Bersih 2.0 telah mematuhi semua ketetapan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012

0
223

Bersih 2.0 ingin menegaskan bahawa kami telah memenuhi semua keperluan yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November 2016.

Pada 28 Oktober 2016, Bersih 2.0 telah menyerahkan notis 10 hari yang dikehendaki di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman ke ibu pejabat PDRM di Bukit Aman, IPD Dang Wangi, IPD Brickfields dan IPK Kuala Lumpur. Notis tersebut bertujuan memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November dari 10 pagi hingga 6 petang.

Kami ingin menegaskan bahwa notis tersebut bukan suatu permohonan atau kebenaran untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Di bawah Akta Perhimpunan Aman, permit atau kebenaran tidak diperlukan untuk mengadakan perhimpunan aman.

Pematuhan kami terhadap Akta Perhimpunan Aman merangkumi semua konvoi Bersih yang berlangsung sejak 1 Oktober 2016 pada setiap hujung minggu. Bersih telah menyerahkan notis untuk setiap kawasan di mana konvoi berlangsung dan pihak IPD tempatan telahpun membalas dan memperakui penerimaan notis kami.

Oleh sebab itu, kenyataan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar bahawa kami tidak mengemukakan notis untuk konvoi adalah salah dan kami menuntut beliau menarik balik dakwaan beliau yang tidak berasas itu.

Bersih 2.0 juga ingin menyatakan bahawa kementerian dalam negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan Bersih (atau golongan baju merah), seperti yang disyorkan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Kementerian tidak mempunyai bidang kuasa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atau Akta Pertubuhan 1966 untuk berbuat demikian dan larangan tersebut tidak mematuhi perlembagaan.

Sekiranya beliau lupa, isu bahawa Bersih tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah pun dibangkitkan pada tahun 2012. Tindakan menteri dalam negeri ketika itu Hishammuddin Hussein mengisytiharkan Bersih2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram telah dibatalkan oleh mahkamah tinggi. Hakim Rohana Yusof berkata bahawa keputusan itu telah “tercemar dengan tidak rasional”.

Bersih 2.0 menganggap itu adalah cubaan terdesak pihak berkuasa untuk meredakan konvoi Bersih dan perhimpunan Bersih 5. Isu notis, larangan tidak rasional timbalan perdana menteri dan kenyataan datuk bandar Kuala Lumpur bertujuan untuk menghalang Bersih dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai aktiviti kami.

Ia merupakan satu lagi taktik untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu penting iaitu rasuah “derma” yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak, penyelewengan dana awam besar-besaran melalui 1MDB untuk membiayai belanja PRU-13 dan yang terkini, persempadanan semula pilihan raya yang berat sebelah dan tidak mematuhi Perlembagaan Malaysia.

Pada 19 November ini, perhimpunan Bersih 5 bertujuan untuk mengetengahkan isu-isu yang melanda negara dan menggesa agar kerajaan bertindak lebih bertanggungjawab dan demokratik untuk memastikan penyalahgunaan kuasa tidak akan berlaku lagi.

Kami menyeru rakyat Malaysia agar menyertai kami di perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu untuk menuntut pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, demokrasi berparlimen yang kuat, hak untuk berbeza pendapat, dan pemerkasaan Sabah dan Sarawak. Kerana kita berhak memiliki Malaysia yang lebih baik.

Berdiam diri bukan lagi pilihan.

Jawatankuasa induk Bersih 2.0.


BERSIH 2.0 has complied with all provisions under the Peaceful Assemby Act 2012

Bersih 2.0 asserts that we have fulfilled all the necessary requirements under the Peaceful Assembly Act 2012 to hold the Bersih 5 rally in Kuala Lumpur on 19 November 2016.

On 28 October 2016, Bersih 2.0 hand-delivered the 10-day notice required under Section 9 of the Act by to police headquarters at Bukit Aman, the Dang Wangi and Brickfields district police headquarters, and the Kuala Lumpur contingent police headquarters.

The notice was to inform the authorities that the Bersih 5 rally would be held on 19 November from 10am to 6pm. We would like to stress that it is not a permit or permission to hold the rally.

No permit for a peaceful rally is required under the Peaceful Assembly Act.

Our adherence to the the Act also extends to all our Bersih convoys, which have been running every weekend since 1 October 2012. Bersih has submitted notices for each and every one and we have proof of our actions. On that account, Inspector General of Police Khalid Abu Bakar’s statement that we have not submitted notices for our convoys is false, and we request that he withdraw his baseless allegations.

Bersih 2.0 would also like to point out that the home ministry does not have the power to ban Bersih (or the red shirts), as Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi suggested. The ministry has no jurisdiction under the Peaceful Assembly Act or the Societies Act 1966 to do so, and the ban would be unconstitutional.

In case the deputy prime minister has forgotten, the issue of Bersih not being registered with the Registrar of Societies (RoS) was already brought up in 2012. The home minister at the time, Hishammuddin Hussein’s decision to declare Bersih 2.0 an illegal organisation was quashed by the high court. The judge, Justice Rohana Yusof, said that the decision was “tainted with irrationality”.

Bersih 2.0 would also like to assure KL mayor Mohamad Amin Nordin Abd Aziz that we are complying with Kuala Lumpur City Hall’s order and have no intention of entering Dataran Merdeka. We will, however, “stubbornly” go on with our rally in the vicinity of the area.

Bersih 2.0 decries the authorities’ desperate attempts to defuse the Bersih convoy and the Bersih 5 rally. The issue of the notices, the deputy prime minister’s irrational ban, and the KL mayor’s uninformed statement all serve to villify Bersih and intimidate the rakyat into withdrawing their attendance from our activities.

This is yet another diversionary tactic to turn the people’s attention away from important issues: the (alleged) grand corruption of Najib’s supposed “donation” channelled into his personal account and misappropriation of massive public funds through 1MDB to fund GE13 and more pressingly, the current unconstitutional redelineation exercise led by the Election Commission which may determine a voting pattern that favours one dominant political party.

This 19 November, Bersih 5 seeks to highlight these very real issues that are plaguing the country and demand a more accountable and more democractic government to ensure abuse of power on such a grand scale will not happen again.

We urge fellow Malaysians to join us for the #Bersih 5 rally in Kuala Lumpur, Kuching, and Kota Kinabalu to demand clean elections, a clean government, strong parliamentary democracy, the right to dissent, and the empowerment of Sabah and Sarawak. Because we deserve a better Malaysia.

Not protesting is no longer an option.

Bersih 2.0 steering committee

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments