Bersih 2.0 mengalu-­alukan resolusi daripada ahli parlimen Kesatuan Eropah

0
163
Cartoon by Zunar/Malaysiakini

Bersih 2.0 sekali lagi menyeru Putrajaya untuk menggugurkan segala pendakwaan terpilih keatas kesemua individu yang punyai pendirian politik yang berbeza.

Sehingga hari ini, PM Najib Razak dan kabinetnya masih gagal memahami dan menjawab segala dakwaan rasuah yang mungkin berkait dengan manipulasi dan kecurangan ketika pilihan raya umum PRU13 yang lalu.

Akta-akta drakonian dan pendakwaan terpilih terus digunakan ke atas lawan politik.

Paling terbaru ialah RUU Majlis Keselamatan Negara 2015 yang bakal mencengkam demokrasi di Malaysia. Kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang dijamin dibawah Perlembagaan Malaysia bakal terhanyut. Ini kerana selepas MKN diluluskan segala kuasa terletak dibawah eksekutif ataupun di bawah seorang individu sahaja.

Rakyat akan dilayan seperti penjenayah hanya kerana mereka mempraktikan kebebasan bersuara dan kebebasan untuk berhimpun.

Tetapi, mereka yang mempromosikan pandangan politik ektrimis dibiarkan begitu sahaja. Gejala dan suasana politik sebegini sedang berlaku dan dibiarkan berleluasa.

Rakyat dan orang biasa terus dikelompok-kelompokkan mengikut stigma perkauman. Ini dilakukan sebagai strateji pecah perintah dan dalam masa yang sama bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Bersih 2.0 sekali lagi ingin mengingatkan Putrajaya bahawa pada PRU13 yang lalu, 52% rakyat Malaysia telah bekerja keras untuk menyuburkan demokrasi. Mereka telah mengundi untuk melahirkan Malaysia yang baru. Majoriti 52% rakyat Malaysia tidak pernah mengundi untuk menyemarakkan fahaman ektrimis.

Bersih 2.0 menyeru rakyat Malaysia agar tidak sesekali tunduk dengan segala tekanan dan penindasan yang berterusan dari Putrajaya. Tekanan ini adalah hanya untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia dari menuntut perubahan.

Bersih 2.0 sekali lagi menyeru Putrajaya untuk menggugurkan segala pendakwaan terpilih keatas kesemua individu yang punyai pendirian politik yang berbeza. Semua tahanan politik harus dibebaskan.

READ MORE:  When the famous flout MCO

Bersih 2.0 memberi amaran sekali lagi bahawa ekonomi negara bakal merundum lagi akibat ketidak percayaan kaum pemodal ke atas pemerintahan ditaktor yang mungkin mengguna-pakai RUU Majlis Keselamatan Negara 2015.

Bersih 2.0 menyeru agar RUU Majlis Keselamatan Negara 2015 yang akan dibahaskan di Dewan Negara ditarik balik dengan serta-merta.

Maria Abdullah ialah pengerusi Bersih 2.0.

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments