Bersih 2.0: GLC punya tanggungjawab sosial kepada masyarakat

0

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melahirkan rasa bimbang dengan kenyataan terbaru Perdana Menteri Najib Razak berkenaan pendanaan politik oleh syarikat terkait kerajaan (GLC).

Najib Razak dalam jawapan bertulis di Parlimen dilaporkan berkata bahawa “Syarikat milik kerajaan melalui MKD dan GLC tidak memperuntukkan dana tahunan khusus bagi sumbangan kepada ahli politik atau parti politik.”

“Sebaliknya jika terdapat permohonan sumbangan daripada pihak berkenaan, ia dikendalikan seperti mana permohonan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan lain iaitu berdasarkan keperluan organisasi berkenaan dan ketersediaan baki peruntukan belanjawan CSR syarikat semasa permohonan diterima.”

Bersih 2.0 berpendirian GLC seharusnya berperanan sebagai aset kerajaan dan mempunyai tanggungjawab kepada rakyat. Tanggungjawab sosial itulah yang dimaksudkan sebagai Corporate Social Responsibility.

GLC tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk menyediakan dana bagi parti-parti politik, terutamanya bagi menjayakan kempen-kempen politik demi kepentingan individu atau kumpulan tertentu.

Malah, tindakan memberi dana kepada parti-parti politik dilihat boleh menjejaskan keyakinan pelabur terhadap GLC dan mungkin menyebabkan mereka menjual pegangan dalam GLC tersebut, justeru menyebabkan nilai pasaran GLC tersebut merosot.

Adakah jawapan Perdana Menteri bertujuan menghalalkan (antara lain) ‘derma’ terkait syarikat bermasalah 1MDB berjumlah RM2.6bn yang masuk ke akaun peribadinya, sepertimana yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?

Jika demikian, adakah Perdana Menteri telah membuat permohonan kepada GLC terbabit untuk mendapatkan sumbangan dana tunai untuk disalurkan terus ke akaun peribadi beliau?

Adakah permohonan tersebut kemudiannya dibawa ke mesyuarat lembaga penasihat 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri untuk diluluskan?

Bersih 2.0 menyelar sebarang tindakan untuk menyalahgunakan aset dan kekayaan kerajaan demi kepentingan parti dan pemimpin politik. Ia bukan sahaja suatu salahguna kuasa secara terang-terangan, bahkan ia membuka laluan kepada korupsi dan rasuah yang tidak terkawal.

READ MORE:  Danger of politicians helming government agencies

Sekiranya GLC ingin menjalankan program CSR, dana tersebut boleh dibelanjakan terus kepada masyarakat yang memerlukannya, tanpa perlu melalui kantung tiris parti-parti politik, apatah lagi pemimpin-pemimpin politik tertentu.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments