Untuk memenangi perang ke atas Covid-19, kerajaan tidak seharusnya menindas populasi berisiko (Malay/English)

0
372
Photograph: The roads travelled for work - Women Migrant Workers in Singapore and Malaysia by UN Women Gallery/Flickr

[ENGLISH VERSION BELOW] Women’s Aid Organisation: Di dalam keadaan yang bertentangan dengan pendirian sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan kesemua pendatang asing tanpa izin yang dikenalpasti ketika perintah kawalan pergerakan diperketat akan terus dihantar ke pusat tahanan.

Pengumuman ini disertai dengan peraturan baru yang mewajibkan kesemua pekerja asing di semua sektor menjalani saringan Covid-19 yang menjadikannya satu tindakan yang tidak produktif dan akan mendatangkan akibat yang serius.

Sebelum ini, keperluan mandatori bagi ujian dan saringan mungkin adalah satu langkah positif dalam memastikan individu yang berisiko untuk disaring, kini pekerja tanpa dokumen yang sah akan terperangkap antara dua pilihan yang sukar – sama ada berisiko untuk ditahan akibat tidak menjalani saringan atau mereka akan ditahan.

Wanita dan kanak-kanak daripada golongan pendatang asing dan pelarian berhadapan dengan risiko yang lebih besar daripada keganasan berasaskan gender serta kekurangan kemudahan yang lengkap di pusat tahanan.

Respon awal Malaysia ke atas penularan pandemik ini telah menggariskan dengan strategik mengenai penekanan kritikal kepada keperluan untuk mengenalpasti individu yang dijangkiti Covid-19, tanpa mengira status perundangan. Pandatang asing tanpa izin dan pelarian digalakkan untuk menjalani saringan dan rawatan tanpa perlu rasa takut untuk ditahan.

Dengan perubahan pendekatan yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, pendatang asing tanpa izin dan pelarian akan lebih takut untuk tampil kehadapan dan menjalani saringan.

Dengan mengutamakan polisi yang mengaitkan penularan utama virus kepada populasi pelarian dan pendatang asing, kerajaan hanya akan mewujudkan keadaan ketakutan dalam kalangan mereka yang paling berisiko untuk terjangkit.

Ancaman operasi besar-besaran dan penahanan – yang mana wanita mengandung dan juga kanak-kanak juga tidak dikecualikan – akan menghalang daripada individu yang tidak mempunyai dokumen sah di kawasan-kawasan lain daripada tampil kehadapan untuk menjalani saringan lantas akan melambatkan pengesanan kes-kes baru.

Contohnya, baru-baru ini sahaja terdapat pekerja asing yang melarikan diri dari kurantin atau ujian ‘swab’ yang menunjukkan bagaimana keadaan ketakutan ini telah mewujudkan keadaan tidak produktif dan membahayakan kepada mereka yang telah dijangkiti virus, dan juga sesiapa sahaja yang mungkin akan bersentuhan dengan mereka.

Mengkuarantinkan sebilangan besar kumpulan di pusat tahanan yang sesak akan menggunakan sumber kerajaan lantas menyukarkan langkah-langkah penjarakan sosial dan menyulitkan akses kepada perubatan, air dan juga kemudahan kebersihan.

Namun, tanpa langkah pencegahan dan kemudahan-kemudahan ini, ianya akan mencabuli hak asasi manusia para tahanan.

Wanita dan kanak-kanak perempuan terutamanya berisiko tinggi untuk berhadapan dengan keganasan seksual dan keganasan berasaskan gender di pusat-pusat tahanan yang sesak. Mereka juga akan terdedah kepada bermacam-macam bentuk pencabulan hak asasi seperti kurangnya kebersihan asas dan kekurangan makanan, air dan bantuan perubatan; kes-kes ini selalunya terjadi kepada wanita hamil, wanita yang menyusukan anak dan wanita yang datang bulan.

Isu utama: Diskriminasi ke atas pendatang asing dan pelarian di Malaysia

Singapura telah dilabelkan oleh media barat sebagai negara yang telah hilang kawalan ke atas penularan virus dengan kegagalannya untuk melindungi pekerja asing.

Walaupun mengetahui pengajaran ini, respon semasa oleh pihak berkuasa di Malaysia dalam menangani penularan virus dalam kalangan kumpulan pelarian dan pendatang asing adalah dengan bertindak tegas dan menggunakan undang-undang untuk menindas dan menahan.

Pelarian adalah kumpulan manusia yang dikategorikan di bawah undang-undang antarabangsa, berdasarkan keperluan mereka untuk meninggalkan negara asal untuk menyelamatkan diri dari bahaya.

Perbezaan untama antara pelarian dan pendatang asing adalah, tidak seperti pelarian, pendatang asing boleh kembali ke negara asal mereka tanpa ada rasa takut untuk menghadapi sebarang bahaya atau keganasan yang boleh menyebabkan mereka didakwa.

Persamaan antara kedua-dua pelarian dan pendatang asing adalah, walaupun mereka berhadapan dengan tuduhan jenayah, pencabulan hak asasi manusia, eksploitasi, dan juga sebarang ancaman daripada mana-mana pihak tempatan, mereka adalah golongan yang berisiko untuk menyebarkan Covid-19 berdasarkan cara mereka dilayan.

Pekerja asing yang ramai dan murah yang dibawa oleh majikan-majikan di Malaysia untuk meningkatkan produktiviti ekonomi dan perkhidmatan perbandaran dan gaya hidup kosmopolitan warga Malaysia telah ditempatkan di kemudahan yang sesak dengan gaji yang rendah.

READ MORE:  Malaysia in crisis: Getting it right

Kebanyakan mereka tidak disediakan dokumen yang mencukupi oleh para majikan, tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, serta tidak diberikan peralatan keselamatan dan kesihatan yang secukupnya ketika menjalankan tugas yang sukar dan berbahaya. Pendatang asing tanpa izin kebiasaannya dieksploitasi oleh majikan tempatan dengan dibayar gaji di bawah gaji minima atau gaji mereka akan ditahan.

Pelarian pula, merupakan antara golongan yang sangat tidak bernasib baik di dalam masyarakat yang terpaksa menderita atas tekanan daripada polisi kerajaan yang mengecualikan mereka daripada diiktiraf oleh sebarang bentuk perundangan.

Pengecualian ini telah mengakibatkan mereka terpaksa memilih ekonomi tidak formal sebgai mata pencarian, yang menjadikan mereka sasaran mudah kepada sebarang bentuk penganiayaan oleh para majikan dan mana-mana kumpulan yang mempolitikkan kehadiran mereka melalui kebencian dan ancaman.

Dalam usaha untuk menangani pandemik yang berlaku ini secara komprehensif, serta untuk menangani isu yang lebih besar berkenaan layanan terhadap pendatang asing dan pelarian di Malaysia yang semakin memburuk disebabkan penularan Covid-19, kita harus menggunakan pendekatan ‘keseluruhan kerajaan’ dan ‘keseluruhan masyarakat’ dalam mencari solusi yang boleh digunapakai.

Solusi: Pendekatan keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan penggunaan pendekatan keseluruhan masyarakat dan keseluruhan kerajaan untuk mengelakkan penularan Covid-19.

Pendekatan ini menggalakkan penglibatan aktif antara agensi kerajaan utama, syarikat-syarikat, organisasi bukan kerajaan, komuniti, dan keluarga untuk membentuk pelan kesiapsiagaan dan respon ke atas pandemik skala nasional.

Pengurusan pandemik yang berjaya turut memerlukan kerjasama global dan tempatan, yang mana negara-negara terkesan boleh berkongsi maklumat dan meminta bantuan antara satu sama lain.

Implementasi pantas pendekatan keseluruhan kerajaan dan kerjasama antrabangsa oleh kerajaan Malaysia dalam menangani pandemik telah berjaya membuahkan hasil yang positif.

Kaedah kesiapsiagaan komprehensif dan perancangan harus diteruskan bersama-sama dengan pendekatan keseluruhan masyarakat, dan dilihat oleh kerajaan sebgai model pengurusan yang terhubung dalam memberi respon kepada isu-isu global yang serupa yang berkenaan dengan pemuliharaan kehidupan manusia, seperti krisis pelarian.

Saranan dan perancangan masa depan

Atas perkara-perkara di atas, kami menyeru kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan penting dalam menilai semula polisi semasa yang berisiko untuk mengembalikan semula perintah kawalan pergerakan.

Kerajaan harus menjalankan langkah-langkah yang akan menggalakkan individu yang tidak mempunyai dokiumen yang sah di mana-mana kawasan untuk tampil kehadapan dan bekersama dengan pihak berkuasa dengan:

  • Mewujudkan jawatankuasa dari pihak-pihak berkepentingan dengan menggunakan pendekatan keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat untuk mewujudkan polisi nasional yang komprehensif dan rangka kerja tadbir urus bagi pelarian dan pendatang asing dalam negara, dengan komponen khusus berkaitan Covid-19. Kerajaan harus mengutamakan tindakan ini, dengan menyelaraskan organisasi yang diperlukan serta perubahan-perubahan struktur sebelum pandemik seterusnya menyerang
  • Menguatkuasakan semula polisi awal kerajaan bagi akses penjagaan kesihatan kepada kesemua individu yang tidak mempunyai dokumen sah dengan:
    • melucutkan ancaman tahanan melalui pembatalan serbuan di kawasan-kawasan yang didiami oleh pendatang asing dan pelarian
    • meningkatkan akses penjagaan kesihatan kepada individu yang tidak mempunyai dokumen sah, terutamanya kepada wanita dan kanak-kanak yang memerlukan
    • menghasilkan bahan bacaan yang mencukupi di dalam bahasa-bahasa asing untuk mendidik populasi yang tidak mempunyai dokumen sah mengenai tabiat harian untuk mengelakkan jangkitan virus
    • memastikan keselamatan dan rawatan sewajarnya kepada pendatang asing dan pelarian sebagai sebahagian daripada pelan respon untuk menangani Covid-19
  • Mengambil pendirian tegas terhadap rasisme, xenofobia, dan diskriminasi melibatkan pendatang asing dan pelarian, termasuklah laporan dan amalan eksploitasi dengan:
    • menyiasat kesemua insiden yang dilaporkan
    • mengumumkan tindakan tegas ke atas individu atau kumpulan yang bertanggungjawab
    • memberi perlindungan kepada individu yang terkesan
  • Memastikan para majikan pekerja asing di Malaysia mengambil langkah untuk:
    • mewujudkan persekitaran bekerja dan kehidupan yang mematuhi protokol bagi menghentikan penularan virus
    • menyediakan gaji yang sewajarnya, makanan dan perlindungan kesihatan yang sewajarnya
    • menempatkan pekerja yang dijangkiti di kemudahan kuarantin yang sesuai.

Dengan menjalankan rangka kerja komprehensif dan mengambil saranan-saranan yang telah dinyatakan, akan menjadikan Malaysia lebih selamat dan inklusif.

READ MORE:  Kementerian wanita mesti hentikan stereotaip berbahaya, fokus kepada isu wanita kritikal (Malay/English)

Women’s Aid Organisation (WAO)

English version

To win fight against Covid-19, government must not penalise at-risk populations

In an abrupt reversal of its previous position, the government recently announced that all undocumented migrants identified during the enhanced movement control order would be sent to detention centres.

This announcement, coupled with the new requirement that foreign workers in all sectors undergo mandatory screening for Covid-19 is counterproductive and poses serious repercussions.

While on its own, the requirement of mandatory testing could have been a positive measure to ensure individuals at risk get tested, undocumented foreign workers will now be caught between a rock and a hard place – risking either the repercussions of not submitting to testing or of being detained.

Women and children from migrant and refugee groups face an even greater risk of harm from gender-based violence and a lack of adequate facilities in detention centres.

Malaysia’s early pandemic response strategically placed critical emphasis on the need to identify all persons infected with Covid-19, regardless of legal status. Undocumented migrants and refugees were encouraged to seek testing and treatment without fear of arrest.

With the change in approach announced by Senior Minister (Security Cluster) Ismail Sabri Yaakob, undocumented migrants and refugees will be strongly disincentivised from coming forward for testing.

By pushing forward policies that link the spread of the virus primarily to refugee and migrant populations, the government is only further cultivating a climate of fear among groups who are most at risk of infection.

The threat of mass raids, arrests and detention – from which neither pregnant women nor young children are spared—will serve to deter more undocumented persons in other parts of the country from coming forward and delay the detection of new cases.

Instances recently of foreign workers escaping from quarantine or after undergoing swab tests demonstrates clearly how the climate of fear created is counterproductive and detrimental to both those who have been exposed to the virus, as well as those with whom such individuals may come into contact.

Quarantining large groups in cramped detention centres will strain government resources to implement social distancing measures and provide access to medical care, water, and hygiene facilities. Yet, without the dedication of these resources, there will be rampant violations of the human rights of detained individuals.

Women and girls are especially at risk, as they may be subject to sexual and gender-based violence inside crammed detention centres. They may also be affected by other forms of abuse, such as poor sanitation and a lack of adequate food, water, and medical care; this is particularly the case for pregnant and lactating women and girls having their periods.

Heart of the matter: Discrimination against migrants and refugees in Malaysia

Singapore was headlined by western media as a country which had lost control of the virus outbreak by failing to protect its migrant workers.

Despite this sobering lesson, the current response by Malaysian authorities to managing the virus transmission among refugee and migrant groups is to apply the heavy hand of the law to coerce and detain.

Refugees are a clearly defined category of persons in international law, based on their need to leave their home countries to seek refuge from danger.

The key difference between refugees and migrants is that – unlike refugees – migrants are able to return to their countries without the fear of facing serious harm or violence, amounting to persecution.

What is common for both refugees and migrants, however, is their exposure to criminalisation, dehumanisation, exploitation and harm from a variety of local actors. They are also most at risk of contracting the Covid-19 infection based on how they are often treated.

Cheap and plentiful migrant labourers – brought in by Malaysian employers to power up the economy and service an urbane, cosmopolitan lifestyle for Malaysians – are themselves expected to live in overcrowded facilities with low salaries.

READ MORE:  Post-Covid-19 strategies to usher in a new Malaysia

Many are not provided with proper documentation by employers, have poor access to proper healthcare and are not given health and safety equipment when conducting difficult or dangerous jobs.

Undocumented migrants are frequently subjected to exploitative practices by local employers who pay below the minimum wage or withhold salary payments.

Refugees though, more than any other vulnerable group in society, suffer additional hardship from government policies which exclude them from even being legally recognised.

This exclusion pushes them into an informal economy to survive, where they become easy targets for abuses by employers and right-wing groups that are now politicising their presence through hate speech and fear mongering.

To comprehensively address the current pandemic, as well as the larger issue of the treatment of migrants and refugees in Malaysia, which is being exacerbated by the Covid-19 pandemic, we must use a “whole-of-government” and “whole-of-society” approach to put sustainable solutions in place.

Solution: Whole-of-government, whole-of-society approach

The World Health Organization (WHO) promotes the use of a whole-of-society and whole-of-government approach to prevent further transmission of Covid-19.

This approach calls for meaningful engagement between key government agencies, businesses, NGOs, communities and families to shape national pandemic preparedness and response plans.

Successful management of the virus also requires regional and global cooperation, where affected countries share information and seek assistance from each other.

The quick adoption of the whole-of-government approach and international cooperation by the Malaysian government at the outset of the pandemic yielded some positive results.

This method of comprehensive preparedness and planning should continue to be used, along with a whole-of-society approach, and viewed by the government as a pertinent management model for responding to other global issues similarly concerned with the preservation of human life, such as the refugee crisis.

Recommendations and way forward

In light of the above, we urge the Malaysian government to take urgent action to review current policies which may roll back advances gained during the movement control order.

The government must institute measures that encourage undocumented persons from all parts of the country to come forward and cooperate with authorities by:

  • Establishing a multi-stakeholder committee using the whole-of-government and whole-of-society approaches to develop a comprehensive national policy and governance framework for refugees and migrants in the country, with a particular component related to Covid-19. The government should prioritise this action, so as to put in place the required organisational and structural changes before the next pandemic strikes
  • Reinstating the government’s earlier policy of healthcare access to all undocumented persons by:
    • removing the threat of arrest and detention through the immediate ceasing of raids in areas populated by migrants and refugees
    • stepping up access to healthcare for undocumented persons, particularly women and children in need
    • making available sufficient material in foreign languages to educate undocumented populations on daily habits to prevent further transmission of the virus
    • ensuring the safe and dignified treatment of all migrants and refugees as part of any response plan to curb Covid-19
  • Taking a firm position against racism, xenophobia, and discrimination involving migrants and refugees, including reports of exploitative practices by:
    • investigating all reported incidents
    • announcing swift action against individuals or groups responsible
    • affording protection to affected persons

• Ensuring that Malaysian employers of foreign workers take steps to:

    • create working or living conditions that comply with protocols to stop the transmission of the virus
    • provide adequate salaries, meals and coverage of required healthcare
    • place infected workers in suitable quarantine facilities

Adopting a comprehensive framework and putting the above recommendations in place will lead to a Malaysia that is safer and more inclusive.

Women’s Aid Organisation (WAO)

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments