Adakah BN, Noh Omar sudah mengetahui keputusan akhir persempadanan semula?

0
foto bilik gerakan P108 Sg. Buloh

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menerima laporan bahawa pada 23 Oktober 2017, Barisan Nasional yang diwakili oleh Noh Omar telah melancarkan “Bilik Gerakan BN Parlimen P107 Sungai Buloh”.

Bersih 2.0 terkejut dengan perkara tesebut kerana kawasan parlimen P107 Sungai Buloh belum lagi wujud kerana ia merupakan cadangan kawasan parlimen baru oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam proses persempadanan semula yang sedang dijalankan.

Pelancaran ini menunjukkan keangguhan dan sikap tidak hormat oleh BN dan Noh Omar terhadap proses persempadanan, kerana kes mahkamah untuk persempadanan semula Selangor masih sedang berlangsung.

Tindakan ini amat dikesali, dan pengundi-pengundi hendaklah menolak persempadanan tidak sekata yang kelihatannya memberi kelebihan kepada sesetengah parti politik. Jika tidak diawasi, persempadanan semula yang tidak adil akan menyebabkan sistem pilihan raya tidak bersih dan adil.

Oleh itu, Bersih 2.0 menunutut supaya SPR:

  • menegaskan supaya BN dan Noh Omar menarikbalik pelancaran bilik gerakan tersebut.
  • memberitahu kepada semua parti politik secara rasmi, terutamanya BN, untuk menghormati proses persempadanan yang sedang berlangsung, di mana perubahan masih boleh berlaku.
  • untuk menyiasat sama ada pengisytiharan dan pelancaran kawasan baru parlimen sedemikian turut berlaku di tempat-tempat lain, dan menghentikannya.

Tuntutan ini juga adalah amaran kepada semua parti politik dan pegawai, bahawa mereka tidak harus mengambil tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan persekutuan.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments