Bersih 2.0 mengkritik gangguan polis terhadap kakitangan, peserta konvoi Bersih 5

0

Pada awal 3 November, pegawai program semenanjung utara Bersih Lee Chung Lun telah disoalsiasat oleh ASP Mohd Hisham di IPD Seberang Perai Tengah.

Beliau dipanggil untuk aktiviti-aktiviti Bersih termasuk pengedaran risalah di Sunway Carnival Mall dan penganjuran ucapan di Bandar Perda. Pihak polis habis mengambil kenyataan beliau pada 2.40 petang.

Adun Lee Khai Loon yang menemani Chung Lun ke balai polis turut dikehendaki memberikan kenyataan kepada pihak polis. Mereka meninggalkan balai polis pada pukul 3.05 petang.

Ahli-ahli Bersih dari Johor, Perak, dan Sabah turut disoalsiasat di insiden-insiden lain di serata negara, terutamanya berhubungan dengan konvoi Bersih.

Bersih 2.0 mengambilkira insiden sebegini sejenis amalan gangguan terhadap kakitangan dan peserta Bersih. Ini jelas sekali menunjukkan satu lagi percubaan untuk menakut dan melarang aktiviti-aktiviti kami, terutamanya konvoi kami.

Taktik ini digunakan oleh kerajaan untuk mengabaikan tuntutan-tuntutan Bersih, iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasakan Sabah dan Sarawak.

Tujuan konvoi yang bermula dari 1 Oktober 2016 adalah untuk membawa tuntutan kami melangkaui sempadan bandar. Setakat hari ini, ianya sudah berjaya sampai ke kawasan luar bandar di pinggiran bandar besar dan melibatkan penyertaan penyokong dari kawasan-kawasan ini.

Pihak berkuasa yang asyik meneruskan ugutan mereka terhadap kami adalah bukti sahih bahawa program konvoi mencapai kejayaan menyebarkan mesej Bersih di seluruh negara dan bukan sahaja di kawasan perbandaran.

Menjelang 19 November, Bersih 2.0 ingin mengingatkan rakyat Malaysia untuk turun jalanraya bersempenakan Bersih 5. Raikan kejayaan kami dan hantarkan suara yang lantang kepada kerajaan bahawa rakyat tidak lagi ketakutan dan akan terus berjuang demi masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Tidak turun membantah bukan satu pilihan.

Salam Bersih!

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0


Bersih 2.0 criticises police harassment of Bersih staff, convoy participants

On 3 November, Lee Chung Lun, Bersih’s northern peninsula programme officer, was questioned by ASP Mohd Hisham at IPD Seberang Perai Tengah.

He was called in over Bersih activities which included leafleting at Sunway Carnival Mall and organising speeches at Bandar Perda. The police finished taking his statement at 2.40pm.

State assembly member Lee Khai Loon, who accompanied Chung Lun to the station, was also required to give a statement to the police. Both left the station at 3.05pm.

In separate incidents around the country, Bersih members from Johor, Perak, and Sabah have also been questioned, especially in relation to the Bersih convoy.

Bersih 2.0 views this as a form of harassment of our staff and participants. Once again, it is another attempt to scare us into submission and clamp down on our activities, especially the BersihH convoy. These are also tactics used by the government to sideline the Bersih demands, i.e., to have clean and fair elections, a clean government, strengthening parliamentary democracy, right to dissent and empowering Sabah and Sarawak.

The convoy was meant to bring our demands beyond the urban setting, and it kickstarted on 1 October 2016. It has successfully reached out to towns outside the major cities and directly involves supporters in towns all over Malaysia.

The fact that the authorities continue to harass us is evidence that our convoy programme is succeeding in spreading the Bersih message throughout the country and not just the urban areas.

As 19 November approaches, Bersih 2.0 would like to remind Malaysians to join us on the streets for Bersih 5. It is a day to celebrate our successes as well as to send a message to the government that Malaysians no longer live in fear and will continue to fight for a better Malaysia.

Not protesting is not an option.

Salam Bersih!

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments