Bersih 2.0 alu-alukan penggantungan persempadanan semula negeri Melaka

[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih 2.0 mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Melaka untuk mengeluarkan perintah penggantungan pada prosiding siasatan tempatan bagi cadangan persempadanan semula negeri Melaka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga semakan kehakiman untuk kes tersebut diselesaikan.

Ini merupakan satu perkembangan yang sangat penting kerana persempadanan semula masih merupakan satu punca pilihan raya yang tidak adil. Hakikat ini juga tidak dibantu oleh kekurangan ketelusan dalam proses tersebut, seperti yang didedahkan dalam cabaran mahkamah oleh peguam dan aktivis sosial Haris Ibrahim untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan prosedur tersebut, yang malangnya berakhir di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini dengan memihak kepada SPR.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, SPR, yang telah lama menimbulkan keraguan serius mengenai kebebasannya berdasarkan tindakannya dahulu dan sekarang, dibenarkan untuk terus bertindak dalam cara yang tidak dipertanggung jawabkan. Terdapat ketidaksamarataan yang teruk dalam jumlah pengundi di antara bahagian pilihan raya di negeri yang sama (malapportionment) dan penggarisan sempadan yang tidak memelihara hubungan tempatan (gerrymandering).

Ia sedang dicadangkan oleh SPR untuk memihak kepada parti pemerintah di banyak bahagian pilihan raya, seperti yang didedahkan oleh Bersih 2.0 dan kumpulan penyelidik lain yang meneliti isu ini. Kes malapportionment yang serius boleh membawa kepada keputusan pilihan raya yang sudah diketahui sebelum ia diadakan pun, yang pada dasarnya menipu pengundi daripada mendapatkan perwakilan yang dikehendaki mereka.

Namun walau betapa kegembiraan Bersih 2.0 dengan keputusan mahkamah di Melaka pada 12 Mei, kami sebenarnya mengharapkan bahawa mahkamah membenarkan penggantungan prosiding bagi seluruh negara. Ini kerana tidak pernah berlaku perilaku SPR yang meneruskan proses persempadanan semula ke tahap semakan semula cadangan tanpa melibatkan negeri Selangor, yang telah mendapat perintah penggantungan ke atas prosiding siasatan tempatan selepas cadangan pertama dan di mana semakan kehakiman sedang dijalankan. Keputusan SPR untuk meninggalkan Selangor daripada proses itu tidak mengikut Perkara 113 (6) Perlembagaan Persekutuan, yang mengatakan semua negeri Tanah Melayu adalah sesuatu unit kajian semula bagi tujuan persempadanan.

READ MORE:  Redrawing borders of democratic process

Walau bagaimanapun, perintah penggantungan yang diberi bagi cadangan persempadanan semula Selangor dan Melaka menunjukkan terdapat masalah serius yang wajar dipertimbangkan oleh mahkamah. Umum sudah pun mengetahui bahawa daftar pemilih yang merupakan dasar proses ini amat bermasalah, dengan nama-nama yang tidak mempunyai alamat penuh dan pemindahan pengundi ragu, terutamanya ke dalam bahagian pilihan raya yang marginal, yang melanggar peraturan pilihan raya dan juga Perlembagaan Persekutuan.

Persempadanan bahagian pilihan raya yang adil adalah satu asas pilihan raya yang adil. Ini kali pertama ia dilakukan berdepan dengan rakyat yang telah sedar dan dipimpin oleh Bersih 2.0.

SPR akan berdepan dengan lebih banyak lagi cabaran mahkamah. Kami, rakyat Malaysia, tidak akan berputus asa tanpa melawan balik.

Jawatankuasa Induk Bersih 2.0

Bersih 2.0 welcomes halt to Melaka redelineation

Bersih 2.0 welcomes the decision by the Melaka High Court to issue a stay order on the local inquiry proceedings for the revised redelineation proposal for the state by the Electoral Commission until the conclusion of the judicial review for the same case.

This is a highly significant development as redelineation remains one of the root causes of unfair elections. It is also not helped by a lack of transparency in the process, as revealed in the court challenge mounted by lawyer and social activist Haris Ibrahim to obtain information pertaining to the procedure, which unfortunately ended at the Federal Court recently in favour of the commission.

With the Federal Court’s decision, the Electoral Commission, whose past and present actions have raised serious concerns as to its independence, is thus allowed to continue acting in a non-accountable manner with regard to this crucial electoral process. There is severe inequality in the number of voters among constituencies in the same state (malapportionment) and boundaries drawn that do not maintain local ties (gerrymandering).

READ MORE:  To Pas or not to Pas on its proposal to redraw the electoral map?

These are being proposed by the commission in favour of the ruling party in many constituencies, as revealed by Bersih 2.0 and other research groups working on this issue. A serious case of malapportionment can mean that the outcome of an election is already decided even before it is called, essentially cheating voters of their rightful representation.

However, as much as Bersih 2.0 rejoices at the court decision in Melaka on 12 May 2017, we had hoped that the court would grant the seven plaintiffs a stay of proceedings for the entire country as it is unprecedented for the commission to move on to the second, revised proposal without Selangor, which has obtained a stay order on local inquiry proceedings after the first proposal and where a judicial review is ongoing. The commission’s decision to leave Selangor out of the process is not in accordance with Article 113(6) of the Federal Constitution, which says all states of Malaya are a unit of review for the purpose of delimitation.

Nevertheless, the stay order granted for the Selangor and Malacca redelineation proposals shows there are serious issues with them that merit the consideration of the courts. As it is, the electoral roll, which forms the basis of the proposal, is known to be plagued with names that have no addresses and other discrepancies such as dubious voters being transferred, especially into marginal seats, in violation of election regulations and even the Constitution.

Fair electoral boundaries are one of the foundations of fair elections. This is the first redelineation that is being done amidst an awakened citizenry led by Bersih 2.0.

READ MORE:  Kerajaan negeri perlu pimpin pembaharuan persempadanan kawasan pilihan raya (Malay/English)

The commission can expect more lawsuits to come. The people will not give up without a fight.

Bersih 2.0 steering committee
12 May 2017

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.