Tingkatkan integriti dan kewibawaan pemimpin GLC dan sektor awam

Ahli politik seharusnya tidak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan

Hamid Bador, pada sidang media terakhirnya sebagai ketua polis negara, menegaskan bahawa pasukan polis mesti kekal sebagai sebuah pasukan penjaga keamanan dan keutuhan negara, sekali gus mendakwa rasuah politik sedang berleluasa.

Beliau juga menolak dan tidak bersetuju dengan campur tangan politik dalam menentukan kepimpinan pasukan polis.

Suruhanjaya Sekuriti pula telah mengeluarkan panduan agar ahli-ahli politik tidak dilantik sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah bagi syarikat tersenarai (listed companies).

Selain itu, isu pelantikan pengerusi atau ahli lembaga pengarah dari kalangan ahli politik juga berlaku di universiti awam.

Dengan ini, Ikram menyokong tindakan berani dan ketegasan mana-mana pemimpin kerajaan untuk menentang sebarang pengaruh politik yang membawa kepada salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam.

Sehubungan itu:

  • Ikram menggesa kerajaan agar lebih serius dalam menangani isu integriti dan rasuah di semua peringkat kepimpinan sektor awam dan institusi kerajaan
  • Ikram menggesa agar pelantikan pemimpin kanan sektor awam adalah berdasarkan merit, kewibawaan serta memenuhi kriteria jawatan yang telah ditetapkan. Ikram berharap kerajaan mengamalkan ketelusan dan keadilan serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam melantik mana-mana pegawai kerajaan
  • Ahli politik tidak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
  • Ikram menggesa agar maruah dan integriti pasukan polis dikembalikan dan satu suruhanjaya untuk meningkatkan akauntabiliti dan integriti anggota polis ditubuhkan dengan segera
  • Ikram menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar menyiasat isu rasuah politik seperti yang disebut oleh Hamid Bador

Sebagai sebuah NGO dakwah, Ikram akan terus memberi teguran dan saranan yang konstruktif kepada pihak kerajaan serta badan yang berwajib bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta negara tercinta.

Ikram juga mengajak rakyat untuk berperanan menegur pemimpin agar memiliki sifat integriti dan menjadikan integriti satu budaya dalam kepimpinan dan masyarakat. Dalam hal ini, Ikram komited untuk terus mendidik rakyat agar mampu dan bijak memilih kepimpinan yang integriti dan berwibawa demi agama, bangsa dan negara.

READ MORE:  Henti jadikan GLC sebagai alat politik, tambah baik pelantikan GLC (Malay/English)

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments