Ulang tahun Bersih ke-15: Menjunjung obor demokrasi di Malaysia (Malay/English)

The Bersih 5 crowd outside KLCC on 19 November 2016

[ENGLISH VERSION BELOW] Lima belas tahun yang lepas pada 25 November, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah ditubuhkan dengan objektif untuk memastikan medan demokrasi terbesar di Malaysia iaitu pilihan raya dilaksanakan dengan bersih dan adil.

Gabungan ini ditubuhkan hasil daripada sokongan dan dokongan oleh pertubuhan masyarakat sivil, parti politik dan rakyat Malaysia yang beraspirasi melihat demokrasi di negara kita mempunyai masa depan yang cerah.

Selepas itu apa yang terjadi adalah sejarah. Bersih telah berjaya menanamkan kefahaman kepada rakyat Malaysia kepentingan demokrasi dan ini tercermin dengan puluhan ribu rakyat Malaysia turun ke jalan menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Melalui siri himpunan Bersih, rakyat Malaysia telah membongkar keboborokan dan kelemahan sistem pilihan raya serta mendesak agar sistem pilihan raya dan institusi demokrasi dalam negara kita diperbaharui dan ditambahbaik.

Melawan segala kemustahilan, rakyat berjaya menukar kerajaan pada bulan Mei 2018 dengan Pakatan Harapan dipilih untuk mentadbir negara ini. PH dipilih untuk membawa reformasi yang sekian lama didambakan oleh rakyat agar negara kita semakin pulih, namun pemulihan yang dibuat amat perlahan dan akhirnya PH dijatuhkan melalui rampasan kuasa politik selepas 22 bulan mentadbir.

Kerja dan harapan kepada Bersih semakin meninggi untuk menyediakan naratif dan penyelesaian kepada krisis politik yang terjadi dan Bersih telah hadir dengan mencadangkan polisi yang perlu diangkat oleh semua parti politik jika inginkan politik negara lebih baik pada masa hadapan.

Di peringkat jawatankuasa pemandu Bersih, kami percaya bahawa imej dan arah tuju Bersih perlu dijenamakan semula dengan wajah baru. Lambang Bersih diubah sedikit agar bersesuaian dengan semangat zaman dan perkataan “2.0” digugurkan. Pada tahun 2010, “2.0” ditambahkan untuk membezakan Bersih yang awalnya ditubuhkan oleh ahli-ahli politik dan aktivis masyarakat dengan Bersih yang sekarang diambilalih sepenuhnya oleh masyarakat sivil.

READ MORE:  Bersih soldiers on for electoral reform

Kami percaya selepas 11 tahun, sudah jelas kepada semua Bersih ialah satu organisasi yang bebas dan non-partisan. Matlamat Bersih juga masih sama untuk memainkan peranan utama mendesak institusi utama negara untuk ditambahbaik dan pasak-pasak demokrasi diperkukuhkan.

Lima belas tahun selepas berjuang di jalan raya dan di dalam bilik-bilik perundingan bagi mendesak agar reformasi pilihan raya dan reformasi institusi diangkat menjadi agenda mustahak negara, jalan masih panjang untuk Bersih serta seluruh rakyat Malaysia.

Kami memohon sokongan, dokongan dan dorongan daripada rakyat Malaysia untuk terus mengemudi gerakan ini berhadapan cabaran dan harapan demi membentuk Malaysia yang adil, saksama, bebas dan menjunjung maruah rakyat.

Hidup hidup, hidup Rakyat! Bersih Bersih, pilihan raya! – Bersih

English version

Bersih’s 15 anniversary: Beacon of democracy in Malaysia

Fifteen years ago on 25 November, the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) was established with the objective of ensuring that the biggest field of democracy in Malaysia, namely elections, are conducted in a clean and fair manner.

This coalition was formed with the support of civil society organisations, political parties and those who aspire to see a bright future for our country’s democracy.

The rest is history. Bersih has succeeded in instilling in Malaysians an understanding of the importance of democracy, and this is reflected in the tens of thousands of Malaysians taking to the streets to demand clean and fair elections.

Through a series of Bersih rallies, Malaysians have exposed the loopholes and weaknesses of the electoral system and demanded the reform of our electoral system and democratic institutions.

READ MORE:  Perubahan perlu hadir dari bawah

Against all odds, the people managed to change the government in May 2018 with Pakatan Harapan elected to govern the country. PH was elected to bring about the reforms that the people had hoped for so that our country could recover but the recovery was too slow and eventually PH was overthrown through a political coup after 22 months in power.

The work and expectations towards Bersih are increasing to provide a narrative and solution to the political crisis, and Bersih has come up with policies proposals that need to be adopted by all political parties if they want better politics in the future.

At the Bersih steering committee level, we believe that Bersih’s image and direction need to be rebranded with a new look. The Bersih symbol has been changed slightly to suit the spirit of the times and the word “2.0” has been dropped. In 2010, “2.0” was added to differentiate the Bersih that was originally founded by politicians and civil society activists, from the Bersih that was then taken over entirely by civil society.

We believe after 11 years, it is clear to all that Bersih is an independent and non-partisan organisation. Bersih’s goal remains the same: to play a leading role in urging the country’s key institutions to be improved and the stakes of democracy to be strengthened.

Fifteen years after fighting on the streets and in consultation rooms to demand that electoral reform and institutional reform be an important national agenda, it is still a long journey for Bersih and all Malaysians.

READ MORE:  Pakatan must project hope before providing hope

We seek support, guidance and encouragement from Malaysians to continue to lead this movement in the face of challenges and hopes in order to create a Malaysia that is fair, just, independent and upholds the dignity of the people.

Hidup hidup, hidup Rakyat! Bersih Bersih, Pilihan Raya! – Bersih

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Raymond YewEng Lim
Raymond YewEng Lim
1 Dec 2021 12.40pm

Please lah help M’sia
We Rakyat needed organisation like Bersih to do justice.
2R’s 3R’s+ all needs to stop.
So, so sad that bad wins over good. Cruel kah. Why God not helping? So much injustice going on like madness
Born, bred and educated in Malacca 1949