Bersih 2.0: Hentikan siasatan mengarut di bawah larangan memakai T-shirt Bersih

0
Photo: themalaymailonline.com

Adakah pihak polis akan memanggil kesemua ratusan ribu peserta perhimpunan aman Bersih 4 yang telah bertindak nekad membelakangi larangan memakai T-shirt tersebut, tanya Bersih 2.0.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan pihak polis memanggil tiga individu – Ambiga Sreenevasan, Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Kapar Manivannan – untuk disoal siasat di bawah Seksyen 81 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan berikutan larangan memakai T-shirt dengan tulisan Bersih 4.

Daripada ratusan ribu peserta perhimpunan aman Bersih 4 yang berlangsung selama 34 jam tanpa disuraikan oleh pihak polis, amat menghairankan kenapa pihak polis mensasarkan tiga individu ini untuk disiasat di bawah undang-undang larangan memakai T-shirt terbabit.

Larangan memakai T-shirt Bersih 4 telah dilihat sebagai larangan yang mengarut oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang telah berhimpun selama 34 jam di jarak sepelontar batu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Bersih 2.0 menggesa supaya sebarang siasatan dan tindakan ke atas mereka hanya kerana memakai T-shirt kuning bertulis Bersih 4 dihentikan serta merta.

Bersih 2.0 juga mengecam tindakan pihak polis yang dilaporkan akan terus memanggil individu-individu lain termasuk Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk disiasat kerana memakai T-shirt Bersih 4.

Adakah pihak polis akan memanggil kesemua ratusan ribu peserta perhimpunan aman Bersih 4 yang telah bertindak nekad membelakangi larangan memakai T-shirt tersebut untuk disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang?

Sekiranya ada dari kalangan orang ramai yang dipanggil pihak polis, sila hubungi Bersih 2.0 di talian 03 7772 3275 atau 019 438 0428.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments