Tolak Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) (Malay/English)

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, organisasi-organisasi masyarakat sivil yang bertandatangan di bawah, secara tegas dan jelas menolak Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang telah dibentangkan pada bulan Ogos 2020 dan ia dijangka akan dibentangkan buat kali kedua dalam penggal Parlimen ini.

Kelemahan Rang Undang-Undang IPCC

IPCC yang telah dicadangkan tersebut hanya merupakan versi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang dilemahkan, sedangkan EAIC merupakan sebuah institusi yang gagal. Manakala, EAIC pula ialah hasil daripada Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dicadangkan pada tahun 2005 oleh suruhanjaya Polis Diraja yang telah dilemahkan.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Rang Undang-Undang IPCC banyak mempunyai masalah yang ketara, terutamanya:

  • Kebebasan dan kesaksamaan IPCC yang dipersoalkan: Kebebasan dan kesaksamaan IPCC dipersoalkan kerana menteri dalam negeri diberikan kuasa untuk melantik setiausaha suruhanjaya, dan tidak melibatkan ahli suruhanjaya secara kolektif dalam menentukan calon berkenaan. Selain itu, rang undang-undang tersebut tidak mengehadkan penglibatan pihak polis dalam suruhanjaya. Hal ini membenarkan pegawai polis yang masih berkhidmat dan yang telah bersara untuk menjadi sebahagian daripada anggota suruhanjaya
  • Kuasa penyiasatan yang terhad: Berbanding dengan EAIC dan IPCMC, IPCC mempunyai kuasa penyiasatan yang terhad. IPCC tidak mempunyai kuasa penyiasatan yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah. Ia tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan penggeledahan dan penyitaan dalam penyiasatannya; tidak boleh meninjau keadaan di lokap ataupun mana-mana tempat tahanan tanpa notis awal; tambahan pula, ia mempunyai kuasa terhad untuk mewajibkan penyerahan dokumen dan bukti sekiranya dianggap ‘menggugat keselamatan atau kepentingan negara’
  • Kekurangan kuasa penguatkuasaan: Rang Undang-Undang IPCC melucutkan kuasa penguatkuasaan daripada suruhanjaya tersebut kerana ia mengecualikan kuasa tatatertib atau kuasa untuk mewajibkan tindakan berdasarkan cadangan yang diberikan oleh suruhanjaya berkenaan. Setelah mendapati sebarang salah laku oleh pihak polis, suruhanjaya tersebut hanya dapat merujukkan hasil siasatannya kepada Suruhanjaya Pasukan Polis dengan cadangan untuk tindakan tatatertib. IPCC tidak mempunyai kuasa untuk mewajibkan Suruhanjaya Pasukan Polis mengambil tindakan atau melaporkan tindakannya kepada IPCC dalam tempoh yang ditetapkan

Keganasan polis dan penyalahgunaan kuasa melanggar hak asasi manusia serta menimbulkan ancaman yang serius terhadap orang awam. Selama bertahun-tahun, kehilangan paksa, penyeksaan dan kematian dalam tahanan terus berleluasa.

Dengan menarik balik Rang Undang-Undang IPCC dan membentangkan rang undang-undang baharu yang selaras dengan matlamat dan tujuan asal IPCMC seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia, pihak kerajaan dapat:

  • Memulihkan kepercayaan orang awam: Berdasarkan penyelidikan Transparency International, Polis Diraja Malaysia menduduki tempat kedua bagi persepsi rasuah di mana sebanyak 30% rakyat Malaysia menganggap bahawa institusi tersebut adalah korup. Apabila tiada kepercayaan orang awam terhadap pihak polis, bukan sahaja pihak polis tidak dapat meningkatkan keberkesanannya, malahan mereka juga tidak mampu mempertahankan kesahihan tindakan yang dilakukan. Perkara yang lebih teruk adalah apabila tiada penguatkuasaan berdasarkan persetujuan orang ramai, maka penguatkuasaan yang dilakukan bersifat tidak terkawal dan ganas. Kesan daripada ketidakpercayaan yang berbahaya dan semakin teruk ini akhirnya meningkatkan keganasan dan menyebabkan segelintir masyarakat mengambil tindakan penguatkuasaan sendiri. Hal ini akan mengancam keselamatan rakyat dan pihak polis, seterusnya merosakkan kepercayaan masyarakat. Oleh hal yang demikian, pengembalian Rang Undang-Undang IPCMC perlu dilakukan segera dan merupakan tugas penting, bukan hanya untuk memulihkan imej polis yang sudah lama tercalar, malah bagi membina semula kepercayaan rakyat kepada polis serta menamatkan kitaran keganasan daripada terus berlaku
  • Menjamin keadilan: Tambahan pula, IPCMC bertujuan untuk mendapatkan keadilan bagi mangsa salah laku polis dengan menjatuhkan hukuman ke atas pihak yang bersalah dan memelihara hak kita untuk hidup seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebanyak 12 kes kematian dalam tahanan telah dilaporkan dalam tempoh sebelas minggu pertama tahun 2022. Namun, punca-punca kematian tersebut masih tidak diketahui, malah perkembangan penyiasatan berkenaan masih belum didedahkan, akhirnya membiarkan keluarga mangsa untuk menanggung ketidakadilan dan kesedihan yang tidak dapat dihilangkan. Kami sedar bahawa pihak polis telah menubuhkan unit siasatan jenayah dan kematian dalam tahanan. Walau bagaimanapun, perubahan yang dapat kami saksi yang dilakukan unit ini adalah hanya mengeluarkan kenyataan segera apabila berlakunya kematian dalam tahanan. Siasatan kes berkenaan masih dijalankan oleh pihak polis sendiri tanpa ketelusan, tanpa pengawasan yang bebas dan tanpa tindakan segera. Walaupun kenyataan yang dikeluarkan oleh unit siasatan ini telah mencetuskan kemarahan orang awam dan menimbulkan pelbagai aduan terhadap kegagalan pihak polis untuk mengeluarkan maklumat yang sebelum ini di Parlimen, namun tiada penambahbaikan dilakukan terhadap kenyataan tersebut. Selain itu, tiada laporan berkaitan dengan pendakwaan atau tindakan tatatertib yang dilaksanakan susulan daripada kes berkenaan. Sejak tiga bulan penubuhan unit ini, kami tidak mempunyai alasan untuk memercayai bahawa unit berkenaan telah melakukan sebarang impak terhadap budaya mengenakan tindakan dalam pasukan polis
  • Mengamanahkan kewajipan negara: Selaku ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB, kerajaan haruslah menunjukkan komitmen yang serius dalam mengelakkan tragedi dan kekejaman salah laku polis daripada terus mengganggu negara kita. Kerajaan juga haruslah menjadi suri teladan dengan mengamalkan amalan penguatkuasaan yang baik.
READ MORE:  Quest for truth can restore image of police

Penubuhan badan pengawasan bebas IPCMC menyumbang ke arah pencapaian beberapa sasaran di bawah Matlamat Pembangunan Mampan 16, termasuk sasaran 16.1: mengurangkan semua bentuk keganasan dan kadar kematian akibat keganasan; serta sasaran 16.3: menggalakkan kedaulatan undang-undang di peringkat nasional dan antarabangsa serta memastikan akses yang sama kepada keadilan untuk semua.

TUNTUTAN KAMI

Kami mendesak menteri dalam negeri supaya segera menarik balik Rang Undang-Undang IPCC dan menggubal rang undang-undang IPCMC yang lebih dekat dengan cadangan IPCMC pada tahun 2005.

Rang undang-undang yang baharu perlu memupuk akauntabiliti polis dan memastikan suruhanjaya tersebut:

  • Adalah saksama, bebas dan telus
  • Diwajibkan untuk menerima, memulakan dan melaksanakan penyiasatan ke atas penyalahgunaan kuasa polis yang serius dan tidak terhad kepada salah laku tatatertib kecil dan
  • Diberikan kuasa sebenar untuk menyiasat, mengambil tindakan dan menguatkuasakan keputusannya

Kami juga mendesak semua Ahli Parlimen yang waras dan berhati nurani supaya menolak Rang Undang-Undang IPCC.

English version

Reject the Independent Police Conduct Commission (IPCC)

We, the undersigned Malaysian civil society organisations, firmly and unequivocally reject the Independent Police Conduct Commission (IPCC) Bill which was tabled in August 2020 and is expected to be tabled for a second reading during this session of Parliament.

IPCC Bill, EAIC Act and IPCMC 2005 bill

The proposed IPCC is a severely diluted version of the Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC), which is a failed institution. The design of the EAIC is itself a watered-down version of the independent police complaints and misconduct commission (IPCMC), proposed in 2005 by the Royal Commission of Inquiry to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysian Police (the Dzaiddin commission). There are several glaring issues with the bill, namely:

  • Independence and impartiality are questionable: The IPCC’s independence and impartiality are questionable as the home affairs minister is given the authority to appoint the secretary of the commission, instead of the commission collectively deciding the candidate. Also, the bill does not restrict police involvement in the commission, thus allowing serving police officers and retired police officers to be part of the commission
  • Limited investigative powers: Compared with the EAIC and the IPCMC, the commission has limited investigative powers. Its task forces do not have the powers conferred by the Criminal Procedure Code. It does not have the power to conduct search and seizure in its investigations; it cannot visit lockups or any places of detention without prior notice; on top of that, it has limited power to compel the surrender of documents and evidence if they are deemed ‘prejudicial to national security or national interest’
  • Lack of enforcement powers: The IPCC Bill deprives the commission of enforcement powers as it removes disciplinary power or the power to compel actions based on recommendations made by the commission. Upon finding any police misconduct, the commission can only refer its findings to the Police Force Commission with a recommendation for disciplinary action. The commission has no authority to compel the Police Force Commission to act or to report its actions to the IPCC within a stipulated time frame.
READ MORE:  IPCC atau IPCMC? Mana yang lebih baik?

Police brutality and abuse of power violate basic human rights and pose serious threats to civilians. Over the years, enforced disappearances, torture, ill-treatment and deaths in custody have been rampant.

By shelving the IPCC bill and immediately tabling a new bill that enshrines the initial objectives and purpose of the IPCMC as proposed by the bill drafted by the royal commission of inquiry, the government can:

  • Restore public trust: According to Transparency International, the Royal Malaysian Police rank second highest for perception of corruption, with 30% of Malaysians perceiving the institution as corrupt. When there is an absence of public trust in the police, the police can neither enhance their effectiveness nor defend the legitimacy of their actions. Worse still, where there is no policing by consent, policing is likely to take more arbitrary and violent forms. A dangerous, downward spiral of disengagement ultimately leads to spikes in violence and vigilantism, threatening the safety of citizens and the police alike, thereby further damaging public trust. Hence, reviving the IPCMC bill is a highly urgent and important task, not only to restore the police’s long-tarnished reputation, but also to rebuild police-community trust and to break the cycle of violence
  • Ensure transitional justice: Moreover, the IPCMC aims to pursue transitional justice for the deceased by punishing the guilty and protecting our inalienable right to life that is enshrined in the Federal Constitution. Twelve deaths in police custody have been reported within the first 11 weeks of 2022. Yet, the reasons for the deaths remain unknown, and progress of the investigations has yet to be revealed, leaving the families to bear the cost of injustice and suffer from perpetual grief

We acknowledge that the police have established a deaths-in-custody investigation unit. However, the only change we have seen is that this unit promptly issues public statements when deaths occur in police custody. The investigations continue to be carried out by the police themselves without transparency, without independent oversight, without urgency.

Even though the statements released by the investigation unit have caused immense public outrage and resulted in public complaints over the police’s failure to release information previously released in Parliament, no improvements have been made to the statements. Also, there have been no corresponding reports of related prosecutions or disciplinary action. Three months since the unit’s establishment, we have no reason to believe it has made any impact on the culture of impunity within the police force.

  • Fulfil state obligations: As a member of the UN Human Rights Council, the government must demonstrate its serious commitment to preventing the tragedy and brutality of police misconduct from continuing to haunt the nation indefinitely, as well as become an exemplar of good police practices.
READ MORE:  IPCC atau IPCMC? Mana yang lebih baik?

The establishment of an independent oversight body IPCMC contributes towards the realisation of several targets under the sustainable development goal 16, including target 16.1 significantly reducing all forms of violence and related death rates and target 16.3 promoting the rule of law at the national and international levels and ensuring equal access to justice for all.

Our demands

We urge the home affairs minister to immediately shelve the IPCC Bill and return to the drawing board to craft an IPCMC bill which shall uphold the original spirit of an oversight body proposed by the Dzaiddin commission in 2005.

A new bill must promote police accountability and guarantee a commission which is:

  • Impartial, independent and transparent
  • Mandated to receive, initiate and to conduct investigations of serious abuses committed by the police and not be limited to minor disciplinary misconduct and
  • Mandated with real powers to investigate, initiate action and enforce its decision.

We also urge all members of Parliament who are endowed with reason and conscience to reject the IPCC Bill.

Endorsed by:

1. Agora Society Malaysia
2. Aliran
3. All Women’s Action Society (Awam)
4. Amnesty International Malaysia
5. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
6. Angkatan Mahasiswa UM
7. Angkatan Muda Keadilan (AMK)
8. Architects of Diversity Malaysia
9. Borneo Komrad
10. Centre for independent Journalism (CIJ)
11. Citizen Lab
12. Citizens Against Enforced Disappearances (Caged)
13. Democratic Action Party Socialist Youth (Dapsy)
14. Demokrat Kebangsaan
15. Demokrat UM
16. Eliminating Death and Abuse in Custody Together (Edict)
17. Gerak Malaysia
18. Gerakan Guaman Rakyat (Gegar)
19. Hak Siswa
20. HaKita
21. Institut Nyala
22. Justice for Sisters
23. Kelab Sastera Mahasiswa UMS (Karma)
24. Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya
25. KLSCAH Youth
26. Legal Dignity
27. Liga Demokratik Rakyat
28. Lyceum Society 稷下学社
29. L-INC Foundation
30. Malaysia Muda
31. Malaysia Youths and Students Evolution Johor Branch(MYSE Johor)
32. Malaysian Action for Justice and Unity (Maju)
33. Women’s Aid Organisation (WAO)
34. New Student Movement Alliance of Malaysia (Nesa)
35. Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)
36. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
37. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
38. Persatuan Komuniti PrihatinSelangor & KL
39. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham)
40. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
41. Pertubuhan Serikat Rakyat Malaysia
42. Pertubuhan Solidaritas
43. Pusat Komas
44. Save Musang King Alliance (Samka)
45. Stateless.my
46. Student Progressive Front UUM
47. Suara Mahasiswa UMS
48. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
49. Tenaganita
50. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
51. The KLSCAH Women’s Division
52. Undi18
53. University of Malaya Association of New Youth (Umany)
54. UTM-MJIIT Voices
55. Voice of Youtharian (VOY)



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments