Bersih 2.0 dedah laporan persempadanan Sabah dan akan bayar denda langgar embargo parlimen (BM/ENG)

0
53

Bersih 2.0 akan mendedahkan laporan persempadanan 2017 Sabah secara atas talian dan menawarkan untuk membayar denda RM1,000 kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana melanggar embargo Parlimen.

Laporan tersebut dibentangkan pada 8 Julai dan dijadualkan untuk perbahasan serta undian pada 17 Julai (Rabu).

Bersih 2.0 melahirkan rasa kecewa bahawa seruan penarikan embargo yang dibuat oleh Bersih 2.0 telah diabaikan dan ini menyebabkan orang ramai tidak sedar dengan kepentingan keputusan yang akan dibuat nanti kerana tidak ada media yang dapat melaporkan laporan tersebut.

Bersih 2.0 yakin bahawa orang ramai perlu dimaklumkan kandungan laporan tersebut sebelum ahli Parlimen membuat undian. Justeru, kami tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa melanggar Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dengan mendedahkan keseluruhan laporan ini.

Bersih 2.0 menyeru semua media dan pengguna media sosial untuk kongsikan pautan ini yang memgandungi salinan imbasan laporan ini supaya ia boleh dimuat-turun:

Bersih 2.0 telah memberi amaran sebelum ini bahawa laporan berusia dua tahun itu adalah jahat, rosak dan lapuk.

Kawasan parlimen terbesar P171 Sepanggar (55,294) adalah 2.22 kali ganda bilangan pengundi berbanding dengan kawasan terkecil, P183 Beluran (24,916)

Kawasan dewan undangan negeri N69 Sri Tanjong (25,104) mempunyai 4.58 kali ganda bilangan pengundi berbanding dengan kawasan terkecil N01 Banggi (5,485).

Pembahagian tidak sekata yang berlebihan ini akan bertambah buruk dengan penurunan umur mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran automatik dengan kemungkinan 300,000-400,000 pengundi baru dimasukkan kepada 1,117,337 pengundi yang sedia ada, dengan secara tidak seimbang di kawasan bandar.

Tindak Malaysia yang berkongsi pendirian yang sama dengan kami telah menyediakan analisis yang lebih terperinci dan boleh dirujuk di sini.

READ MORE:  Pakatan Harapan, Warisan wajib tolak wakil rakyat Umno lompat parti

Bersih 2.0 menekankan persempadanan adalah satu keperluan kepada Sabah dan negeri-negeri lain, justeru harus dimulakan sebaik sahaja penurunan umur mengundi dan pendaftaran automatik.

Bersih 2.0 menggesa juga kerajaan Negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah ini dengan berjanji untuk meminda perlembagaan negeri bagi meningkatkan bilangan kerusi dengan satu atau lebih setelah adanya penambahan bilangan pengundi.

Bersih 2.0 mengulangi seruan kepada kerajaan persekutuan untuk membatalkan perbahasan dan pengundian esok serta menggesa kesemua ahli parlimen dari Sabah dan Labuan untuk mengundi menentang usul ini atau pun tidak mengundi sekiranya perbahasan diteruskan.

Bersih 2.0 berpendapat bahawa laungan “Malaysia Baharu” adalah kosong sekiranya perkara yang maha penting disembunyikan daripada pengetahuan umum sebelum keputusan dibuat.

Oleh itu Bersih 2.0 bersedia menanggung tanggungjawab untuk melanggar embargo. Wang berjumlah RM1,000, denda maksimum dibawah Akta Majlis Parlimen, akan dihantar ke pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini.

Bersih 2.0 seterusnya menggesa semua warga yang prihatin untuk menulis kepada ahli parlimen, emel mereka boleh didapati di sini, bagi menggesa mereka untuk undi menentang laporan persempadanan Sabah diluluskan ataupun langsung tidak mengundi.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Bersih 2.0 reveals Sabah redelineation report and offers paying fine for breaking Parliament’s embargo

Bersih 2.0 reveals the 2017 Sabah delineation review report online and offers to pay the fine of RM 1,000 to the Speaker’s Office for breaking the parliamentary embargo. The report was tabled on 8 July 2019 and scheduled for debate and voting on adoption on17 July (Wednesday).

Bersih 2.0 expresses deep disappointment that its call on 9 July for the embargo to be lifted was ignored and that the public was kept in the dark on this important decision as no media could report on the report.

READ MORE:  Stop defaming women human rights defenders

Bersih 2.0 believes that the public must be informed of the report’s content before parliamentarians vote on it, and has no choice but to violate the Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952 to reveal the full content of the report.

Bersih 2.0 urges all media and social media users to share the link where the scanned copy of the report may be downloaded:

Bersih 2.0 had warned that the two-years-old proposal is malicious, flawed and obsolete.

The largest parliamentary constituency, P171 Sepanggar (55,294) has 2.22 times as many voters as the smallest, P183 Beluran (24,916)

The largest state constituency, N69 Sri Tanjong (25,104) has 4.58 times as many voters as the smallest, N01 Banggi (5,485).

The excessive malapportionment of constituencies will be worsened with the lowering of the voting age to 18 and automatic voter registration, with the likelihood that 300,000-400,000 new voters added to Sabah’s existing electorate of 1,117,337 by the next general election, disproportionately in urban areas.

Tindak Malaysia, which shares our position, provides a more detailed analysis.

Bersih 2.0 stresses that redelineation is necessary for Sabah and most other states and this should start after the lowering of the voting age and automatic voter registration.

Bersih 2.0 calls upon the Sabah state government to resolve this problem by promising another amendment to the state constitution to increase its seats by one or more once the expansion of the electorate is in place.

Bersih 2.0 therefore repeats its call on the federal government to cancel the debate and voting tomorrow and urges all MPs, especially the 26 from Sabah and Labuan, to vote against it or at least abstain if it goes on.

READ MORE:  2017 Sabah delimitation proposal obsolete, incompatible with lower voting age, automatic registration

Bersih 2.0 says “New Malaysia” is hollow if matters of great public interests are hidden from the public before a decision is made and is therefore prepared to bear the full responsibility for breaking the embargo. A payment of RM 1,000, the maximum fine permissible under the act, will be delivered to the Speaker’s Office later today.

Bersih 2.0 further urges all concerned citizens to write to their parliamentarians, whose emails are available here, to urge them to vote against the adoption of the Sabah delineation review report or to at least abstain from voting.

Bersih 2.0 steering committee

16 July 2019

(Visited 47 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of