Berikan peruntukan sama rata kepada wakil rakyat pembangkang tanpa syarat

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melahirkan rasa dukacita terhadap kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang sehingga kini masih belum memberikan peruntukan pembangunan kawasan kepada ahli-ahli parlimen terutamanya ahli parlimen pembangkang.

Disebabkan PM masih tidak memberikan peruntukan ini kepada ahli parlimen pembangkang, beberapa ahli parlimen seperti ahli dari Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang dan terbaru, Jeli telah mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan PM dan kerajaan persekutuan atas alasan keperluan mendapatkan peruntukan di kawasan mereka.

Penahanan peruntukan pembangunan kawasan untuk turun kepada ahli parlimen dari Perikatan Nasional adalah sesuatu yang tidak adil yang diamalkan oleh kerajaan “Madani”, kerana peruntukan tersebut diberikan kepada ahli parlimen yang menyokong kerajaan.

Bersih tidak setuju peruntukan pembangunan kawasan untuk ahli-ahli parlimen pembangkang diikatkan dengan syarat-syarat tertentu kerana peruntukan ini patut diberi sebagai hak ahli parlimen tanpa mengira parti.

Mereka juga dipilih oleh rakyat dan kerajaan Madani harus menghormati pilihan pengundi kawasan pembangkang dan tidak menggunakan peruntukan sebagai cip tawar-menawar untuk tarik sokongan ahli-ahli parlimen pembangkang.

Semua ahli parlimen PN yang menyatakan pendirian untuk menyokong kerajaan persekutuan menunjukkan realiti malang politik di Malaysia hari ini.

Mereka yang sehaluan dengan kerajaan mendapat wang awam dan sebaliknya mereka yang tidak menyokong kerajaan akan dihukum dengan ditahan peruntukan tersebut.

Amalan tidak adil ini yang bermula di zaman Barisan Nasional dan disambung di zaman PN telah selama ini dibantah dan dijanji penghapusannya oleh Pakatan Harapan dalam manifestonya untuk pilihan raya umum 2022.

Bersih mengulangi seruan kami agar kerajaan Madani dan PN menjalinkan perjanjian persefahaman (MoU) untuk reformasi institusi yang menjanjikan kestabilan politik dan gelanggang permainan yang rata untuk semua pihak, sebagaimana yang berlaku antara kerajaan “Keluarga Malaysia” dan PH pada 13 September 2021.

READ MORE:  Gubal akta penggal tetap parlimen demi agenda reformasi dan rakyat

Ini akan membolehkan kedua-dua kerajaan dan pembangkang bekerjasama dan bersaing secara profesional dalam mengatasi cabaran ekonomi dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat.

MoU boleh merangkumi pelbagai item reformasi, selain pengkanunan peruntukan pembangunan kawasan setara untuk semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri, juga pendanaan awam untuk semua parti mengikut peratusan undi, pengiktirafan kabinet bayangan, pendalaman (deepening) reformasi Parlimen, akta parlimen berpenggal tetap, serta pemisahan badan pendakwaraya daripada Jabatan Peguam Negara.

Jika kedua-dua kerajaan Madani dan PN keberatan untuk mengambil langkah pertama untuk menggerak perundingan MoU, kedua-dua pihak boleh meminta bantuan Yang di-Pertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaffar yang bertanggungjawab mengkotakan kebanyakan reformasi institusi dalam MoU 2021-2022, dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul sebagai orang tengah jujur (honest broker) untuk membawa pendamaian demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments