Bersih 2.0: Terima kasih kepada penyokong berani/Thank you, brave, peaceful supporters

0
13
The Bersih 5 crowd outside KLCC on 19 November 2016

Rakan-rakan sekalian, terima kasih atas sokongan dan komitmen anda semua dalam menjayakan perhimpunan Bersih 5 dan juga dalam meneruskan kempen #BebasMaria dan #MansuhSOSMA terutamanya vigil solidariti setiap malam di Dataran Merdeka. (English version below)

Anda telah membuktikan bahawa Bersih ialah sebuah gerakan yang aman dan Bersih 2.0 menghargai keberanian semua penyokong yang bangun menentang kerajaan yang korupt walaupun berhadapan dengan pelbagai intimidasi.

Gerakan Bersih kian besar dan semakin kuat. Kita mesti meneruskan arus perubahan ini untuk pentadbiran negara yang lebih demokratik. Kita tidak boleh berhenti pada ketika ini.

Berlatarbelakangkan proses persempadanan semula oleh SPR baru-baru ini yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan berat sebelah kepada satu parti, dan pilihan raya umum yang bakal berlangsung, Bersih 2.0 berjanji akan menerukan misi kami untuk meformasikan system pilihanraya dan institusi awam.

Ini termasuklah daftar pemilih yang bersih, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal yang efektif, tempoh berkempen 21 hari, akses kepada media yang adil, memperkasakan institusi awam, hapuskan korupsi, dan menghentikan politik kotor.

Kita mesti menuntut hak kita untuk membantah. Kita mesti berusaha untuk memansuhkan undang-undang drakonian yang digunakan untuk mendiamkan kritikan. Sosma mesti dimansuhkan. Ia merupakan sebuah undang-undang yang terbuka kepada penyalahgunaan sepertimana yang terjadi kepada pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah baru-baru ini.

Mereka yang berusaha untuk memajukan kebebasan, keadilan, dan kerajaan yang demokratik tidak seharusnya ditahan dibawah Sosma. Ini merupakan suatu penyalahgunaan kuasa yang tidak wajar oleh pihak berkuasa, terutamanya Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar. Usaha masyarakat madani dan NGO-NGO adalah penting dan sepatutnya dilihat sebagai sebahagian daripada lumrah demokrasi, bukannya sebagai konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Inilah cerita dan ketidakbenaran yang sering disebut-sebut oleh Perdana Menteri Najib Razak dan barisan cabinet, ketua polis negara, dan peguam negara. Penipuan berterusan mereka adalah bertujuan menakutkan rakyat dan supaya rakyat kekal tunduk dan patuh kepada mereka.

Ini tidak boleh lagi diterima. Kita tidak akan membenarkan Najib dan kroni-kroninya untuk terus berleluasa tanpa akauntabiliti dan ketelusan. Kita tidak akan membenarkan kerajaan terus menipu dan mencuri daripada rakyat. Tuntutan rakyat harus dipenuhi, dan kita perlu terus bangkit untuk Malaysia yang lebih baik.

Fokus Bersih 2.0 kini adalah terhadap PRU14, terutamanya dalam isu pendaftaran pengundi. Kami akan berkempen supaya 4 juta pengundi yang belum berdaftar akan mendaftar, dan bersama-sama menentukan kerajaan yang akan dating.

Kita perlu terus mengusahakan perubahan dan Bersih 2.0 menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya bersama kami untuk Malaysia yang lebih baik.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Bersih 2.0 expresses its utmost gratitude to its supporters for bravely and peacefully standing up to corruption and urges Malaysians to continue the struggle

Friends, thank you all for your overwhelming support and commitment, in turning out in large numbers for the Bersih 5 rally and then continuing to attend the #BebasMaria #MansuhSOSMA nightly vigils. You have again showed that Bersih is a peaceful movement and Bersih 2.0 applauds every single supporter for bravely standing up to a corrupt government despite endless intimidation and misinformation.

We are growing in strength and numbers. More than ever before, we must continue this wave of change for democratic governance. We cannot and must not stop.

With the recent unconstitutional and biased redelineation exercise by the Election Commission and the looming spectre of the next general election, Bersih 2.0 pledges to see our electoral and institutional reforms come to fruition. These include a clean electoral roll, a reformed postal ballot, the use of indelible ink, a minimum 21-day campaign period, free and fair access to media, the strengthening of public institutions, an end to corruption, and the stopping of dirty politics.

We must also reclaim our right to dissent. We must struggle to rid the country of oppressive laws which have been enacted to silence critics. We must abolish Sosma, a draconian law that is so easily open to abuse as can be seen in the recent detention of Bersih 2.0 chairperson Maria Chin Abdullah.

Individuals who work for freedom, justice, and democratic governance must not be detained under Sosma just to quash voices of dissent. It is a completely unacceptable and unjustifiable abuse of power by the authorities, and in particular Inspector General of Police Khalid Abu Bakar.

The work of civil society groups is important and must be viewed as an indispensable building block of democracy rather than demonised as a conspiracy to topple a legitimate government.

These are myths and untruths that are continually being put forward by Prime Minister Najib Razak and his spineless cabinet and authorities like the inspector general of police and the attorney general. Their continued lies are meant to scare, intimidate, and cow us into blind obedience and subservience.

We must no longer accept this. Not a second more will we allow Najib and his cronies to rule without accountability and transparency. We must not allow the government to cheat and steal from the rakyat. Our demands must be met and the people must rise in this fight for a better Malaysia.

Bersih 2.0’s immediate task is to focus on the coming 14th general election, especially in terms of voter registration. We will campaign for 4m eligible voters who are not registered to register as voters so that together, the rakyat can stake our claim to decide the next government.

We must be the change we want to see, and Bersih 2.0 urges all Malaysians to join us in the fight for a new and better Malaysia.

Bersih 2.0 steering committee members

(Visited 346 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here