Bersih 2.0: Hentikan siri pendakwaan bermotifkan politik

0

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa semua pertuduhan dan pendakwaan bermotifkan politik terhadap pemimpin parti pembangkang dan aktivis masyarakat dihenti dan digugurkan.

Bersih 2.0 melihat strategi pendakwaan pukat tunda Akta Hasutan masih lagi belum puas digunakan oleh pihak pemerintah untuk cuba mengekang kemaraan politik golongan yang tidak bersetuju dengan mereka dan seterusnya menakut-nakutkan orang ramai.

Ini pula dilakukan setelah berkali-kali Perdana Menteri Najib Razak berjanji untuk memansuhkan Akta tersebut dan memungkirinya. Pendakwaan terpilih yang dilakukan pihak pemerintah adalah langkah menjenayahkan hak membantah, dan ia terus disalahgunakan tanpa sebarang bantahan daripada perdana menteri.

Hari ini Ahli Parlimen Tanjung Ng Wei Aik pula didakwa di bawah Akta tersebut, setelah baru sahaja sekitar dua minggu lalu Ahli Parlimen Subang R Sivarasa turut didakwa di bawah akta yang sama.

Minggu hadapan pula, aktivis Lawrence Jayaraj akan turut menerima nasib serupa ekoran komentarnya terhadap keputusan mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim Februari lalu.

Bersih 2.0 melihat seakan-akan ada rantaian proses pendakwaan bermotifkan politik terhadap aktivis dan ahli politik pembangkang akhir-akhir ini, termasuklah pendakwaan di bawah Akta Perhimpunan Aman terhadap pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, dan naib pengerusi Sabah Jannie Lasimbang.

Ini ditambah pula dengan pendakwaan terhadap Maria berikutan perhimpunan Kita Lawan yang bakal dibicarakan dalam masa satu bulan lagi.

Bersih 2.0 mengutuk tindakan menggunakan undang-undang secara sewenang-wenangnya dengan tujuan politik bagi menafikan hak membantah.

Semua pertuduhan mesti digugurkan segera lantaran ia bertentangan dengan hak asasi manusia untuk berhimpun dan membantah secara aman.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments