[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengingatkan pihak berkuasa bahawa rakyat mempunyai hak dalam perlembagaan untuk berhimpun secara aman kerana perkara ini adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang berfungsi.
Polis bertanggungjawab untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan dengan membantu perhimpunan aman dengan memastikan keselamatan peserta dan kawalan trafik.
Kami kecewa dengan tindakan berlebihan pihak polis yang menghalang himpunan untuk menghantar memorandum oleh sekumpulan petani dan aktivis di luar Parlimen baru-baru ini. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana himpunan aman untuk menghantar memorandum kepada ahli Parlimen adalah norma demokratik yang perlu dibantu, bukannya dihalang oleh pihak berkuasa.
Kami menggesa Parlimen dan pihak berkuasa untuk membantu himpunan untuk menghantar memorandum secara aman dan tertib pada masa hadapan sama ada di luar atau di dalam Parlimen.
Kami ingin memperbetulkan kenyataan yang dilaporkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa penganjur himpunan pada 16 September untuk protes pelepasan tanpa pembebasan Zahid Hamidi perlu memohon permit daripada pihak berkuasa lima hari sebelum tarikh perhimpunan.
Hal ini adalah tidak tepat memandangkan Akta Perhimpunan Aman 2012 hanya memerlukan penganjur himpunan untuk memberi notis kepada pihak berkuasa dan bukannya memohon permit atau keizinan polis seperti waktu dulu. Kami menggesa pihak polis untuk membantu pihak yang membuat protest dengan memastikan keselamatan peserta dan juga kawalan trafik.
Sebagaimana yang telah terbukti dalam banyak himpunan aman yang lepas, terutamanya Bersih 4 dan Bersih 5, himpunan berjalan dengan aman walaupun dengan bantuan minimum daripada pihak polis. Kami menggesa pihak polis untuk melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan menyediakan segala bantuan yang diperlukan kepada penganjur himpunan supaya dapat melunaskan hak demokrasi mereka.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Kami sekali lagi mengingatkan mereka yang berkuasa bahawa janji mereka kepada rakyat semasa pilihan raya umum 2022 bahawa mereka mendapat undi daripada rakyat berdasarkan janji dan iltizam untuk menyemak dan menghapuskan akta-akta yang mendekam suara dan disalahguna untuk menghalang kebebasan bersuara. Penjajaran gabungan politik tidak seharusnya mengetepikan janji tersebut kepada rakyat serta kami menggesa mereka menunaikan dan menegakkan janji tersebut. – Bersih
English version
Facilitate the people’s right to peaceful assembly
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) reminds the authorities that it is the constitutional right of the people to assemble peacefully as it is part and parcel of a functioning democracy.
The police are duty-bound to uphold the Federal Constitution by facilitating such assemblies by ensuring the safety of participants and controlling traffic.
We are dismayed by the heavy-handed actions of the police officers who obstructed the gathering to hand over a memorandum by a group of farmers and activists outside Parliament recently. This is uncalled for as peaceful assembly to pass a memorandum to parliamentarians is a democratic norm that should be facilitated, not obstructed, by the authorities.
We call on Parliament and the authorities to facilitate future assemblies to pass memorandums in a peaceful and orderly manner, whether outside or inside the Parliament.
We would also like to correct a reported statement by the Deputy Inspector General of Police Ayob Khan Mydin Pitchay that the rally organiser for the 16 September rally to protest against Zahid Hamidi’s “discharge not amounting to an acquittal” must apply for a permit from the authorities five days before the date of assembly. This is factually incorrect as the Peaceful Assembly Act 2012 only requires rally organisers to notify the authorities – not apply for permit or approval like in the old days.
As proven by many rallies, in particular Bersih 4 and Bersih 5, peaceful rallies are possible even with minimal facilitation by the police. We call on the police to carry out their duties professionally by providing all necessary assistance to rally organisers so that they can exercise their democratic rights.
Finally, we remind those in power of their promise to the people during the 2022 general election that they have canvassed for the people’s vote based on a pledge to revise and repeal the provisions of oppressive acts that can be misused to restrict freedom of expression. The realignment of coalition politics does not negate that promise to the people, and we hope they will fulfil and uphold that pledge. – Bersih
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme