Bersih 2.0: Pengerusi SPR impian rakyat Malaysia

0

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak sabar-sabar menantikan pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya yang baru, bagi menggantikan Abdul Aziz Mohd Yusof yang bakal menamatkan perkhidmatannya.

Aziz bakal bersara wajib ekoran beliau bakal mencecah usia 66 tahun sepertimana diperuntukkan Perkara 114(3) Perlembagaan Persekutuan yang menghadkan tempoh perjawatan di dalam SPR setakat usia tersebut.

Bersih 2.0 mengalu-alukan pelantikan pengerusi SPR yang baru, dengan perkenan Majlis Raja-raja, dan berharap bahawa tanggungjawab dan mandat yang diberikan akan digunakan ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya, meski kami mempunyai saranan-saranan lanjut berkenaan proses pelantikan tersebut.

Sehubungan dengan itu, kami merasa terpanggil untuk berkongsi satu senarai pendek cadangan-cadangan penambahbaikan institusional yang kami percaya perlu dilaksanakan demi sebuah demokrasi yang sihat di negara yang tercinta ini.

Pertama, Bersih 2.0 mencadangkan supaya keseluruhan suruhanjaya tersebut diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen dan bertanggungjawab kepada Parlimen, bukannya kepada mana-mana menteri daripada sayap eksekutif.

Kedua, sebuah jawatankuasa pilihan khas secara rentas parti wajar ditubuhkan bagi menerima laporan-laporan suruhanjaya secara berkala. Ini demi memastikan kebertanggungjawaban suruhanjaya kepada Parlimen.

Ketiga, kami mencadangkan supaya pada masa akan datang sebuah jawatankuasa pemilihan SPR ditubuhkan, yang terdiri daripada pemimpin kerajaan dan pembangkang, bagi membuat lantikan berdasarkan pencalonan dan pendengaran awam. Ini bagi memastikan bahawa Suruhanjaya tersebut bersih daripada sebarang pengaruh parti politik.

Keempat, kami juga menggesa supaya penolong pegawai pendaftar (assistant registration officer) dari kalangan parti-parti politik dipulihkan bagi membantu SPR menjalankan pendaftaran dan semakan pemilih.

Bersih 2.0 turut berharap supaya SPR tidak terus diperkudakan mana-mana parti politik sepertimana jabatan hal ehwal khas (Jasa) diperkudakan untuk melakukan kerja-kerja propaganda bagi kepentingan politik parti pemerintah.

READ MORE:  Great strides in electoral reform - but risk of total reverse remains

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments