Tindakan dua pemimpin Pas ‘asak’ wartawan dikecam

Respon yang diberi jelas menunjukkan sikap tidak menghormati kerjaya wartawan

62 views

Gerakan Media Marah (Geramm) kesal tindakan dua pemimpin Pas yang dilaporkan mengelak dari menjawab soalan media berkaitan isi penutupan kedai nombor ekor di negeri Kedah dibawah pentadbiran Pas.

Bukan sahaja tidak menjawab soalan yang diajukan, portal Free Malaysia Today melaporkan wartawan mereka yang ditugaskan membuat liputan pelancaran manifesto Perikatan Nasional di Shah Alam telah disoal kembali oleh naib-presiden Pas Idris Ahmad samaada dia boleh menerima sekiranya suami seorang “kaki judi”.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim dari Pas juga telah menyoal samaada wartawan tersebut merupakan warga negara Malaysia, hanya kerana bertanya soalan dalam Bahasa Inggeris.

Tindakan kedua-dua pemimpin parti Islam yang juga anggota jemaah menteri tersebut adalah tidak dapat diterima.

Perlu diingatkan setiap wartawan mempunyai tanggungjawab dan hak untuk bertanya tentang apa-apa saja isu. Sebaliknya, pihak yang ditanya juga berhak untuk tidak memberikan sebarang komen.

Tidak ada alasan untuk menyerang wartawan secara peribadi hanya kerana tidak bersedia untuk menjawab.

PS: Geramm difahamkan tiada sidang media berlangsung selepas pelancaran manifesto PN dan kejadian berlaku ketika wartawan berkenaan secara bersendirian cuba mendapatkan pandangan kedua-dua pemimpin Pas tersebut.

Respon yang diberi jelas menunjukkan sikap tidak menghormati kerjaya wartawan dan juga wanita yang mungkin dilihat sebagai mudah dibuli. – Geramm

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments