Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyambut baik usul dalam Kongres Anak Muda 2025 yang selesai berlabuh pada 14 Disember yang lepas.
Antara usul yang diluluskan serta disokong sebulat suara adalah usul untuk anak muda dan rakyat agar segera memberi respon kepada perkembangan agenda melawan rasuah dalam negara.
Usul tersebut dikemukakan oleh naib-presiden Liga Rakyat Demokratik Fadhil Kassim yang merupakan antara penggerak utama Himpunan Rakyat Benci Rasuah sebelum ini.
Usul lain yang diangkat dan diluluskan oleh anak muda adalah untuk mereformasi pelantikan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Usul ini juga selari dengan tuntutan Bersih sebelum ini agar institusi SPRM ditambahbaik terutamanya dengan mereformasi proses pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM dan pelantikan bagi ahli-ahli SPR.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kedua-dua lantikan ini masih belum melalui proses yang lebih inklusif, telus dan berakauntabiliti walaupun kerajaan “Madani” di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim mempunyai ruang dan peluang untuk mereformasi proses pelantikan ini agar kredebiiliti dan kepercayaan rakyat terhadap institusi penting ini dapat dipulihkan dan ditingkatkan.
Bersih menyokong penuh sekiranya anak-anak muda sekali lagi mengambil keputusan untuk turun ke jalanan bagi menggerakkan gelombang yang lebih besar untuk membawa agenda perlawanan menentang rasuah dan salah guna kuasa.
Gelombang ini akan menjadi titik penting supaya kerajaan Madani, khususnya mereka yang berada dalam Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, mengotakan janji manifesto pilihan raya umum 2022 yang lalu.
Memasuki tahun keempat pentadbiran kerajaan Madani, apa yang rakyat mahukan adalah usaha-usaha reformasi yang sejati dapat diterjemahkan sebagai dasar, polisi dan penguatkuasaan.
Institusi demokrasi perlu menjadi lebih profesional dan matang selari dengan kematangan politik negara. Institusi demokrasi tidak boleh menjadi bidak papan catur sang pemerintah untuk mengekalkan kuasa mana-mana pihak, selain untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

