Bersih 2.0 menyokong kerajaan PH untuk meneruskan mandat, mengkotakan manifesto (Malay/English)

0
100 views

[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih 2.0 menegaskan bahawa mandat Rakyat dalam pilihan raya umum 2018 mesti dihormati dalam pembentukkan kerajaan untuk baki penggalnya.

Dibekalkan dua pilihan di antara Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, Bersih 2.0 menyokong satu kerajaan yang diketuai oleh Mahathir atas ekspektasi-ekspektasi seperti berikut.

Pertama, ia mesti merupakan sebuah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berasaskan manifesto Buku Harapan, kerana ini adalah mandat Rakyat dalam pilihan raya umum 2018. Ia boleh juga merupakan kerajaan PH++ dengan ahli-ahli baru – parti atau ahli Parlimen – atas syarat bahawa mereka mesti menyatakan iltizam kepada Buku Harapan.

Kedua, kemelut politik semenjak 23 Februari adalah disebabkan oleh kekaburan dalam pelan peralihan kuasa. Masalah ini mesti dielakkan dengan adanya satu pelan peralihan kuasa yang jelas. Tempoh Mahathir sebagai Perdana Menteri seharusnya berakhir pada bulan November 2020, sekurang-kurangnya dua minggu selepas sidang kemuncak Asia-Pacific Economic Cooperation (Apec). Untuk meminimakan ketidaktentuan, calon yang menggantikan beliau harus dinamakan sebagai timbalan perdana menteri, dan calon itu ialah Anwar Ibrahim, Perdana Menteri kelapan seperti yang dijanjikan oleh PH dalam pilihan raya umum 2018 atau mana-mana calon lain yang dipersetujui oleh majlis presiden PH.

Ketiga, politik parti yang bertanggungjawab dan sihat mestilah dipupuk melalui reformasi bermakna dalam sistem pilihan raya dan sistem politik yang lebih luas, supaya akan ada had penggal bagi perdana menteri dan pencairan (deconcentration) kuasanya, pemerkasaan Dewan Rakyat, gelangang permainan yang rata untuk kesemua parti politik untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang -dengan persediaan untuk parti-parti dalam kerajaan ini bersaing sesama lain serta langkah-langkah untuk memupuk kebolehtahanan (viability) kerajaan dan mencegah gejela lompat parti.

READ MORE:  What went wrong for Pakatan Harapan at Kimanis?

Akhirnya, dan yang paling penting, adalah bahawa kerajaan PH yang diatur semula ini mesti mengakui kelemahan-kelemahan dalam melaksanakan agenda refomasi dalam 21 bulan yang lalu dan menumpu pada tiga aspek, iaitu:

  • menjaga ekonomi apabila negara diancam wabak coronavirus dan menghadapi perang dagang Amerika Syarikat-Cina dan melegakan kesusahan yang dialami oleh Rakyat, terutamanya golongan terpinggir
  • mendalamkan refomasi institusi untuk memajukan kedaulatan undang-undang (rule of law), pentadbiran yang baik dan hak asasi manusia
  • memperbaiki hubungan antara ethnik dan agama dengan mengurangkan kegelisahan dan kegusahan yang dirasai oleh Melayu-Muslim dan juga komuniti-komuniti lain di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Bersih 2.0 supports reconfigured PH government to continue people’s mandate, fulfil manifesto pledges

Bersih 2.0 reiterates that the people’s mandate in the 2018 general election must be respected in the formation of the next government for the remaining term.

Given the choice between Dr Mahathir Mohamad and Muhyiddin Yassin, Bersih 2.0 supports a government led by Mahathir based on the following expectations.

First, it has to be a Pakatan Harapan (PH) government based on the Buku Harapan manifesto, as this was the people’s mandate in the last general election. It may also be a PH++ government with new members – parties or individual parliamentarians – but the new members must commit themselves to the Buku Harapan.

Second, the political turbulence since 23 February 2020 has been due to the ambiguity in PH’s transition plan, and its recurrence must be avoided with a clear transition plan. Mahathir’s prime ministership should end in November, the latest within two weeks after the Asia-Pacific Economic Cooperation (Apec) summit. To minimise uncertainty, his successor should be made the deputy prime minister, and the person should be Anwar Ibrahim, the eight prime minister promised by PH in the last general election or any other candidate agreed by the PH presidential council.

READ MORE:  What lies ahead for media in post-Pakatan Malaysia?

Third, responsible and healthy party politics must be promoted through substantial reforms in the electoral and wider political system so that there would be a term limit for the prime minister and de-concentration of his or her power, strengthening of Parliament, a level playing field in the next general election for all parties to contest – with preparation for parties in this government to compete against each other, and measures to promote the government’s viability and curb party-crossing.

Finally, and most importantly, the reconfigured PH government must recognise its weakness in implementing the reform agenda in its first 21 months, and focus on three aspects over the remaining term:

  • managing the economy in the wake of the coronavirus outbreak and the ongoing US-China trade war to alleviate the hardship of the people, especially marginalised groups
  • deepening institutional reforms to affirm the rule of law, good governance and human rights
  • improving communal relations and reducing the anxiety and insecurity felt by Malay-Muslims as well as other communities in East and West Malaysia

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments