Bersih 2.0 lancar projek pantau pilihan raya Sabah (Malay/English)

0
63
Graphic: Wikipedia

[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih 2.0 akan menggerakkan pemantau rakyat bagi memantau penjalanan pilihan raya negeri Sabah kali ke-16 yang akan diadakan daripada 12-26 September 2020.

Pemantauan salah laku pilihan raya ini sebenarnya telah pun dimulakan sebaik sahaja pembubaran dewan undangan negeri diisytiharkan oleh Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal.

Tujuan misi pemantauan pilihan raya adalah untuk memastikan hak pengundi Sabah dihormati dan pilihan raya negeri dijalankan dengan bersih, bebas dan adil serta wujud padang permainan sama rata untuk semua calon dan parti politik. Ianya perlu bebas daripada salahlaku dan pembelian undi untuk menunjukkan kehendak sebenar orang Sabah dalam keputusan pilihan raya.

Bersih 2.0 akan menghantar pemantau pilihan raya di 27 kawasan dewan undangan negeri daripada keseluruhan 73 kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah yang akan memantau kempen pilihan raya calon-calon dan parti-parti politik dan perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya secara fizikal.

Kawasan yang dipilih adalah kawasan dewan undangan negeri yang dianggap panas dan serta kawasan tokoh-tokoh politik utama di Sabah. Selain itu, kami juga akan memantau perjalanan kempen secara atas talian (online) untuk kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pemantauan akan meliputi hari penamaan calon, tempoh berkempen, hari mengundi, pengiraan undi dan sehingga pengumuman keputusan pilihan raya.

Semasa pilihan raya, misi pemantauan akan mengedarkan maklumat-maklumat penting berkenaan hak-hak pengundi. Pemantau juga akan mendedahkan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang utama dan kesalahan pilihan raya oleh calon, ejen calon, parti politik dan mana-mana pihak ketiga serta orang awam.

Akhirnya satu laporan pemantauan pilihan raya yang merekodkan dapatan utama semasa pemantauan dan cadangan penambahbaikan untuk masa hadapan akan dikeluarkan.

READ MORE:  From snollygoster ‘frogs’ … to three PMs in a year?

Bersih 2.0 juga telah melancarkan kempen sumbangan projek pantau pilihan raya negeri Sabah bagi mengutip sumbangan dana daripada orang ramai untuk menampung kos pemantauan pilihan raya. Dana ini akan digunakan untuk membayar kos pengangkutan, penginapan, makanan, belanja komunikasi pemantau, sesi latihan kepada pemantau dan kempen pendidikan pengundi.

Sebarang sumbangan dana boleh disalurkan ke akaun Bersih & Adil Network- 5122 9510 2931(Maybank). Sasaran kami adalah sebanyak RM30,000 untuk menampung kos pemantauan pilihan raya ini. Sila nyatakan PRNSabah sebagai rujukan sumbangan. Resit rasmi akan diberikan dengan menghantar permintaan resit ke info@bersih.org

Bersih 2.0 sekali lagi mengingatkan semua pihak terutamanya calon-calon dan parti-parti politik untuk mematuhi etika pilihan raya yang bersih, bebas dan adil serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Berkempen dan bersainglah secara adil, berhemah serta intelektual demi mendapatkan kepercayaan rakyat Sabah. Pastikan pilihan raya kali ini benar-benar bersih dan adil.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Bersih 2.0 launches Sabah election monitoring project

Bersih 2.0 launched Projek Pantau PRN Sabah (Sabah state election monitoring project) on 7 September to monitor the conduct of the Sabah state election on 12-26 September 2020.

The monitoring of election misconduct actually started since the dissolution of the Sabah State Assembly by Chief Minister Shafie Apdal.

The election monitoring aims to ensure the rights of Sabah voters are respected, the state elections are conducted cleanly, freely and fairly, and is an equal playing field is made available for all candidates and political parties.

The conduct of election should be free from electoral misconduct and vote-buying to show the true will of the people of Sabah in the election results.

READ MORE:  Warisan on track to win Sabah polls?

Bersih 2.0 will send election observers to 27 constituencies out of the total of 73 constituencies in Sabah to monitor on site the election campaigns of the candidates and the political parties and the conduct of the election by the Election Commission. The constituencies selected are those that considered as hot spots as well as the areas where major political figures will contest in Sabah. We will also monitor the online campaign for all state constituencies.

The election observation mission will cover nomination day, the campaign period, polling day, vote counting and the announcement of the election result.

During the election, the election observation mission will disseminate important information regarding the rights of voters. Election observers will also highlight major violations of election law by election candidates, candidates’ agents, political parties or any third party.

Finally, an election observation report that documents the key findings during the election and proposals for future improvements will be published.

Bersih 2.0 has also launched a donation drive to collect donation to cover the cost of the election observation mission. The money donated to Bersih 2.0 will be used to pay for transport costs, accommodation, food, communications expenses for observers, training sessions and voter education campaigns.

Donations from the public can be channelled to this bank account: Bersih & Adil Network Sdn Bhd – 5122 9510 2931 (Maybank). Our target is RM30,000 to cover the cost of monitoring this election. Please specify PRNSabah as a reference for the donations. An official receipt will be provided by sending a request to info@bersih.org

READ MORE:  Sabah election test for Umno-Bersatu relationship

Bersih 2.0 once again reminds all parties, especially candidates and political parties, to adhere to clean, free and fair election ethics and the Election Offences Act 1954. We call on all to campaign and compete fairly and cleanly to gain the trust and support of Sabahans.

Bersih 2.0 steering committee

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments