Bersih 2.0 bersolidariti bersama gerakan pro-demokrasi di Thailand

1
64

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memandang dengan serius isu penghakisan ruang demokratik dan pelanggaran hak rakyat Thailand dengan keganasan pihak polis terhadap demonstrasi aman serta pengisytiharan darurat pada 15 Oktober 2020.

Perintah darurat tersebut memberikan kerajaan tentera Thailand kuasa yang tidak terbatas untuk menghalang perhimpunan lima atau lebih orang, dan mereka boleh secara sembarangan membuat penahanan tanpa sebarang pendakwaan. Proses sewajarnya telah dilangggari.

Tambahan pula, perintah tersebut melaksanakan tapisan yang luas dan menghalang sebarang penerbitan yang dikatakan “boleh menimbulkan ketakutan dan secara sengaja memutarbelitkan maklumat”, yang boleh ditafsirkan secara meluas untuk menghalang kebebasan berekspresi dan kebebasan media.

Perkara ini datang selepas beberapa bulan demonstrasi aman, yang dipimpin oleh aktivis anak muda dan mahasiswa yang menggesa untuk reformasi politik, dengan tuntutan secara khususnya iaitu:

  • peletakan jawatan Perdana Menteri Prayuth Chanocha – bekas ketua tentera yang merampas kuasa pada 2014 secara kudeta dan dilantik selepas pilihan raya yang tidak bebas dan adil pada 2019
  • penggubalan perlembagaan baharu dan
  • menamatkan segala gangguan serta penahanan rakyat yang mengamalkan kebebasan bersuara dan demonstrasi aman.

Simbolik protes tersebut dilakukan dengan pemprotes mengangkat tiga jari ke atas.

Bersih 2.0 berdiri bersolidariti dengan gerakan pro-demokrasi di Thailand.

Sejak kudeta 2014, kerajaan Thailand telah menghukum ratusan aktivis dan penunjuk perasaan yang kritikal kepada kerajaan serta mereka yang menyatakan pandangan mereka secara aman.

Perbincangan berkenaan hak asasi manusia, reformasi politik, peranan monarki dalam masyarakat telah dihalang secara paksa dan berterusan, serta aktivis-aktivis diugut dengan penangkapan dan pendakwaan yang akan membawa tempoh pemenjaraan yang panjang.

Apa yang lebih membimbangkan adalah sistem pemerintahan tentera dan penumpuan kuasa yang akan merosakkan demokrasi di Thailand.

READ MORE:  ‘Wabak sekatan’ menular semula – ataupun ia cuma menyamar selama ini?

Bersih 2.0 menegaskan pendirian kami bahawa kebebasan bersuara dan perhimpunan aman adalah hak rakyat terutamanya untuk menyatakan ketidaksetujuan.

Hak-hak ini dilindungi di bawah Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik, yang telahpun diratifikasi oleh Thailand pada 1996.

Bersih 2.0 juga berpandangan bahawa demokrasi serta pilihan raya yang bebas adalah hak asasi manusia yang perlu dihormati serta diangkat.

Biro antarabangsa Bersih 2.0 telah menimbangtara situasi serta perkembangan di Thailand dan berpandangan bahawa masanya tiba untuk kami menunjukkan solidariti dan sokongan kepada individu serta gerakan di Thailand yang ingin memajukan demokrasi serta melindungi hak asasi manusia.

Kami mengajak seluruh masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah yang sewajar untuk memberi sokongan kepada rakyat Thailand bagi melindungi hak asasi dan demokrasi mereka.

Untuk kefahaman lanjut kriteria solidariti daripada Biro antarabangsa Bersih 2.0, sila layari laman ini.

Biro antarabangsa Bersih 2.0

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ariff Hess
Ariff Hess
18 Oct 2020 12.32am

Let’s not intrude into our neighbor’s political affairs. We would not like it if they were to do the same to us. Let’s put our house in order, bring back democracy under a democratically elected government, strategize and put into action plans to revive our badly hit economy. It’s not the time to be a busybody and get involved with somebody elses internal _(family)_ problems. Let’s get real and unite as Malaysians for a better Malaysia.