WAO, Mercy Malaysia, Kementerian Kesihatan membantu mangsa dera melalui hotline (Malay/English)

0
41 views
Photograph: Juan Pablo Serrano Arenas/Pexels

[ENGLISH VERSION BELOW] Bermula 15 April mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak boleh meminta bantuan melalui hotline sokongan psikososial Covid-19 (03-2935 9935). Mula digerakkan oleh Mercy Malaysia dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia, dan kini disambungkan kepada hotline keganasan rumah tangga Pertubuhan Pertolongan Wanita (03-7956 3488).

Sebagai penambahan kepada sokongan kesihatan mental dan sokongan psikososial yang disediakan, pemanggil juga akan diberikan pilihan ketiga sekirannya mereka ingin bercakap dengan pegawai sokongan krisis dari Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) mengenai kes-kes seperti penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga melalui sistem respon automatik.

Setelah disambungkan, WAO akan memberikan khidmat nasihat mengenai pilihan-pilihan yang ada bagi mangsa keganasan rumah tangga, dan sekiranya perlu, akan membantu individu yang memerlukan untuk mendapatkan perlindungan daripada pihak polis.

WAO kini menugaskan 14 orang pegawai sokongan krisis yang aktif dalam mengendalikan panggilan hotline, serta kakitangan lain yang sentiasa bersedia dengan jangkaan peningkatan panggilan dan permintaan bantuan mengenai keganasan rumah tangga. Kesemua kakitangan ini akan membantu 19 orang sukarelawan psikososial daripada Mercy Malaysia dan 10 orang kaunselor daripada Kementerian Kesihatan yang mengendalikan hotline pada ketika ini.

Pada ketika perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan dalam menangani penularan pandemik Covid-19, ramai wanita dan kanak-kanak yang berisiko untuk ‘terkurung’ di dalam rumah yang sama dengan pendera. Pada masa yang sama, kebanyakan peruntukan digunakan untuk menangani pandemik ini, lantas mengurangkan peruntukan untuk perkhidmatan sosial dalam infrastruktur kritikal sosial, akses kepada sistem keadilan, serta perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif yang amat penting dalam melindungi mangsa keganasan rumah tangga.

Hotline sokongan psikososial Covid-19 akan membolehkan kami membantu lebih ramai mangsa dera, yang berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi ketika perintah kawalan pergerakan. Statistik terkini menunjukkan sekiranya perintah dilanjutkan, ianya akan meningkatkan lagi kes keganasan rumah tangga yang berlaku.

Pada awalnya, WAO melaporkan peningkatan sebanyak 44% dalam panggilan Hotline WAO dan pertanyaan di WhatsApp dari Februari hingga Mac 2020. Kemudiannya, kami mendapati peningkatan yang lebih tinggi. Dalam separuh pertama bulan April, WAO menerima 264 panggilan dan pertanyaan WhatsApp, iaitu peningkatyan sebanyak 111.2% peratus berbanding 125 panggilan dan pertanyaan WhatsApp dalam masa 14 hari pada bulan Februari.

READ MORE:  SIS urges ministry to protect women and children

Hotline kerjasama antara kementerian dan NGO ini merupakan satu langkah yang amat penting. Ianya akan menerapkan kepentingan kerjasama antara kerajaan dan sektor ketiga pada masa yang diperlukan. Untuk memperkasakan lagi respon kepada keganasan rumah tangga ketika perintah kawalan pergerakan, kami menegaskan kembali saranan kepada kerajaan untuk mengambil enam langkah-langkah penting ini:

  • Mengeluarkan standard operating procedure yang jelas dalam memberi respon kepada kes keganasan rumah tangga ketika perintah kawalan pergerakan
  • Memastikan para mangsa boleh mendapatkan perintah perlindungan interim dan perintah perlindungan kecemasan
  • Mewar-warkan saluran bantuan kepada para mangsa
  • Menambahbaik dan meningkatkan rumah-rumah perlindungan dan menyenaraikannya sebagai perkhidmatan penting
  • Memastikan bantuan kewangan sampai kepada mangsa keganasan rumah tangga
  • Memperuntukkan sumber yang mencukupi bagi memastikan respon kecemasan yang efektif

Sekiranya dibiarkan tanpa perhatian, krisis kesihatan akan memburukkan keadaan ketidaksaksamaan gender, kewarganegaraan, etnik dan status sosioekonomi yang sudah sedia wujud di dalam masyarakat kita. Untuk membina semula ekonomi dan masyarakat yang berdaya tahan selepas pandemik ini berlaku, kita memerlukan respon nasional yang memenuhi keperluan unik setiap komuniti yang berbeza. Usaha baik daripada Mercy Malaysia dan Kementerian Kesihatan adalah satu langkah yang amat penting. Marilah kita bekerjasama untuk membina ketahanan bagi individu dan komuniti yang berisiko.

Kepada mangsa di luar sana, anda boleh menghubungi talian Hotline 24 jam WAO di 03 7956 3488 atau melalui WhatsApp di 018 9888 058 (24 jam), atau hubungi hotline sokongan psikososial Covid-19 Mercy Malaysia-Kementerian Kesihatan di talian 03 2935 9935 untuk pelbagai bantuan (8 pagi – 5 petang setiap hari).

Women’s Aid Organisation (WAO) collaborates with Mercy Malaysia, Ministry of Health to support abuse survivors through national Covid-19 psychosocial support hotline

Effective 15 April, survivors of domestic violence and child abuse can now seek help through a national Covid-19 psychosocial support hotline (03-2935 9935), first set up by Mercy Malaysia and the Ministry of Health’s Crisis Preparedness and Response Centre and now linked to the Women’s Aid Organisation’s (WAO) domestic violence hotline (03-7956 3488).

READ MORE:  Ketidakpastian dalam isu mahkamah Syariah sesuatu kebimbangan bagi wanita ketika perintah kawalan pergerakan (Malay/English)

In addition to existing mental health and psychosocial support by the hotline, callers will also be given a third option of speaking to a WAO crisis support officer about cases of child abuse and domestic violence through an automated response system. Once connected, the WAO will then provide advice on options for domestic violence survivors, and if needed, help individuals seek police protection.

The WAO currently has 14 active crisis support officers who are hotline operators, as well as a number of staff on standby to meet the expected increase in those seeking help from domestic violence. This complements the 19 psychosocial volunteers from Mercy Malaysia and 10 counsellors from the Ministry of Health who are currently operating the hotline.

As movement restriction measures have been put in place to tackle the Covid-19 pandemic, many at-risk women and children find themselves ‘locked’ into the same houses as perpetrators. At the same time, resources are diverted to address the pandemic, reducing the critical social infrastructure such as social services, access to the criminal justice system, as well as women’s sexual and reproductive healthcare that are crucially needed to protect domestic violence survivors.

This Covid-19 psychosocial support hotline will enable us to reach more survivors of abuse, who are at greater risk during the movement control order. Recent statistics indicate that as the movement control order period prolongs, domestic violence in the household has only intensified.

The WAO initially reported a 44% increase in WAO hotline calls and WhatsApp enquiries from February to March 2020. Subsequently, we saw an even greater spike: in the first half of April, the WAO received 264 calls and WhatsApp enquiries, which is a 111.% increase compared to 125 calls and WhatsApp enquiries over a 14-day period in February.

READ MORE:  Tragic murder of lecturer highlights domestic violence-alleged murder link

This joint hotline between the ministry and NGOs is an important step. It enshrines the importance of collaboration between the government and the third sector in times of national need. To further strengthen the response to domestic violence during the movement control order period, we reiterate our recommendations to the government to take these six urgent actions:

  • Issue clear standard operating procedures for responding to domestic violence during the movement control order period
  • Ensure that survivors can obtain interim protection orders and emergency protection orders
  • Publicise support pathways for survivors
  • Improve the availability of temporary shelters and make them an essential service
  • Ensure that financial aid reaches domestic violence survivors
  • Allocate sufficient resources to ensure an effective emergency response

If left unattended, a health crisis amplifies the existing inequalities of our society that are built along the lines of gender, citizenship, ethnicity and socioeconomic status. To rebuild a resilient economy and society after the pandemic, we need a national response that accounts for the unique needs of different communities. The good work by Mercy Malaysia and the Ministry of Health is an important step. Let us work together to build resilience for at-risk individuals and communities.

To survivors out there, you can contact the 24-hour WAO hotline at 03 7956 3488 or through WhatsApp at 018 9888 058 (24 hours), or call the Mercy Malaysia-Ministry of Health Covid-19 psychosocial support hotline at 03 2935 9935 for a wider array of support (8am -5pm everday).

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments