Bersih 2.0 menyoal tindakan pilih kasih pihak berkuasa

0
The Red Shirts protesting outside Malaysiakini - Photograph: Yusof Mat Isa/Malay Mail

Bersih 2.0 menolak tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak yang mendakwa Bersih dan portal media Malaysiakini menerima bantuan dana asing.

Tiada undang-undang yang menyatakan NGO atau portal media tidak boleh menerima dana asing dan tidak ada apa-apa dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memberikan kuasa keada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menjalankan apa-apa siasatan. Itu akan menjadi ‘ultra vires’ atau bukan dalam bidang kuasa mereka.

Bersih 2.0 adalah kecewa kerana menteri-menteri yang sepatutnya meneraju negara ini tidak memahami undang-undang dan perlembagaan dan bertindak di luar batas kuasa mereka.

Apabila tuduhan yang sama telah dibuat terhadap “Malaysian Official 1” yang menerima “derma” dan telah menyalahgunakan dana awam dalam jumlah yang cukup besar, menteri-menteri yang sama telah bergesa-gesa mempertahankannya tetapi apabila wujud dakwaan dana asing untuk NGO dan portal berita, menteri-menteri yang sama bertindak mengutuk dana asing untuk NGO dan portal berita.

Bersih 2.0 menyoal tindakan pihak berkuasa yang hanya ‘berpeluk tubuh’ apabila baju merah gagal memberikan notis 10 hari di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012 untuk berkumpul di luar pejabat Malaysiakini pada hari Khamis, 3 November dan Sabtu, 5 November.

Jika pihak berkuasa benar-benar percaya yang undang-undang sepatutnya digunakan ke atas semua dengan cara yang adil, maka, ketua mereka, Jamal Yunos, perlu disiasat di bawah Seksyen 9 akta tersebut.

Selain itu, ancaman dan ugutan Jamal untuk “meruntuhkan” bahagian bangunan Malaysiakini perlu diambil serius. Kami menggesa Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar supaya jangan sekali lagi menolak ini sebagai “perang mulut” sahaja dan menyiasat Jamal kerana ia merupakan suatu ugutan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

READ MORE:  When the government fears the people, it suppresses freedom of speech

Pada masa ini, pihak berkuasa seolah-olah memegang tampuk undang-undang hanya untuk kesenangan mereka, menolak pandangan yang berbeza dan menghukum tindakan rakyat tidak bersetuju dengan mereka, kononnya atas nama melindungi demokrasi berparlimen.

Rakyat Malaysia berhak menuntut sebuah kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan demokratik di mana apa-apa tindakan pilih kasih atau ‘”double standard” sepatutnya tidak berlaku dan mereka sepatutnya diterajui oleh menteri yang berintegriti dan beretika, menteri yang sentiasa berusaha memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Kami menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan taktik diversionary pihak berkuasa dan menumpukan semula perhatian mereka dalam isu-isu penting negara seperti rasuah 1MDB dan “sumbangan” yang dimasukkan ke dalam akaun “peribadi” Najib untuk digunakan dalam PRU ke-13, dan yang lebih penting, persempadanan semula yang sedang dilakukan oleh SPR di mana peruntukan perlembagaan tidak diikuti, dan keputusan pilihan raya memihak kepada satu parti pemerintah.

Berdiam diri bukanlah lagi satu pilihan. Bersih 2.0 menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersatu hati dan menyertai kami di Bersih 5 pada 19 November untuk menuntut Malaysia yang lebih baik.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0


Bersih 2.0 questions the authorities’ double standards

Bersih 2.0 is concerned with Minister of Communications and Multimedia Salleh Said Keruak’s intention of probing reports that Bersih and news portal Malaysiakini allegedly received foreign funding.

There is no law that states an NGO or a news portal cannot receive foreign funding nor is there anything in the Communications and Multimedia Act 1998 that gives power to the Malaysian Communications and Multimedia Commission to conduct such an investigation. That would be ultra vires of the law.

READ MORE:  When the government fears the people, it suppresses freedom of speech

Bersih 2.0 finds it unacceptable that ministers who are supposed to lead this country do not have a firm grasp of the law and the constitution and are acting out of the bounds of their powers.

When similar allegations were levelled against a certain “Malaysian Official 1” who received “donations” and misappropriated massive amounts of public funds, the same ministers who now decry foreign funding for NGOs and news portals scrambled to his defence.

Instead of the authorities probing into recycled claims of foreign funding, Bersih 2.0 questions their inaction  over the Red Shirts who failed to give their 10-day notices under the Peaceful Assembly Act 2012 for gathering outside Malaysiakini’s office on Thursday, 3 November and Saturday, 5 November last week. If the authorities truly believe that the law is applied equally, their leader, Jamal Yunos, should be investigated under Section 9 of the Act.

Furthermore, his threat to “runtuhkan” (collapse) part of Malaysiakini’s building should be taken seriously. We urge the Inspector General of Police Khalid Abu Bakar not to again dismiss this as a mere “war of words” and investigate Jamal for criminal intimidation under the Penal Code.

As it stands, the authorities seem to be wielding the law to their convenience and silencing views and actions they don’t agree with, supposedly in the name of protecting parliamentary democracy.

Malaysians deserve a more accountable and democratic government where such perceived double standards will not be allowed to happen and where strong, principled leaders truly have the nation’s best interests at heart.

We urge Malaysians not to be taken in by the authorities’ diversionary tactics and refocus their attention on the crucial issues of 1MDB’s grand corruption and the “donations” channelled into Najib’s personal accounts used for GE13 and more importantly, the unconstitutional redelineation exercise carried out by the Election Commission which may sway election results in favour of one ruling party.

READ MORE:  When the government fears the people, it suppresses freedom of speech

Not protesting is no longer an option. Bersih 2.0 calls on fellow Malaysians to join us on the streets this 19 November for Bersih 5 to demand a better Malaysia.

Bersih 2.0 steering committee members

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments