2021 – tahun untuk Malaysia yang lebih demokratik dan stabil (Malay/English)

The general election losers are now ruling the country

[ENGLISH VERSION BELOW] Tahun 2020 yang baru berlalu telah meninggalkan kita dengan pelbagai cabaran dan pengalaman baharu kepada Malaysia.

Dunia dan Malaysia seolah-olah telah melompat melangkaui tahun 2020 apabila wabak Covid-19 yang melanda memaksa manusia mengubah tabiat dan kebiasaan kepada norma baharu. Meski demikian, sifat dan tabiat berpolitik manusia tidak banyak berubah.

Agenda mengejar kekuasaan dan pengaruh masih terus berjalan dengan pantas dan membuktikan kata-kata bahawa politik tidak pernah tidur. Ini dibuktikan dengan banyak adegan politik bermula daripada Langkah Sheraton dan kemudian membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan dan enam buah kerajaan negeri dengan aksi lompatan parti oleh wakil-wakil rakyat dan lompatan gabungan oleh parti-parti, sehinggalah kemelut daripada pihak pembangkang dalam usaha merebut semula kuasa eksekutif persekutuan dengan undi tidak percaya melalui belanjawan 2021.

Menginsafi akan hakikat serta memahami tabiat manusia, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) terus setia memperjuangkan kerangka sistem politik yang lebih demokratik dan stabil untuk negara. Dalam kerangka sistem politik negara sekarang, kita perlu memahami bahawa setiap komponen mempunyai peranan masing-masing terutama sistem yang digunapakai sekarang iaitu sistem demokrasi raja berperlembagaan.

Dalam ruang sistem ini, semua pihak perlu diberikan kebebasan yang lebih luas dan insentif yang lebih berkesan agar persaingan politik dalam negara kita adalah berdasarkan dasar dan profesionalisme dan bukan pergelutan kuasa yang kasar antara ahli-ahli politik yang bercita-cita besar.

Justeru, menyedari keperluan politik negara perlu distabilkan dengan amalan politik yang sihat, pada bulan Jun 2020, Bersih 2.0 bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Bertindak Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menggesa perjanjian antara parti politik berasaskan enam perkara termasuk  reformasi parlimen serta peruntukan pembangunan kawasan yang saksama. Perkara-perkara ini kemudian menjadi tulang belakang kepada perbincangan tentang perjanjian keyakinan dan pembekalan (confidence and supply agreement).

Gesaan ini telah berhasil di Perak dengan perlantikan menteri besar Perak baharu Saarani Mohamad yang mengumumkan peruntukan pembangunan kawasan sebanyak RM200,000 yang sama untuk setiap ahli dewan undangan negeri (Adun), rancangan untuk melantik Adun pembangkang mengetuai Jawatankuasa Kira-Kira Wang dan janji untuk melantik semua Adun termasuk ahli pembangkang dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat daerah.

Pada 6 Disember, menteri besar Johor juga mengistiharkan pertambahan peruntukan pembangunan kawasan sebanyak RM150,000 yang sama untuk semua Adun Johor tanpa mengira parti.

Kerajaan Perlis juga telah berjanji untuk memberikan peruntukan yang saksama kepada semua wakil rakyat termasuk pembangkang.

READ MORE:  Kaukus rentas parti reformasi Parlimen perlu ditubuhkan segera (Malay/English)

Sehubungan itu, bagi mewujudkan persekitaran politik Malaysia yang lebih sihat, Bersih 2.0 menggesa amalan berikut untuk dilaksanakan:

  • Peruntukan pembangunan kawasan yang saksama kepada semua wakil rakyat termasuk pembangkang, sama ada di peringkat persekutuan mahupun di semua negeri selain Perak
  • Reformasi parlimen/perundangan agar ahli parlimen/Adun kerajaan yang bukan eksekutif dan ahli parlimen/Adun pembangkang dapat memainkan peranan serta fungsi yang lebih bermakna seperti penyertaan dalam sekurang-kurangnya satu jawatankuasa pilihan khas parlimen, ruang untuk urusan bukan kerajaan termasuk rang undang-undang persendirian dan penentuan agenda parlimen/dewan undangan negeri secara bersama oleh semua parti
  • Pengiktirafan kabinet bayangan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dengan memberikan elaun dan emolumen serta diberikan akses munasabah kepada maklumat kerajaan untuk membolehkan pembentukan dasar alternatif
  • Mekanisme pilihan raya pecat wakil rakyat (recall elections) di peringkat persekutuan dan negeri bagi memberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan mandat ahli parlimen/Adun yang melompat ke parti atau gabungan yang lain daripada semasa mereka memenangi kerusi tersebut
  • Kesetaraan di hadapan undang-undang. Pendakwaan terpilih dan pemberian imuniti daripada didakwa oleh undang-undang sehingga wujudnya masyarakat ‘dua darjat’ mesti tamat. Kami mencadangkan agar satu pejabat pendakwa raya yang bebas daripada pengaruh politik ditubuhkan dan dipisahkan daripada Jabatan Peguam Negara
  • Pembahagian kuasa yang lebih rasional, bersesuaian dan bermakna di antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan supaya tidak semua kuasa berpusat kepada kerajaan persekutuan, dan sebaliknya semua peringkat kerajaan dapat memainkan peranan yang penting dengan sumber yang mencukupi. Sejajar dengan ini, kerajaan tempatan perlu diadakan pilihan raya tempatan

Pengenalan kerusi-kerusi perwakilan berkadaran senarai parti (list-proportional representation) yang dipilih atas mandat langsung kepada parti dan kekal dengan parti sekalipun wakil rakyat melompat parti, di sisi kerusi di bawah sistem first-past-the-post sedia ada di kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri

Harapan Bersih 2.0 serta semua rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi adalah untuk melihat lebih ramai ahli dan parti politik untuk menunjukkan sifat matang dalam amalan politik mereka serta meletakkan keutamaan rakyat sebagai agenda paling mustahak. Hal ini dapat dilaksanakan dengan tulus dan jujur dengan melakukan reformasi institusi yang berterusan bagi membawa negara kita mengatasi samudera cabaran Covid untuk tahun-tahun yang akan datang. Marilah kita terus bekerja untuk Malaysia yang lebih bersih, adil dan makmur.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

2021 – a year for a more democratic and stable Malaysia

The year 2020 has left us with many new challenges and experiences for Malaysia.

READ MORE:  Reformasi jawatankuasa parlimen: Pemangkin sebuah Parlimen profesional

The world and Malaysia seem to have leapfrogged to 2021 through the coronavirus pandemic. However, the nature of politics has not changed much.

The pursuit of power and influence still continues and justifies the saying that politics never sleeps. This has been exemplified by many incidents, starting with the Sheraton Move, which led to the fall of the federal government and six state governments because of party/coalition ‘hopping’ and to the crisis among the opposition in its attempts to reclaim the seat of federal power through a de facto vote of no confidence over Budget 2021.

Bearing in mind the vagaries of human nature and its quest for power, the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) continues to fight for a more democratic and stable political  system for the country. Within the framework of a parliamentary democracy grounded on a constitutional monarchy, we need to understand that each component has its own role.

In this system, all parties should be given greater freedom and stronger incentives to compete maturely so that the political rivalry in our country is based on policies and professionalism rather than just crude power struggles between ambitious politicians.

Therefore, realising that the country’s political situation needs to be stabilised with healthy political practices, in June 2020, Bersih 2.0 with the Malaysian Islamic Youth Movement (Abim) and Gabungan Bertindak Malaysia issued a joint statement calling for a multi-party agreement between political parties with six points including parliamentary reform and equal constituency development funds. These later became the basis of the deliberations on confidence and supply agreements.

This call for reform materialised in Perak with the appointment of the new Perak Menteri Besar, Saarani Mohamad, who announced constituency development funds of RM200,000 to each state assembly member, the tentative appointment of an opposition chair for the Public Accounts Committee and promised appointments of all state assembly members, including opposition members, to various committees at the district level.

On 6 December, the menteri besar of Johor also declared an increase in constituency development fund allocations, up to RM150,000 for all Johor state assembly members persons regardless of party affiliation. The Perlis state government has also promised to provide fair allocations to all elected representatives, including the opposition.

READ MORE:  Ahli parlimen perlu sokong Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen 2021 (Malay/English)

To create a healthier political environment, Bersih 2.0 urges the following reforms to be implemented:

  • Equitable constituency development fund allocations to all elected representatives regardless of party affiliation, at both federal and state level besides Perak
  • Parliamentary and legislative reform so that MPs/state assembly members in the opposition bench and government backbench can play a more meaningful role, such as inclusion in at least one parliamentary select committee, allocation of time for non-governmental affairs like private members’ bills, and consultative and multi-partisan setting of parliamentary and state legislative agenda
  • Recognition of shadow cabinets by federal and state governments through the provision of allowances and emoluments and reasonable access to government information to formulate alternative policies
  • Introduction of a recall election mechanism at the federal and state level to empower people to determine the mandate of an MP or state assembly member who has ‘hopped’ to another political party which is different from the one he or she represented during the last election
  • Equality before the law. Selective prosecution and immunity from prosecution by law that produces a dual-class society must end. We propose the establishment of a politically independent public prosecutors’ office that is separate from the Attorney General’s Chambers
  • A more rational, appropriate and meaningful division of power between the federal government, state government and local government to ensure not all power is concentrated in the federal government, and thus, all levels of government can play an important role with adequate resources. In line with this, elections should be held for local governments
  • Introduction of party list (list-proportional representation) seats that are elected with a direct mandate to parties and these would remain with the parties even if the elected representatives switch parties, alongside the seats under the existing first-past-the-post system at both the federal and state levels

Bersih 2.0 and all democracy-loving Malaysians hope to see their political leaders and parties show their maturity and put the people’s interest above all.

This can be done sincerely and honestly by continuously working towards institutional reforms to bring our country through the challenges caused by the coronavirus pandemic for years to come. Let us continue to work for a cleaner, fairer and more prosperous Malaysia.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments