Tawaran jawatan syarikat berkaitan kerajaan adalah salah guna kuasa (Malay/English)

Mahiaddin is reaping what he sowed - ZUNAR

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganggap kenyataan terbuka Mahiaddin Yasin dan janji lantikan politik ke syarikat berkaitan kerajaan sekiranya Perikatan Nasional memenangi enam pilihan raya negeri adalah bertentangan dengan tadbir urus yang baik dan merupakan salah guna kuasa untuk memberi ganjaran kepada penggerak politik mereka.

Syarikat berkaitan kerajaan ialah syarikat yang wujud untuk memelihara dan mengembangkan kekayaan awam dan bukan mesin ATM parti politik untuk meletakkan penyokong setia parti dalam senarai gaji negeri. Dalam mengisytiharkan hasratnya secara terbuka, kami juga tertanya-tanya sama ada ia satu bentuk pembelian undi untuk mendapatkan sokongan kumpulan tertentu.

Bentuk naungan politik ini malangnya telah menjadi sebahagian daripada budaya politik kita dan setiap kerajaan berturut-turut, termasuk “kerajaan perpaduan” semasa, juga bersalah kerana melantik ahli politik (sama ada wakil rakyat atau bukan wakil rakyat) ke lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan.

Bersih telah konsisten sebagai pemerhati dan kumpulan pendesak di semua pentadbiran yang berbeza sepanjang tahun bahawa ahli politik yang merupakan wakil rakyat tidak harus dilantik ke syarikat berkaitan kerajaan kerana tanggungjawab utama mereka adalah kepada pengundi mereka dan menjadi penggubal undang-undang dan bukan sebagai pengarah syarikat.

Bagi ahli politik yang bukan wakil rakyat pula, kita mesti menyediakan proses yang jelas dan ketat untuk memastikan ketelusan dan hanya individu berkelayakan yang sesuai dilantik kerana mereka diamanahkan dengan aset awam.

Pengundi mesti bijak mengundi dalam pilihan raya negeri yang akan datang bagi memastikan parti atau calon yang komited dengan reformasi institusi untuk menghapuskan rasuah dipilih supaya negara kita dapat dibebaskan daripada belenggu naungan politik dan rasuah. – Bersih

READ MORE:  Azam Baki ignoring election campaign bribery: Dereliction of duty?

English version

Promising government-linked company positions is an affront to good governance and an abuse of power

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) considers Mahiaddin Yasin’s open declaration of distribution and promise of political appointments to government-linked companies if Perikatan Nasional wins the six state elections as an affront to good governance and an abuse of state power to reward their own political operatives.

Government-linked companies are companies that exist to safeguard and grow public wealth and are not political parties’ cash machines to put party loyalists on the state’s payroll. In openly declaring his intention, we also wonder if it is a form of vote buying to secure the support of certain groups.

This form of political patronage has unfortunately become part of our political culture and every successive government, including the current “unity government”, is guilty of appointing either elected or unelected politicians to the board of government-linked companies.

Bersih has been consistent as a watchdog and pressure group – throughout all the different administrations across the years – [in insisting] that no elected representatives should be appointed to government-linked companies as their primary responsibility is to their voters and to be lawmakers and not serve as company directors.

For unelected politicians, we must put in place a clear and rigorous process to ensure transparency and ensure that only suitably qualified individuals are appointed as they are entrusted with public assets.

Voters must vote wisely in the upcoming state elections to ensure that only parties or candidates who are committed to institutional reforms to end corruption are elected so that our country can be freed from the scourge of political patronage and corruption. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments