Tubuh majlis media Malaysia bagi menlindungi hak pengamal media – Geramm

GERALT/PIXABAY

Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengambil maklum ‘peringatan’ dari Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa tentang kepentingan untuk mendukung prinsip berita tepat dan beretika.

Pada masa yang sama, kami percaya etika media dan apa-apa pelanggaran sewajarnya ditentukan oleh pengamal media sendiri melalui penubuhan majlis media Malaysia sebagai platform kawalan kendiri (self-regulation).

Antara fungsi utama majlis media Malaysia yang dicadangkan adalah untuk menyelesaikan pertikaian antara mana-mana individu dan mana-mana media yang didakwa menyebarkan ‘fitnah’ atau melanggar etika, tanpa melalui siasatan pihak berkuasa atau agensi kerajaan.

Pendirian ini selaras dengan gesaan terdahulu kami melalui kempen “Lawan Berita Palsu dengan Fakta, Bukan Akta” – pertama kali dilancarkan pada 2018 bagi menentang Akta Antiberita Tidak Benar (yang akhirnya dimansuhkan) – dan sekali lagi pada tahun lalu bersama #kawangeramm dari Centre for Independent Journalism, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan lain-lain.

Penting diingatkan media bertanggungjawab untuk memberikan hak jawab (right of reply) kepada mana-mana individu yang dikaitkan dalam sesebuah laporan.

Pada masa yang sama, individu berkenaan juga seharusnya menggunakan hak jawab yang diberi, ataupun menuntut diberikan hak jawab, sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut. Apatah lagi sekiranya individu terbabit merupakan pemimpin negara dengan segala akses kepada media.

Geramm sekali lagi tegas dengan gesaan menuntut penubuhan majlis media Malaysia bagi melindungi hak pengamal media menjalankan tugas dengan bebas serta selamat dari ‘ancaman’ secara langsung atau tidak langsung. – Geramm



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments