Bersih 2.0 mengutuk keras penangkapan pengerusi Maria Chin Abdullah di Sabah dan ugutan ke atas penduduk yang menerima risalah Bersih 5

0
126

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ditahan di Langkon, Sabah pada 29 Oktober 2016 kerana menyebarkan risalah Bersih 5.

Beliau ditahan untuk diambil keterangan di balai polis Kota Marudu pada pukul 2.21 petang, dan tiada sesiapa yang dibenarkan bersama beliau. Beliau dilepaskan dengan ikat jamin pada pukul 4.07 petang.

Alasan penahanan Maria adalah beliau didakwa di bawah Seksyen 11 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyebarkan risalah.

Pihak polis mengugut untuk menahan penduduk di Langkon yang menerima risalah dan mereka telah mengambil maklumat penduduk yang telah menerima risalah.

Bersih 2.0 menolak tindakan polis yang menahan orang awam atas alasan yang tidak munasabah, iaitu menerima risalah. Ini adalah tindakan yang bermotifkan politik dan menunjukkan betapa terdesaknya pihak berkuasa untuk menyekat pergerakan Bersih.

Jelas, Bersih telah berjaya dalam usaha untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat dan ini telah menyebabkan pihak berkuasa terdesak dan bertindak untuk menyekat Bersih dengan menggunakan kekerasan dan ugutan.

Penahanan Maria di Sabah adalah tindakan terdesak pihak berkuasa yang cuba untuk menyekat suara rakyat yang berbeza pendapat, walaupun ia adalah satu komponen yang diperlukan dalam masyarakat demokratik yang sihat.

Dalam kejadian yang berasingan pada 30 Oktober 2016, polis telah menyekat Charles Santiago daripada menyebarkan risalah Bersih 5 di Klang, dengan menyatakan beliau telah melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Polis juga telah menggugut untuk menangkap Charles.

Di Johor, #KonvoiBERSIH5 telah disekat di empat sekatan jalan raya berlainan yang dijalankan oleh polis.

Ini jelas menunjukkan bahawa pihak berkuasa berusaha dengan keras untuk menghalang usaha Bersih 5 tetapi kami tidak akan gentar dengan tindakan mereka yang menyekat aktiviti kami.

READ MORE:  When the famous flout MCO

Bersih 2.0 juga mengkritik tindakan polis yang mengugut untuk menangkap penduduk di Langkon dan mencatit segala butiran maklumat penduduk yang telah menerisa risalah.

Dengan penyalahguaan kuasa yang berleluasa, pihak berkuasa pertama sekali mensasarkan organisasi dan peguam yang menyokong Bersih dan kini mereka mensasarkan kekerasan kuasa ke atas individu yang tidak bersalah.

Ini jelas menunjukkan betapa jauh kita telah tersasar dari satu masyarakat yang berdemokrasi, di mana rakyat yang jujur dan tidak bersalah boleh diugut untuk ditahan atas alas anmenyebarkan risalah.

Bersih 2.0 terus komited untuk meneruskan usaha pembaharuan institusi yang termasuk: pilihanraya yang bersih, kerajaan yang bersih, pengukuhan demokrasi berparlimen, hak untuk untuk membantah dan pemerkasaan Sabah dan Sarawak.

Jika menuntut pembaharuan institusi mewujudkan perasaan takut dalam kepimpinan negara, gerakan Bersih kini adalah lebih diperlukan sebagai ‘check and balance’ terhadap sebuah kerajaan yang terlalu selesa menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan mereka.

Kami menggesa rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan yang padu kepada Bersih 2.0 dan menyertai kami di Bersih 5 pada 19 November.

Satukan tenaga, Malaysia baru.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

31 October 2016

Bersih 2.0 condemns the arrest of chairperson Maria Chin Abdullah in Sabah and the intimidation of honest citizens receiving Bersih 5 flyers

Bersih 2.0 chairperson Maria Chin Abdullah was detained in Langkon, Sabah on 29 October 2016 for distributing Bersih 5 leaflets.

She was taken in for questioning at Kota Marudu police station at 2.21pm; no one was allowed in with her. She was released on bail at 4.07pm.

The reason cited for Maria’s arrest was allegedly under Section 11 (2) of the Printing Presses and Publications Act 1984 for distributing leaflets.

READ MORE:  Stop crackdown on migrants, journalists and civil society – UN rights experts

The police had also threatened to arrest the residents of Langkon who took the leaflets and took down the details of those who received them.

Bersih 2.0 questions the actions of the police who would go so far as to arrest someone on as vague a reason as distributing leaflets. This is a targeted act of political intimidation against Maria and only goes to show that the authorities are grasping at straws in a vain attempt to stop the Bersih movement.

Clearly, Bersih has been doing such an effective job in spreading our message that people in high places are acting out of desperation and resorting to more and more ludicrous displays of power and acts of intimidation.

Maria’s arrest in Sabah is the latest incident of authorities trying to stamp out voices of dissent, a component that is necessary in a healthy democratic society.

In a separate incident on 30 October 2016, the police prevented Charles Santiago from distributing Bersih 5 leaflets in Klang, citing a violation of the Printing Presses and Publications Act 1984. They also threatened arrest.

In Johor, the #KonvoiBERSIH5 was stopped on several occasions at four different police road blocks. It is becoming quite clear that the authorities are ramping up their efforts to hamper Bersih 5 efforts but we will not be intimidated into stopping our activities.

Bersih 2.0 also condemns the actions of the police who threatened to detain the residents of Langkon and took down the details of those who had taken the leaflet.

In a blatant abuse of power, the authorities first targeted companies and lawyers who support Bersih and now they take aim at innocent individuals. This is the extent to which we have devolved from a free and democratic society to an extent that honest citizens can be threatened with arrest for simply receiving a flyer.

READ MORE:  Movement control order: CIJ wants all arrests halted

Bersih 2.0 remains committed to our calls for institutional reforms which include clean elections, a clean government, the strengthening of parliamentary democracy, the right to dissent, and the empowerment of Sabah and Sarawak.

If demanding institutional reforms strikes fear in the country’s leadership, the Bersih movement is needed now more than ever as a check and balance for a government that has flagrantly abused the laws of the country to their end.

We urge Malaysians to continue lending their support to Bersih 2.0 and to join us on the streets for Bersih 5 on 19 November.

Satukan tenaga, Malaysia baru.

Bersih 2.0 steering committee

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments