Bersih 2.0: Nur Jazlan, marilah sertai Bersih 4

0
no views

Bersih 2.0 menyambut baik kenyatan Nur Jazlan, yang telah dilaporkan berkata bahawa kerajaan tiada masalah dengan perhimpunan aman Bersih 4.

Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Nur Jazlan, telah dilaporkan berkata bahawa kerajaan tiada masalah dengan perhimpunan aman Bersih 4.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menerima baik respon Nur Jazlan ini dan dengan rasa besar hati ingin mengajak beliau untuk turut bersama-sama menyertai perhimpunan Bersih 4 yang dijadual berlangsung dalam masa dua minggu sahaja lagi.

Pastinya tiada masalah bagi beliau untuk ikut serta berhimpun bersama-sama rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya dan kerajaan yang adil, hak membantah, pengukuhan demokrasi berparlimen dan demi menyelamatkan ekonomi negara.

Pun begitu, Nur Jazlan dalam kenyataannya kepada media turut menyebut bahawa pihak berkuasa akan bertindak sekiranya perhimpunan tersebut bertukar kecoh dan keadaan tidak terkawal.

Suka kami ingatkan Datuk Nur Jazlan bahawa tugas menjaga keamanan dan mengawal keadaan adalah tugas pihak polis, yang kini berada di bawah bidang tugas beliau sebegai timbalan menteri dalam negeri.

Tiga perhimpunan Bersih telah berlangsung, dan dunia telah menjadi saksi bahawa perhimpunan yang bermula aman hanya bertukar menjadi huru hara apabila pihak polis bertindak kasar dalam meleraikan perhimpunan.

Matematiknya mudah; sekiranya pihak polis boleh mengawal diri dan bertenang, perhimpunan juga akan kekal aman dan tenang.

Bersih 4 tidak bertujuan menggulingkan kerajaan. Pihak polis perlu diingatkan bahawa rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan aman Bersih 4 hanya membawa lima tuntutan dan salah satu darinya adalah untuk memperkukuh demokrasi berparlimen. Pihak polis harus mengambil semua langkah untuk memastikan peserta himpunan berada dalam keadaan aman dan selamat, dan bukannya mencetuskan kekecohan.

Sekiranya ada antara kalangan peserta yang melanggar arahan jawatankuasa pengelola untuk berhimpun secara aman, dan memulakan kekecohan, pihak polis dialu-alukan untuk memberkas mereka.

Sekali lagi kami tegaskan bahawa tanggungjawab pihak polis ialah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan Bersih 4. Sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini, pihak polis dan kementerian dalam negeri lah yang harus bertanggungjawab.

Maria Chin Abdullah ialah pengerusi Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments