Bersih 2.0 melancarkan kempen Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan

0

Bersih 2.0 mempunyai tiga kempen yang dijalankan serentak dan menjemput anda semua untuk menyertainya, ujar Maria Chin Abdullah.

Api Bersih 2.0 telah membara sepanjang sembilan tahun – sejak 2009 sehingga kini. Ahli jawatankuasa pemandu Bersih dan saya dengan rendah hati berada di sini bersama anda semua.

Anda semua adalah sebab bentuknya Bersih 2.0 hari ini. Semangat, komitmen serta penyertaan anda telah banyak membantu dalam perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil.

Seorang peserta Bersih 2.0 mengingati perjuangan yang epik ini dengan sebegini:

Mereka kurungkan hati bandaraya,
tetapi dalam kurungan terlahirnya persaudaraan kita.

Mereka melancarkan gas pemedih mata dan meriam air ke jasad kita,
tetapi yang dihancurkan hanyalah ketakutan kita.

Kita pergi ke jalanan mencari demokrasi
namun yang dijumpai adalah negara baru kita.

Dalam keganasan polis pada 709, negara baru, yang tidak lagi takut kepada kepelbagaian dan perbezaan sesama kita, tidak lagi takut kepada kezaliman, telah dilahirkan. Malaysia 2.0

(In the baptism of police violence, a new nation, one that is fearless of her diversity and differences, fearless of tyranny, was born on the streets of Kuala Lumpur on 9 July 2011. Malaysia 2.0)

Rakyat yang turun ke jalan raya, yang disembur gas pemedih mata dan air berkimia, yang dibelasah dan ditangkap telah berkorban untuk negara yang tercinta. Anda yang berada di sini juga telah berkorban untuk negara kita. Kita tak akan lupa apa yang telah rakyat korbankan demi Malaysia.

Sekarang, bergantung kepada kita rakyat Malaysia untuk terus mendedikasikan usaha kita bagi meneruskan perjuangan kita, yakni tugasan agung yang terhampar di hadapan kita dan yang mana kita telah menyerahkan sepenuhnya kesetiaan kita – bahawa kita disini berazam supaya negara kita akan ada kelahiran semula demokrasi.

Saudara-saudari sekalian,

Negara kita kini terperangkap dalam:

Kes rasuah besar – bukan sahaja 1MDB; kini kita ada Felda FGV, Mara, Tabung Haji, KWSP, NFC dan banyak lagi kes-kes lain di mana penggunaan dana dipersoalkan, sama ada untuk membeli hartanah, tanah, pelaburan, pinjaman, dan banyak lagi. Tiada akauntabiliti awam dalam hal-hal ini.

Penggunaan undang-undang yang menindas untuk mendiamkan perbezaan pendapat seperti Sosma, Kanun Keseksaan, Poca, dan Pota. Semua ini menunjukkan bahawa situasi hak asasi manusia semakin parah di negara kita.

Tidak ada penghormatan kepada kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan juga semakin membimbangkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya tidak menghormati Perlembagaan dan melanggar prinsip jumlah pengundi harus lebih kurang sama bagi setiap kawasan pilihan raya, tidak menghormati hubungan tempatan dan sempadan pentadbiran, dan tidak menghormati pengundi baru apabila ada cubaan bagi mewujudkan halangan untuk pendaftaran mereka.

READ MORE:  Tiang ada, api tak ada

Senarai ini seolah-olah tiada penghujung.

Namun, mari kita raikan pencapaian kita juga.

Bersih bukan sekadar satu gabungan pembaharuan pilihan raya – ia kini merupakan gerakan demokratik terbesar di negara ini. Semua ini adalah kerana Anda – yang fokus dan berdedikasi untuk mempunyai negara yang lebih baik.

Bersih telah membawa politik baru. Kami telah mengubah minda rakyat dengan mengajak rakyat ke perhimpunan untuk pembaharuan pilihan raya – dan kemudian meningkatkan kesedaran mereka untuk menuntut pembaharuan institusi dan tadbir yang demokratik.

Inilah peranan kami – untuk mengubah naratif bahawa “keadaan biasa” telah berakhir dan kami mahukan standard yang baru, cara pengurusan yang baru, menerima kepelbagaian pendapat, tata kelola yang baik, hak asasi manusia, pembangunan yang adil dan saksama serta membina Malaysia yang berintegriti – di mana kita boleh dengan bangganya berkata kita adalah rakyat Malaysia.

  • Dalam perhimpunan Bersih 4, kami membawa 500,000 orang ke jalan raya dan menyatakan perhimpunan aman adalah tidak mustahil di Malaysia. Rakyat Malaysia secara kolektif menunjukkan bagaimana perhimpunan aman boleh dilakukan tanpa gas pemedih mata, penangkapan dan meriam air.
  • Kami telah merentasi batasan etnik, mengatasi budaya ketakutan dan menyatupadukan rakyat Malaysia untuk berusaha ke arah demokrasi yang kita mahu.
  • Kami telah memperkasakan 80,000 rakyat Malaysia untuk membantah persempadanan yang tidak adil dan pengundi mencabar undang-undang bersama Bersih 2.0 dan telah melewatkan proses persempadaan semula selama lebih daripada setahun.
  • Kami telah menjadikan pembaharuan institusi dan amalan demokratik sebagai satu isu yang kritikal. Ini termasuk penubuhan jawatankuasa pilihan parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya, speaker Parlimen menerima pembaharuan parlimen untuk memajukan perbahasan mengenai undang-undang dan dasar yang lebih akauntabiliti dan terbuka.
  • 50+11 hari kita berada di jalan untuk membantah dan menuntut reformasi yang kami mahukan. Peristiwa ini adalah suatu yang tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini. Bersih telah menjelajah ke 246 bandar, perbandaran dan kampung-kampung di seluruh negara menerusi konvoi Bersih 5 untuk menyampaikan mesej pembaharuan institusi yang dituntut.
  • Semangat kita telah diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui anugerah berprestij Gwangju dan Yayasan Taiwan untuk Demokrasi.

Bersama-sama kita telah mencapai semua ini. Ini adalah Kuasa Rakyat. Ya, jalan perubahan masih panjang. Dalam pembinaan gerakan demokrasi rakyat, kami sedar bahawa keadaan yang mencabar tersedia di hadapan kita.

READ MORE:  Langkah besar dalam pembaharuan pilihan raya - namun masih ada risiko dimansuh sepenuhnya

Kejayaan kita tidak hanya diukur dengan bilangan orang yang turun ke jalanraya. Ia harus diukur dengan kebahagiaan, kemakmuran dan keamanan rakyat Malaysia yang dapat wujud dalam persekitaran yang bebas dari permusuhan, kebencian, sikap tak bertoleransi, keganasan dan kemiskinan.

Rukun Negara kita menyatakan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Ini adalah kepercayaan suci yang kita mahu pemimpin kita ikut. Sebagai rakyat, kita bercita-cita untuk mempunyai “demokrasi di mana kerajaan baru akan terikat oleh peraturan yang lebih tinggi yang termaktub dalam perlembagaan, dan tidak dapat mentadbir negara seperti kehendak sendiri” (Nelson Mandela, 1994).

Dalam pilihan raya yang akan datang, kita mempunyai tanggungjawab yang besar di hadapan kita. Kita perlu mengambil bahagian dalam perubahan untuk negara ini. Penyertaan semua orang adalah penting. Sekali lagi, kita perlu membakar semangat dalam PRU ke-14 ini. Setiap undi anda penting kerana ianya adalah sebahagian daripada undi kolektif yang akan merealisasikan perubahan yang kita ingin lihat.

Oleh itu, slogan kami: Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan melambangkan kesatuan dan dedikasi kami untuk demokrasi.

Kita telah melalui dua pilihan raya, lima perhimpunan dan kita tahu kuasa undi kita. Secara kolektif, undi kita telah mengalahkan penipuan, menafikan dua pertiga majoriti untuk membawa semak dan imbang di Parlimen, meningkatkan undi popular, dan menyumbang kepada peratus keluar mengundi yang setinggi 85%. Jumlah keluar mengundi yang tinggi mampu mengubah landskap politik di Malaysia.

Kita boleh melakukannya Sekali Lagi dan – kita mesti Satukan Tenaga!

Bersih 2.0 mempunyai tiga kempen yang dijalankan serentak, dan kami menjemput anda semua untuk menyertai kami.

Bantahan terhadap persempadanan semula yang tidak adil

Cadangan persempadanan semula yang kedua adalah tidak berperlembagaan dan meremehkan hak pengundi untuk memilih wakil mereka. Kami ingin mendapatkan 100,000 pembantah untuk mengalahkan permainan SPR untuk melemahkan demokrasi.

Kami masih ada tiga atau empat hari sehingga tarikh akhir pada 14 Februari. Oleh itu, jika anda pengundi di Selangor, sila lakukan usaha terakhir dan dapatkan sebanyak bantahan yang anda mampu.

Pemantau

Penipuan dah mula berlaku. Mungkin banyak lagi penipuan yang bakal berlaku apabila Parlimen dibubarkan. Rakyat perlu sekali lagi melawan penipuan. Jadilah pemantau pilihan raya. Kita ada 3,000 pemantau pilihan raya pada PRU13; kita boleh lakukan sekali lagi. Kami ada booth pendaftaran di luar dewan dan sila daftar sebagai pemantau. Latihan sedang diaturkan, dan tarikh akan diumumkan untuk pilihan anda.

READ MORE:  Dari ‘katak-katak’ snollygoster… ke tiga perdana menteri dalam satu tahun?

Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan

Kempen ini akan bermula dari sekarang sehingga hari mengundi. Kami menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, tadbir urus yang baik dan perlindungan hak asasi manusia. anda boleh rujuk buku program anda.

Penyertaan anda sangat diperlukan dalam kempen daripada rakyat kepada rakyat ini. Kami akan menjelajah ke seluruh negara sekali lagi, dengan mengadakan sesi lepak di kedai kopi dengan rakyat, mengadakan perbincangan supaya mereka memahami isu, mengedar risalah dan menyeru rakyat untuk membuat panggilan telefon kepada rakan-rakan, saudara-mara dan pasangan untuk menggalakkan mereka keluar mengundi, supaya pilihan raya akan datang mencerminkan pilihan rakyat yang sebenar. Ini adalah kempen ‘makan, cakap dan call’ kami.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan kami, daftarlah Broadcast Bersih untuk menerima maklumat melalui Whatsapp.

Sehingga kini, semangat rakyat tidak pernah gagal mengagumkan kami. Cabaran ‘cili padi’ yang anda lihat dalam video tadi dimulakan oleh seorang wanita muda yang bersemangat untuk melakukan sesuatu demi negara kita.

Sama seperti cabaran ais baldi (ice bucket), dia berani memulakan cabaran cili padi untuk memberi perhatian kepada PRU14. Dengan terus menyokong semangat tinggi ini, kita mampu melakukan perubahan.

Satu lagi inisiatif rakyat adalah video yang dipanggil Jom Undi.

Jom Undi adalah video animasi pendek yang dihasilkan dalam enam bahasa – Melayu, Cina, Tamil, Inggeris, Kadazandusun dan Iban – yang didedikasikan daripada sekumpulan rakyat kepada semua rakyat Malaysia. Animasi ini kini dilancarkan secara rasmi pada acara “Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan” Bersih.

Kata mereka:

Negara dan rakyat kita layak mendapat sesuatu yang lebih baik. Banyak pembaharuan diperlukan dengan segera tetapi terdapat pandangan yang lain mengenai jalan ke hadapan.

Walau bagaimanapun, terdapat satu persetujuan yang umum iaitu keperluan untuk perubahan. Satu-satunya cara untuk merealisasikan perubahan secara sederhana adalah melalui peti undi.

Sertai gerakan ini untuk melakukan perubahan melalui peti undi dengan berkongsi animasi mereka.

Bersih 2.0 telah menjadikan perjuangan untuk demokrasi sebagai suatu realiti dan bukan angan-angan. Bersama-sama kita adalah kekuatan yang diakui oleh kedua-dua belah pihak dalam politik, dan kami telah memberi impak yang besar ke atas masyarakat kita.

Jadi, jangan lepaskan undi anda. Bersatu, Undi dan Ubah. Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan!

Salam Bersih! Salam Perjuangan!

Maria Chin Abdullah ialah pengerusi Bersih 2.0.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments