Ahli politik tidak boleh dilantik menjadi pemerhati SPR (BN/ENG)

0
Source: freemalaysiatoday.com

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mempersoalkan keharusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik ahli politik sebagai pemerhati pilihan raya.

Adakah SPR mempunyai polisi yang menentukan sama ada ahli politik yang aktif boleh menjadi pemerhati untuk SPR – dan sekiranya ada, adakah SOP yang jelas untuk membatalkan permohonan menjadi pemerhati?

Kelmarin, di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Sandakan, Lajim Ukin telah dilihat memakai baju rasmi dan tag nama pemerhati.

Lajim adalah bekas presiden Parti Harapan Rakyat Sabah yang kini telah dibubarkan dan menyertai Bersatu Sabah, parti yang di dalam gabungan Pakatan Harapan, yang salah satu parti komponennya iaitu DAP bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.

Bersih 2.0 berpandangan pemerhati pilihan raya sepatutnya adalah individu ataupun organisasi yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, apatah lagi daripada parti/gabungan yang sedang bertanding. Hal ini selari dengan piawaian yang ditetapkan oleh Deklarasi Prinsip Global untuk Pemerhati dan Pemantauan Pilihan Raya Non-Partisan oleh Organisasi Sivil (Suruhanjaya Venice).

Kepentingan untuk pemerhati non-partisan bagi pilihan raya adalah pemerhati perlu menilai keseluruhan integriti proses pilihan raya dan laporan mereka dapat menambah atau merosakkan kesahan keputusan pilihan raya.

Adakah ahli politik dapat menjadi pemerhati yang neutral?

Sekiranya Lajim atau mana-mana ahli politik dilantik menjadi pemerhati, maka SPR perlu menjelaskan atas asas apa mereka dilantik ataupun terdapat kegagalan dalam SOP mereka untuk menapis permohonan menjadi pemerhati.

Bersih 2.0 memuji keterbukaan SPR sejak pilihan raya umum 2018 dalam melantik banyak kumpulan tempatan dan NGO-NGO, termasuk Bersih 2.0, sebagai sebahagian daripada program pemerhati; namun mereka janganlah pula merosakkan integriti program ini dan merendahkan keneutralan SPR dengan melantik ahli politik yang aktif sebagai pemerhati pilihan raya.

READ MORE:  Bersih 2.0 lancar projek pantau pilihan raya Sabah (Malay/English)

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Politicians should not be appointed as Electoral Commission observers

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) questions if the Electoral Commission should appoint politicians as their election observers.

Does the Electoral Commission have a policy as to whether politically active politicians can be election observers with the Electoral Commission – and if there is, is there a clear standard operating procedure to vet applicants to be observers?

Yesterday, at the nomination centre for the Sandakan by-election, Lajim Ukin was seen wearing the official T-shirt of the Electoral Commission and name tag of an observer (pemerhati).

Lajim was the former president of the now defunct Parti Harapan Rakyat Sabah and is now part of Sabah Bersatu, a coalition partner of Pakatan Harapan, whose component party DAP is contesting in the by-election.

Bersih 2.0 believes that election observers should be individuals or organisations who are not aligned to any political parties and should not be politically active politicians, let alone be from contesting parties.

This is in keeping with the standard set out in the Declaration of Global Principles for Non-Partisan Election Observation and Monitoring by Citizen Organisations (Venice Commission).

The importance of having non-partisan observers for elections cannot be overstated as observers have to evaluate the overall integrity of the election process and their reports can add or diminish the legitimacy of election results.

Can politically partisan politicians be neutral observers?

If Lajim or any other politicians were indeed appointed as observers, the Electoral Commission has to explain on what basis they were appointed – or was there a failure in their standard operating procedure to screen applicants for observers?

READ MORE:  Bersih 2.0 lancar projek pantau pilihan raya Sabah (Malay/English)

Bersih 2.0 lauds the openness of the Electoral Commission since the 2018 general election in appointing many local citizen groups and NGOs, including Bersih 2.0, as part of their Pemerhati (Observer) programme. But it must not tarnish the integrity of the programme and undermine the neutrality of the Electoral Commission by appointing politically active politicians as election observers.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments