Umno, hentikan pengwujudan permusuhan dengan mantera kaum dan agama

0
147

[ENGLISH VERSION BELOW] Patriot berpendapat bahawa orang Melayu tidak lagi mudah tertipu, sebaliknya mereka mampu berfikir, dan kepimpinan Umno mesti menerima hakikat ini.

Dua video yang menjadi tular baru-baru ini menunjukkan seorang mantan menteri dan timbalan menteri kerajaan BN yang lepas membuat ucapan, dipercayai pada pilihan raya kecil Sungai Kandis yang baru selesai, yang berunsur perkauman, kebencian dan hasutan terhadap satu kaum yang boleh menyebabkan gangguan awam, ketidakharmonian kaum dan mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Patriot mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan yang dibuat oleh kedua-dua ahli politik Umno itu dan menggesa mereka tidak mengulangi ucapan sedemikian di masa hadapan yang mana boleh membawa malapetaka kepada keharmonian kaum dan terhadap keamanan dan keselamatan negara. Kedua-dua ahli politik Umno yang dimaksudkan adalah Annuar Musa dan Tajuddin Abdul Rahman.

Jika ucapan mereka bertujuan mendapatkan sokongan pengundi untuk calon BN, maka keputusan pilihan raya kecil itu sudah tentu mengecewakan mereka kerana pengundi yang kebanyakannya orang Melayu tidak lagi mudah termakan dengan hujah dan pernyataan yang digunakan oleh kedua-dua ahli politik Umno itu semasa berkempen.

Jelas Umno masih belum belajar daripada kesilapan mereka di mana cita rasa masyarakat Malaysia hari ini tidak lagi berpaksikan perkauman dan ketaksuban tetapi yang berhajatkan kepada perpaduan nasional dan keharmonian.

READ MORE:  Can Umno rise or crumble further?

Malaysia mempunyai rejim yang pernah memerintah negara untuk tempoh yang tidak terputus selama hampir 60 tahun. Mantera kaum dan agama yang sering dimainkan, telah mengekalkan rejim Umno berkuasa, mengekalkan sokongan daripada satu kaum dengan memainkan sentimen mereka tetapi mengasingkan masyarakat lain.

Adalah jelas bahawa kedua-dua ahli politik Umno yang berkempen untuk calon BN semasa pilihan raya kecil Sungai Kandis tidak menghayati isu sebenar yang membelenggu para pengundi dan persoalan keperluan asas mereka.

Patriot berpendapat bahawa orang Melayu tidak lagi mudah tertipu, sebaliknya mereka mampu berfikir, dan kepimpinan Umno mesti menerima hakikat ini jika parti itu mahu kekal relevan dalam pilihan raya umum akan datang.

Tidakkah Umno belajar daripada pengalaman pahit mereka semasa pilihan raya umum 2018 baru-baru ini? Apakah mereka masih tidak mengetahui apa yang menyebabkan kekalahan mereka?

Kepada pemimpin parti seperti Annuar Musa dan Tajuddin Abdul Rahman, nasihat kami kepada mereka adalah supaya menghentikan bermain kad perkauman dan agama, seperti apa yang mereka lakukan di Sungai Kandis jika mahu Umno kekal relevan. Kedua-dua mereka mesti belajar untuk menyesuaikan diri dengan peredaran masa.

BG Dato Mohamed Arshad Raji (B) ialah presiden, Persatuan Patriot Kebangsaan.

English version

Umno, stop creating animosity with race and religious mantra

Two videos have gone viral recently showing an ex-minister and deputy minister of the previous BN government making speeches, believed to be at the recently concluded Sungai Kandis by-election, that smack of racism, hatred and incitement against one race that could cause public disorder and racial disharmony and threaten national peace and security.

Patriot takes a serious view of the speeches made by those two Umno politicians and urges them to refrain from making such speeches in the future that could result in disastrous consequences for racial harmony and the peace and security of our country. The two Umno politicians referred to are Annuar Musa and Tajuddin Abdul Rahman.

READ MORE:  Umno is responsible for the mess we are in – NOT Mahathir!

If their speeches were intended to solicit voter support towards the Barisan Nasional candidate, then the results of the by-election should disappoint them because the voters who are predominantly Malays are no longer drawn to the arguments and statements used by the two Umno politicians during the campaigning.

Clearly Umno hasn’t learned their lesson that the mood of Malaysian public today is not one of racism and religious bigotry, but rather one desirous of national unity and harmony.

Malaysia had a regime that ruled the country for an unbroken period of almost 60 years. It was the oft-repeated race and religious mantra that had kept the Umno regime in power, securing its vote bank from one community by playing on their sentiments but alienating other communities further.

It is obvious the two Umno politicians who had campaigned for the BN candidate during the Sungai Kandis by-election were oblivious to the actual issues saddling the voters and their needs, ie bread-and-butter issues.

Patriot believes the Malays are no longer gullible; rather they are a thinking lot, and the Umno leadership must accept this fact if the party wants to survive the next general election. Hasn’t Umno learned a bitter lesson during the recently held general election? Have they not come to their senses as to what caused their defeat?

To party leaders like Annuar Musa and Tajuddin Abdul Rahman, our advice is to cease playing the racial and religious card, like what they did at Sungai Kandis if they want Umno to survive. Both must learn to adapt to changing times.

READ MORE:  The Umno 16 and the court’s decision

BG Dato Mohamed Arshad Raji (Rtd) is president of Persatuan Patriot Kebangsaan.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of