WAO turut serta bersama pasukan petugas kerajaan Selangor menangani keganasan rumahtangga (Malay/English)

0
21 views
Photograph: Juan Pablo Serrano Arenas/Pexels

[ENGLISH VERSION BELOW] Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) turut serta bersama pasukan petugas kesihatan dan kebajikan kerajaan Selangor untuk menjalankan langkah-langkah kecemasan bagi pemandiri keganasan rumahtangga ketika perintah kawalan pergerakan.

Pasukan petugas itu bermatlamat untuk menyediakan bantuan pantas dan mengelakkan kitaran keganasan rumahtangga daripada berulang di kediaman sekitar Selangor.

Kerajaan negeri Selangor telah pun menyediakan peruntukan khas bagi membiayai kos perkhidmatan bantuan krisis bagi penduduk negeri Selangor.

Bertindak sebagai pusat rujukan utama bagi isu keganasan rumahtangga untuk pasukan petugas, NGO akar umbi dan komuniti boleh merujuk kepada WAO untuk sebarang pertanyaan mengenai keganasan rumahtangga.

Pasukan petugas tersebut diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud, exco kerajaan negeri Selangor bagi kesihatan, kebajikan dan pemberdayaan wanita dan keluarga yang melibatkan pelbagai NGO yang lain.

Pada awalnya, WAO melaporkan 44% peningkatan dalam panggilan ke hotline WAO dan pertanyaan WhatsApp dari Februari hingga Mac 2020.

Kemudiannya, kami melihat peningkatan yang lebih tinggi: pada separuh pertama April, WAO menerima 264 panggilan dan pertanyaan WhatsApp, yang mana merupakan 111.2% peningkatan berbanding 125 panggilan dan pertanyaan WhatsApp dalam masa 14 hari pada bulan Februari.

Antara kesemua panggilan hotline, lebih dari separuh adalah daripada Lembah Klang sahaja, lantas menjadikan intervensi pasukan petugas kerajaan negeri Selangor ke atas wanita dan kanak-kanak yang berisiko diambil pada masa yang tepat.

Oleh kerana perintah kawalan pergerakan telah dikuatkuasakan untuk menangani penularan Covid-19, ramai wanita dan kanak-kanak berisiko untuk ‘terkurung’ di dalam rumah yang sama dengan pendera.

Pada masa yang sama, kebanyakan peruntukan telah diperuntukkan untuk menangani pandemik, lantas mengurangkan peruntukan untuk infrastruktur sosial kritikal seperti perkhidmatan sosial, penjagaan kesihatan mental, akses kepada sistem perundangan, serta penjagaan kesihatan reproduktif dan seksual wanita yang juga amat diperlukan untuk melindungi pemandiri keganasan rumahtangga.

Kepada pemandiri di luar sana, anda boleh menghubungi hotline 24 jam WAO di talian 03 7956 3488 dan melalui TINA (WhatsApp dan SMS) di talian 018 9888 058 secara percuma dan persendirian bagi mengakses perkhidmatan krisis. Untuk maklumat lanjut, sila layari wao.org.my

READ MORE:  Fight xenophobia towards Rohingyas

English version

WAO joins Selangor government taskforce to tackle domestic violence during movement control order period

The Women’s Aid Organisation (WAO) has joined the Selangor government taskforce on health and welfare to provide emergency measures for domestic violence survivors during the movement control order period.

The taskforce aims to provide immediate support and prevent the cycle of domestic violence from being repeated in homes in Selangor. The Selangor state government has set aside specific funds to support costs for crisis services for Selangor residents.

The WAO’s role is to address the issues of domestic violence and child abuse. Other grassroots and community NGOs can refer women and children to the WAO, as the focal point on domestic violence in the taskforce, for domestic-violence related matters.

The taskforce is chaired by Dr Siti Mariah Mahmud, the Selangor government executive council member for health, welfare, women and family empowerment, and includes various other NGOs.

The WAO initially reported a 44% increase in WAO hotline calls and WhatsApp enquiries from February to March 2020.

Subsequently, we saw an even greater spike: in the first half of April, WAO received 264 calls and WhatsApp enquiries, which is a 111.2% increase compared to 125 calls and WhatsApp enquiries over a 14-day period in February.

Of all the hotline calls, slightly more than half originate from within the Klang Valley alone, making the Selangor state government taskforce a timely intervention for at-risk women and children.

As movement restriction measures have been put in place to tackle the Covid-19 pandemic, many at-risk women and children find themselves ‘locked’ into the same houses as perpetrators.

READ MORE:  Poems: New Enemy and Compliance

At the same time, resources are diverted to address the pandemic, reducing critical social infrastructure such as social services, mental healthcare, access to the criminal justice system, as well as women’s sexual and reproductive healthcare that are crucially needed to protect domestic violence survivors.

If you or someone you know is experiencing domestic abuse, you can contact the 24-hour WAO hotline at 03 7956 3488 and through TINA (WhatsApp and SMS) at 018 9888 058 for free and confidential information and to access crisis services. For more information, visit wao.org.my.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments