Tindakan ganas terhadap aktivis mahasiswa Sabah adalah serangan terhadap demokrasi

freedom of assembly

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sekretariat Himpun mengecam sekeras-kerasnya tindakan khianat dan ganas terhadap aktivis mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 apabila kenderaan mereka disimbah asid oleh individu yang dipercayai berpakaian seperti pegawai risikan.

Kejadian berlaku di kawasan parkir Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dan disaksikan sendiri oleh rakan aktivis yang melihat kelibat beberapa lelaki mencurigakan melarikan diri dari tempat kejadian.

Selain itu, seorang anggota yang tidak mahu mendedahkan status dirinya telah menarik seorang peserta perhimpunan sehingga menyebabkan rasa tidak selamat kepada dirinya.

Malahan, hebahan maklumat salah oleh pihak media tertentu terhadap perhimpunan ini jelas menunjukkan banyak intimidasi terhadap peserta dan penganjur.

Tindakan ini bukan sahaja satu bentuk intimidasi terhadap suara mahasiswa yang berani membongkar isu rasuah dan penyelewengan, malah merupakan serangan langsung terhadap hak untuk bersuara, berhimpun dan menyuarakan pendapat secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kami memandang serius insiden ini dan menyeru pihak polis untuk menjalankan siasatan segera, telus dan menyeluruh bagi memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan.

Kegagalan pihak berkuasa untuk bertindak hanya akan menormalisasi budaya ganas terhadap aktivisme dan menyemarakkan lagi budaya impunitas terhadap pelaku.

Kami berdiri teguh bersama aktivis mahasiswa yang terus menunjukkan keberanian luar biasa dalam memperjuangkan integriti, keadilan dan ketelusan. Kami ulangi: perjuangan melawan rasuah bukan jenayah. Yang sepatutnya ditakuti bukan mahasiswa yang bersuara, tetapi mereka yang menyalahguna kuasa untuk kepentingan sendiri.

Sekretariat Himpun menuntut:

  • Siasatan segera dan bebas terhadap insiden simbahan asid ini
  • Perlindungan kepada semua aktivis dan penganjur Gempur Rasuah Sabah 2.0
  • Komitmen pihak berkuasa untuk menjamin keselamatan ruang demokrasi, khususnya kebebasan mahasiswa bersuara
READ MORE:  Tegakkan kebebasan berhimpun secara aman (Malay/English)

Jangan biarkan suara anak muda dibungkam dengan keganasan. Suara mereka adalah suara rakyat.

Sekretariat Himpun

Kenyataan ini disokong dan ditandatangani bersama oleh organisasi-organisasi berikut:

  1. 1. Bersih
    2. BMH Dokumentasi
    3. Borneo Komrad
    4. Cahaya Society
    5. Federasi Pemuda Kebangsaan (Federasi)
    6. Filsufi
    7. Fracas Works
    8. Gerakan Gabungan Anti-Imperialis (Gegar/ Gegar Amerika)
    9. Gerakan Perempuan Melawan
    10. Hayat
    11. Ikatan Anak Muda Tawau
    12. Justice for Sisters
    13. Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM)
    14. Korum Collective
    15. Lawyer Kamek, Sarawak
    16. Liga Mahasiswa Malaysia
    17. Liga Mahasiswa UTM
    18. Light Brigade (LB)
    19. Mahasiswa Demokratik Malaysia
    20. Mandiri
    21. Muda
    22. North South Initiative
    23. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
    24. Persatuan Kebajikan Harmoni Johor
    25. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose)
    26. Pro-Siswa Kolej Komuniti
    27. Suaram
    28. Suara Siswa UiTM
    29. Suara Siswa UM
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments