Penang Bersih 3.0: Aliran writes to MPPP, police

Aliran has written to the Penang Police and the Penang Island Municipal Council about the Bersih 3.0 gathering at the Esplanade this Saturday.

Aliran's press conference this morning on Bersih 3.0 in Penang

These are the letters:

23 April 2012
Hajjah Patahiyah binti Ismail,
YDP MPPP
Komtar
Fax: 04-262 6260

Yang Berbahagia,

BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH DI PADANG KOTA LAMA

Merujuk kepada perkara diatas adalah dimaklumkan bahawa pihak kami, NGO Pulau Pinang yang menganggotai BERSIH 2.0, akan mengadakan satu himpunan yang aman iaitu DUDUK BANTAH.

Untuk makluman pihak YDP, kami akan berkumpul secara aman pada:

Tarikh: 28 April 2012
Masa: 2 hingga 4 petang
Tempat: Dataran Pidato, Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Duduk Bantah adalah untuk menyuarakan bantahan kami terhadap sistem pilihanraya negara ini yang kami percaya masih tidak bersih dan adil.

Pihak kami sudah menghubungi pihak Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng mengenai perkara ini. Kami diberitahu bahawa kemungkinan besar beliau akan turut hadir Duduk Bantah ini. Tambahan pula, pihak kerajaan negeri tiada bantahan mengenai kegunaan Padang Kota Lama untuk Duduk Bantah ini.

Justeru, kami berharap agar pihak YDP dapat memberikan kerjasama semasa Duduk Bantah kami berlangsung. Pihak kami juga akan menghubungi polis untuk mendapat kerjasama keselamatan.

Sekian terima kasih dengan harapan Duduk Bantah ini akan berjalan dengan meriah dan lancar. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian 012-452 4885.

Sehubungan itu, kerjasama dari pihak YDP berhubung program di atas amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Sekian

(Dr Francis Loh)
Presiden
Aliran
b/p NGO yang menganggotai BERSIH 2.0


23 April 2012

ACP Gan Kon Meng
Ketua Polis, Daerah Timur Laut
Pulau Pinang
Fax: 228 6503

READ MORE:  You want more land? Scrap Penang South Reclamation; Batu Kawan is your friend

Tuan,

BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH DI PULAU PINANG

Merujuk kepada perkara diatas adalah dimaklumkan bahawa pihak kami, NGO Pulau Pinang yang menganggotai BERSIH 2.0, akan mengadakan satu himpunan di Pulau Pinang yang aman iaitu DUDUK BANTAH.

Untuk makluman pihak tuan, kami akan berkumpul secara aman pada:

Tarikh: 28 April 2012
Masa: 2 hingga 4 petang
Tempat: Dataran Pidato, Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Duduk Bantah adalah untuk menyuarakan bantahan kami terhadap sistem pilihanraya negara ini yang kami percaya masih tidak bersih dan adil.

Pihak kami sudah menghubungi pihak Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng mengenai perkara ini. Kami diberitahu bahawa kemungkinan besar beliau akan turut hadir Duduk Bantah ini. Tambahan pula, pihak kerajaan negeri tiada bantahan mengenai kegunaan Padang Kota Lama untuk Duduk Bantah ini. Maka kami sudah memaklumkan pihak MPPP mengenai perkara ini.

Justeru, kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dari segi keselamatan ketika Duduk Bantah kami berlangsung.

Sekian terima kasih dengan harapan Duduk Bantah ini akan berjalan dengan meriah dan lancar. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian 012-4524885.

Sekian
Yang Benar,
(Dr Francis Loh)
Presiden, Aliran

b/p NGO yang menganggotai BERSIH 2.0

s.k. Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng
Faks: 04-2613003

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.