Bersih 2.0: Naib pengerusi Bersih Sabah didakwa

0
144
Jannie Lasimbang - Photo credit: iisd.ca and IIFB

Naib pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Sabah Jannie Lasimbang didakwa di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu Sabah, hari ini.

Bersih 2.0 justeru menyatakan solidariti bersama Jannie dan mengutuk pendakwaan ke atas beliau atas alasan gagal mengemukakan notis 10 hari menurut Akta tersebut.

Jannie merupakan individu pertama yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman ekoran perhimpunan aman Bersih 4 yang turut berlangsung di Kota Kinabalu pada 29-30 Ogos lalu.

Sebelum ini, Jannie sudah pun disoal siasat bersama sebahagian penganjur, sukarelawan dan pemidato sebaik sahaja acara di Kota Kinbabalu selesai.

Bersih 2.0 menjangkakan bahawa ramai lagi akan turut didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman ekoran keputusan Mahkamah Rayuan awal bulan ini bahawa peruntukan Seksyen 9(5) Akta tersebut adalah tidak bersalahan dengan Perlembagaan.

Mahkamah bertingkah dengan penghakimannya sebelum ini dalam kes Nik Nazmi bahawa keperluan notis 10 hari menurut Akta tersebut adalah tidak berpatutan dan bercanggah dengan asas hak asasi yang digariskan Perlembagaan.

Bersih 2.0 menyifatkan pendakwaan terpilih ke atas Jannie dan barangkali beberapa aktivis lagi adalah sebahagian daripada usaha untuk terus menakut-nakutkan orang ramai daripada menyatakan bantahan salah laku pihak berwajib.

Bersih 2.0 turut melihat pendakwaan ini sebagai satu lagi serangan ke atas hak membantah, dan rakyat Malaysia yang telah menyatakan sokongan mereka terhadap hak membantah melalui perhimpunan Bersih 4 akan terus berjuang menegakkan hak membantah.

Meski Menteri Pelancongan Mohamed Nazri Aziz dalam satu kenyataan semalam menyebut bahawa negara membenarkan demonstrasi aman, apa yang jelas ialah walaupun wujud kebebasan untuk berhimpun, nampaknya seakan tiada kebebasan selepas berhimpun.

READ MORE:  Fresh Sabah polls to show path for looming national elections

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments