Zunar mengeluarkan buku Kartun Anti Racism (Malay/English)

1
117

[ENGLISH VERSION BELOW] Buku ini mengingatkan bahawa perkauman adalah perosak minda dan mesti diatasi segera, ujar Zunar.

Saya dengan ini mengumumkan penerbitan buku baru bertajuk Kartun Anti Racism. Ia diterbitkan dalam dua bahasa (bahasa Melayu dengan terjemahan bahasa Inggeris).

Ia adalah buku kedua saya di era Malaysia Baharu selepas biografi Fight Through Cartoons yang diterbitkan Mei lepas tahun ini.

Kartun Anti Rasisme mengandungi 48 lukisan kartun yang bertemakan keharmonian dengan menolak amalan diskriminasi kaum. Ia adalah salah satu misi saya untuk membangun semula negara (nation-rebuilding).

Buku ini diterbitkan di saat api perbezaan dan ketegangan kaum semakin buruk dikobarkan dari hari ke hari oleh kumpulan dan parti-parti politik tertentu. Ia menjadi semakin buruk apabila pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan juga turut terlibat dalam politik negatif ini.

Melalui lukisan kartun, Kartun Anti Rasisme mengingatkan bahawa perkauman adalah perosak minda dan jika tidak diatasi segera, ia akan jadi batu penghalang kepada kemajuan negara.

Agama Islam jelas menolak amalan diskriminasi kaum berdasarkan prinsip bahawa Tuhan menjadikan kita berbagai bangsa dan warna kulit bukan untuk saling membenci tetapi untuk saling mengenali dan menghormati.

Untuk dilahirkan sebagai apa juga bangsa bukanlah pilihan manusia tetapi ia adalah ketetapan Tuhan. Kerana itu, manusia tidak punya hak untuk bersifat rasis.

Kartun-kartun dalam Kartun Anti Rasisme juga mendedahkan bahawa polarisasi kaum juga menyebabkan keadilan sosial menjadi tidak seimbang.

Diskriminasi masih berleluasa sedangkan semua warga negara sepatutnya mendapat hak yang sama tanpa mengira kaum dan agama.

Kartun-kartun dalam buku ini disadur dengan pendirian bahawa sistem pendidikan adalah salah satu punca kenapa negara kita menjadi semakin rasis. Sebagai solusi, sistem pendidikan perlu segera diubah seluruhnya kepada sebuah sistem yang mementingkan meritokrasi tanpa perkauman.

Perkauman telah berakar umbi dalam masyarakat kerana itu untuk merawat dan memulihkannya adalah satu tugas berat yang memerlukan penglibatan semua pihak – kerajaan dan rakyat.

Sebagai kartunis, saya bertanggunjawab untuk cuba memperbetulkan keadaan ini sekadar termampu, melalui buku Kartun Anti Rasicm ini. Harga buku ini senaskah ialah RM30.

Majlis perasmian Kartun Anti Rasicm akan diadakan pada hari Ahad, 10 November di Apom Store, Bangsar Village 1 Shopping Complex, Bangsar dari jam 12 tengah hari ke 6 petang. Manakala pembelian online boleh dilakukan melalui laman rasmi saya www.zunar.my.

Zunar ialah kartunis politik terkemuka di Malaysia.

English version

Zunar to launch Cartoons Against Racism book

I would like to announce the release of my new book Kartun Anti Racism (Cartoons Against Racism).

READ MORE:  Zunar's cartoon shows why political leaders must keep their promises

It is published in two languages – Malay with English translations.

Kartun Anti Rasisme is my second book since the beginning of the Malaysia Baharu era after the publication of my biography Fight Through Cartoons in May 2019.

Kartun Anti Rasisme contains 48 cartoon illustrations along the theme of harmony and anti-racial discrimination. It is part of my ‘nation-rebuilding’ mission.

This book is published in the midst of the raging fires of racism and prejudice, stoked daily by certain groups and political parties. It is made worse when some government leaders are doing nothing to stop it. Some even encourage these negative politics.

Through my cartoons, I remind readers that racism degrades the mind. And if we don’t tackle it quickly, it will be a massive obstacle in building a nation.

My cartoons come with a message that Islam prohibits racism. God made humans into different races, colours and creeds – not for us to hate each other but to learn to respect each other.

To be born in a certain race is not our choice, but it is God’s decision. Therefore we do not have the right to be racist.

The cartoons in Kartun Anti Rasisme expose how racial polarisation causes social injustices.

Discrimination is still rampant. All Malaysian citizens should enjoy the same rights, regardless of race or religion.

The cartoons express my belief that our education system is one of the reasons why our country is becoming more and more racist. As a solution, we need to reform our education system into a system based on meritocracy and free of racism.

READ MORE:  Malaysia: Power and Corruption (Al Jazeera video)

Fixing racism is a critical job that requires the involvement of all – the government and citizens.

As a cartoonist, I believe it is my responsibility to rectify this situation as much as I can, through this book. The book is priced at only RM30.

Kartun Anti Racism will be launched on Sunday, 10 November at Apom Store, Bangsar Village 1, Bangsar from noon to 6pm. The book is also available online on my website, www.zunar.my.

Zunar is Malaysia’s leading political cartoonist.

(Visited 113 times, 2 visits today)
Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Nair Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Nair
Nair

Thank you Zunar.
Malaysia needs more of this then Flying cars & sicking promises.