats), additional women representatives will be appointed to fill the quota.

READ MORE:  Ismail Sabri must not threaten Sarawak members of the 'Malaysian family'

Unlike Sabah, Terengganu, Pahang and Malacca, representatives of these top-up women-only additional seats cannot be monopolised by government parties. Instead, these that need to be filled will be distributed proportionately to all contesting parties based on the percentage of votes they get.

The elected representatives in the top-up women-only additional seats will be performing their duty to all Johor voters without any constituency through state assembly committees. The additional representatives can only be elected for a term to give way to new representatives. (For more info on this system, please refer to the white paper produced by Penang.)

Bersih urges all the parties and election candidates to commit to this reform agenda immediately.

This reform agenda should be the core of the election manifesto so that politics will not be manipulated by the interests of certain parties and turn its back on the people and undermine the political institutions of our country.

Those who refuse to commit to this proposal hope to profit from the loopholes that exist in our political system [and] should be punished by the voters in Johor.

Bersih also urges all parties accepting the Johor challenge to sign a healthy competition agreement to pledge their readiness to accept the people’s decision on polling day – [ie that they] will not entice the other parties’ assembly members to defect – [and to] work with each other in amending the state constitution and standing orders and in enacting new laws to realise the Johor challenge. – Bersih



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments