:

Tarik dan batal ratifikasi CPTPP!

CPTPP nations

Kami, NGO-NGO dan individu-individu yang menandatangani memorandum ini ingin merayu kepada [Perdana Menteri Anwar Ibrahim] untuk menarik balik ratifikasi persetujuan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) yang telah diumumkan oleh Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada masa itu, pada 30 September.

Ada juga diumumkan bahawa ratifikasi akan dikuatkuasakan pada 29 November 2022.

Kami amat kecewa dengan keputusan ini kerana meratifikasi suatu perjanjian yang berimplikasi besar terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat yang dibuat tanpa libat-urus ekstensif melibatkan orang awam dan masyarakat madani, serta kajian kos dan manfaat mengenainya pun tidak dibahaskan di Parlimen.

Kami juga berpendapat bahawa kajian kos dan manfaat yang disediakan adalah terlalu sempit dan bias terhadap pencapaian dari segi ekspot dan pelaburan – yang hakikatnya tidaklah begitu besar dan signifikan; serta terlalu fokus kepada manfaat tanpa mengkaji secara mendalam kos dan risiko. Persetujuan CPTPP seharusnya dikaji dengan lebih terperinci sebelum kita meratifikasikannya.

Kami berpendapat sebegini kerana:

Malaysia sudah menandatangani tujug perjanjian perdagangan bebas (FTA) secara langsung (dengan Australia, New Zealand, India, Chile, Jepun, Pakistan dan Turkey); lapan FTA lain melalui Asean (EU, Australia, New Zealand, India, China, Jepun, Korea dan Hong Kong) dan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP).

Jadi, ini bererti Malaysia sudah mempunyai FTA dengan kesemua negara-negara CPTPP kecuali tiga negara – Kanada, Mexico dan Peru. Jumlah eksport Malaysia ke ketiga-tiga negara ini hanya merupakan 1.8% daripada jumlah eksport kita keseluruhannya pada tahun 2021 (Mexico $2.8bn; Kanada $1.5bn; Peru $0.2bn) – berbanding jumlah ekspot untuk 2021 – $256.8bn). 

Walau bagaimanapun, tarif impot untuk tiga negara itu menggunakan perjanjian World Trade Organization adalah tidak begitu tinggi secara purata. CPTPP tidak akan menambahkan akses perdagangan yang berkesan dengan negara-negara tersebut malah import akan melebihi ekspot. Malaysia boleh memeteraikan perjanjian perdagangan dua hala dengan tiga buah negara ini, jika dirasa amat perlu.

Perdagangan dengan negara-negara lain tidak perlu FTA. Misalnya, Taiwan. Pada tahun 2019 dan 2020 Taiwan adalah rakan ekspot nombor lapan terbesar untuk Malaysia dengan jumlah ekspot sebanyak hampir RM40bn setahun atau 4% dari keseluruhan ekspot.

Jumlah ekspot Malaysia ke negara-negara lain telah meningkat dari RM980bn pada tahun 2019 ke RM1,240bn pada tahun 2021 – peningkatan sebanyak 12% dalam tempoh tiga tahun – walaupun Malaysia kini belum menyertai CPTPP. Tambahan pula, mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Dr R Banga, seorang pakar ekonomi daripada Unctad dengan metodologi World Bank, penyertaan dalam CPTPP akan mengurangkan pengimbangan perdagangan antarabangsa (external trade balance) Malaysia sebanyak RM9.6bn setahun untuk 10 tahun yang akan datang. Ini kerana dengan menghapuskan tarif untuk semua barangan impot akan menggalakkan tambahan impot, dijangka ia akan melangkaui tambahan ekspot di bawah CPTPP.

CPTPP mengenakan jauh lebih sekatan terhadap kuasa kerajaan untuk meregulasi dan mengurus ekonomi negara berbanding perjanjian RCEP. (Dimaklum bahawa RCEP juga ada sekatan terhadap kuasa menggubal dasar atau policy space.) Antara yang lain, CPTPP mengandungi satu bab khas untuk menyekat kaedah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terkandung dalam bab mengenai “State-owned enterprises” (SOE), dalam usaha mengurus khazanah negara. Persetujuan RCEP tidak mengandungi sekatan sebegini.

Melainkan syarat-syarat yang dikecualikan, SOE tidak boleh menerima konsesi daripada kerajaan dalam pinjaman, jaminan dan ekuiti, dan lain-lain dan mereka tidak boleh memberi keutamaan kepada orang tempatan dalam perolehan mereka sendiri. Pakej rangsangan dan pemulihan Covid yang diumumkan dan dirancang mungkin bertentangan dengan beberapa peraturan CPTPP dan tertakluk kepada cabaran.

READ MORE:  CPTPP: Penyelamat sosioekonomi Malaysia?

Perniagaan melibatkan perolehan GLC adalah sangat besar, lebih besar daripada kerajaan persekutuan. CPTPP secara amnya akan mengehadkan keutamaan kepada bumiputera, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan firma Sabah atau Sarawak digabungkan kepada hanya 40% daripada jumlah nilai perolehan GLC (kecuali Mara, Teraju, Ekuinas, Felda, PNB dan Lembaga Tabung Haji). Sehingga 2014 Petronas menyumbang kepada firma bumiputera 70% daripada nilai perolehannya, menurut kajian PWC untuk Miti. Tenaga Nasional juga akan menghadapi impak yang sama. Pada tahun 2020 98.7% perolehan bersih Tenaga Nasional diberi kepada pembekal tempatan, dan pada 2019 68% daripada perolehan GLC itu diberi kepada bumiputera. Adalah pendirian ramai pakar ekonomi bahawa kaedah GLC amat penting untuk membangunkan kapasiti sesebuah negara dalam bidang industri. Bagaimana kerajaan dapat meneruskan dasar polisi tertentu jika perolehan GLC dihadkan? 

Jika Malaysia meratifikasikan CPTPP, adalah amat payah untuk kita keluar dari perjanjian itu. Walaupun Malaysia secara teori boleh buat sedemikian, kerajaan jarang menarik diri daripada FTA. Kemudaratan yang tidak dapat dibaikpulih mungkin telah berlaku dan akan terus memberi impak kepada syarikat Malaysia, petani, GLC dan rakyat.

Antara perkara yang menimbulkan kebimbangan kami terhadap persetujuan CPTPP adalah:     

  • CPTPP memberi pelabur-pelabur asing terlalu banyak hak dan kelonggaran termasuk:
    • Hak mendapatkan layanan “national treatment” yang bererti sebarang galakan ataupun kemudahan yang kerajaan kita berikan kepada syarikat tempatan harus ditawarkan kepada para pelabur asing juga (hanya satu pengecualian kecil untuk subsidi dan geran bantuan)
    • Kerajaan Malaysia tidak dibenarkan menentukan syarat bahawa pelabur harus mengguna bahan atau barangan tempatan, ataupun memindahkan teknologi ke Malaysia, ataupun mengambil beberapa orang tempatan sebagai kakitangan di peringkat pengurusan syarikat asing itu
    • Sebarang pengecualian di atas adalah perlu dinyatakan dan dimasukkan dalam senarai negatif di bawah CPTPP
  • CPTPP memberi pelabur asing hak untuk menghadap kerajaan kita ke tribunal timbang tara swasta jika pelabur itu rasa keuntungannya, termasuk anggaran keuntungan masa depan, terjejas oleh dasar polisi kerajaan. Pelabur tidak dikehendaki untuk rujuk masalahnya dengan kerajaan di mahkamah tempatan dahulu. Pelabur boleh terus mengadu di tribunal swasta. Ini digelar investor-state dispute settlement (ISDS). Di bawah ISDS di hadapan panel arbitrasi tiga peguam korporat boleh menganugerahkan sejumlah pampasan (berbilion ringgit tanpa had), termasuk untuk kehilangan keuntungan pada masa hadapan. Pelabur telah berjaya menggunakan ISDS untuk mencabar dasar polisi dan tindakan kerajaan untuk melindungi kesihatan rakyat, alam sekitar, tindakan afirmatif dan dasar lain. Dalam 15 kes yang diketahui, pelabur telah memenangi lebih daripada $1bn, misalnya apabila sebuah wilayah di Pakistan tidak memberikan lesen perlombongan, Pakistan terpaksa membayar pelabur $5.9bn ganti rugi. Malah pelabur pula memenangi $1bn apabila mereka melanggar undang-undang tempatan dan dihukum kerana kesalahan tersebut.  Banyak  kes ISDS boleh dirujukkan di laman web Unctad
  • Kami khuatir liberalisasi besar akibat CPTPP akan berlaku, sedangkan perubahan pesat dalam pengagihan kekayaan beberapa tahun kebelakangan ini. Peratusan ekuiti asing telah jatuh daripada kira-kira 63% pada tahun 1970 kepada 25% pada tahun 1990; perkembangan ini membolehkan ekuiti bumiputera dan bukan bumiputera meningkat, kerajaan menggunakan pendekatan pembangunan yang menitikberat pengagihan semula. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh liberalisasi yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya dalam sektor perkhidmatan, peratusan ekuiti asing meningkat daripada 30% (2006) kepada 37% (2011), 45.3% (2015) dan 45.5% (2019). Antara 2011 dan 2019 ekuiti bumiputera jatuh daripada 23.4% kepada 17.2%, dan ekuiti bukan Bumiputera daripada 34.9 kepada 25%. CPTPP berkemungkinan akan mempercepatkan trend ini. Memandangkan sensitiviti dan keharmonian masyarakat Malaysia yang kompleks, menyelaras ketidaksamaan adalah dasar polisi yang amat penting, supaya kerajaan dapat mengekalkan dan mengukuhkan perpaduan dan pembangunan negara
  • CPTPP menghendaki Malaysia menyertai persetujuan UPOV (International Union for the Protection of New Varieties of Plants) 1991 yang akan melarang perkongsian dan penjualan benih antara petani jika benih tersebut adalah hasil tanaman benih yang diberi hak pembiak baka tumbuhan. Petani Malaysia perlu membayar royalti selama 25 tahun (untuk “vines” dan pokok) dan 20 tahun (untuk semua tumbuhan lain) untuk semua benih yang memenuhi kriteria UPOV. Malaysia akan diberi tempoh empat tahun selepas menyertai CPTPP untuk mematuhi UPOV. Akibat persetujuan UPOV petani dikehendaki membeli benih daripada syarikat pembekal benih. Ini berpotensi tinggi mewujudkan monopoli dalam pembekalan benih dan kos petani akan meningkat
  • CPTPP memerlukan Malaysia untuk mensifarkan tarif impot pada semua (100%) barangan impot masuk ke Malaysia. Ini bermakna hampir semua barangan buatan tempatan tidak akan dilindungi (kecuali daging ayam, khinzir, susu, telur dan barangan terpilih). Satu keadaan di mana lambakan barangan dari negara-negara CPTPP akan berlaku – yang mana akan melemahkan perniagaan tempatan terutama pengusaha SME – yang kemungkinan besar banyak syarikat tempatan akan terpaksa gulung tikar, mengakibatkan ramai pekerja akan hilang pekerjaan. (SME memberi pekerjaan kepada 64% dari jumlah pekerja di Malaysia)
READ MORE:  Why the CPTPP should not have been ratified

Syarat-syarat seperti di atas (dan syarat-syarat lain yang terkandung dalam teks CPTPP yang setebal 2,000 muka surat) menimbulkan kebimbangan di kalangan kami bahawa CPTPP adalah amat buruk untuk pembangunan negara – yang kini sedang bergelut dengan pelbagai masalah sosioekonomi yang memerlukan ruang dasar dan tindakan yang luas. Negara kita wajib berwaspada dan meneliti pros and cons menyertai perjanjian yang terlalu meluas, amat kompleks dan penuh dengan perangkap – apatah lagi jelas akan mengecil dan membatas ruang dasar kita. 

Kami ingin merayu kepada kerajaan baru untuk

  • Menangguhkan penyertaan CPTPP buat masa ini dengan menarik balik notis meratifikasi CPTPP
  • Menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh ahli akademik dan pakar ekonomi tempatan untuk mengkaji semula cost-benefit penyertaan dalam CPTPP. Kami boleh mengesyorkan beberapa ahli akademik yang boleh dijemput menganggotai jawatankuasa ini
  • Membentangkan penemuan jawatankuasa ini di Dewan Rakyat dan secara umum supaya ianya dapat dibahas secara mendalam sebelum keputusan diambil.    

Kami berharap [perdana menteri] akan mengambil berat terhadap isu ini dan memastikan perkara ini dikaji secara mendalam sebelum keputusan muktamad diambil. Kami minta peluang untuk bertemu dengan [PM] untuk perbincangan selanjutnya.

Azlan Awang ialah Jurucakap Gabungan Kedaulatan Negara

Diendors oleh individu-individu, NGO dan kesatuan-kesatuan sekerja yang berikut:

Pakar-pakar ekonomi dan tokoh-tokoh:

  1. Prof Jomo Kwame Sundaram
  2. Dr Nungsari Ahmad Radzi
  3. Prof Rajah Rasiah
  4. Datuk Prof Zakariah Abdul Rashid
  5. Datuk Prof Madeline Berma
  6. Prof Barjoyai Bardai
  7. Assoc Prof Dr  Ahmed Razman Abdul Latiff
  8. Nurul Izzah Anwar 
  9. Dato’ Seri Utama Mukhriz bin Tun Dr Mahathir
  10. Charles Santiago 
  11. Mohideen Abdul Kader 
  12. Maria Chin Abdullah 
  13. Mohd Azmi Bin Abdul Hamid (Cikgu Azmi)
  14. Dato’ Wira Amiruddin Hamzah
  15. Dr Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmod 
  16. Dr Molly Cheah 
  17. Dr Abdul Halim Husin 
  18. Datuk Nadzim Johan 
  19. Datuk Nizam Mahshar
  20. J Solomon
  21. Khalid Karim 
  22. Chee Yoke Ling
  23. Meena Raman 
  24. Akhramsyah Sanusi 
READ MORE:  Asia Pacific trade deal restricts new government from protecting public welfare

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO):

  1. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  2. Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
  3. Consumers’ Association of Penang (CAP)
  4. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
  5. Forum Kedaulatan Makanan Malaysia
  6. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
  7. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu
  8. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  9. Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (Macsa)
  10. Malaysian Medical Association
  11. Islamic Renaissance Front
  12. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  13. Malaysian Women’s Action for Tobacco Control and Health (MyWatch)
  14. Parti Pejuang Tanahair (Pejuang)
  15. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
  16. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  17. Pemuda Sosialis
  18. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
  19. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela)
  20. Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSawah)
  21. Agora Society Malaysia
  22. Awam
  23. Citizens’ Health Initiative
  24. Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM)
  25. Gerakan Pembela Ummah
  26. Health Equity Initiatives
  27. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
  28. Malaysia Muda
  29. Malaysian Institute of Sustainable Agriculture (Misa)
  30. Muwasolah Agamawan & Aktivis Memperkasa Institusi Raja-Raja (Mampir)
  31. Monitoring Sustainability of Globalised (MSN)
  32. People’s Health Forum
  33. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (Susden Malaysia)
  34. Third World Network (TWN)
  35. Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas Malaysia)
  36. Ikatan Intelegensia Muda Malaysia (I²MAM)
  37. International Waqf Action Council (iWAQF)
  38. Jaringan Penternak Nasional Marhaen
  39. Persatuan  Pengeluar,Pengedar, Pembekal Bahan Binaan Malaysia
  40. Persatuan Kebajikan OKU Pendengaran Kawasan Seputeh
  41. Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (Klima Action Malaysia – Kamy)
  42. Persatuan Pendidikan Dan Penyelidikan Untuk Pengguna-Pengguna Pahang
  43. Persatuan Sabahat Wanita Selangor
  44. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia  (Grass Malaysia)
  45. Pertubuhan Pembangunan Dan Inovasi Wanita (Wadi Malaysia)
  46. Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (Penggerak Malaysia)
  47. Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia
  48. Pertubuhan Penyelidikan Antarabangsa dan Penyelidikan Untuk Kelestarian (Idris Association)
  49. Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+)
  50. Potere al Popolo
  51. Persatuan Agroecologi Malaysia (Sri-Mas)
  52. Teras Pengupayaan Melayu (Teras)
  53. Treat Every Environment Special
  54. International Movement For A Just World
  55. Muslim Business Network Association of Malaysia (Mubin)

Kesatuan sekerja:

  1. Coalition Against Multiplicity of Unions (Camu) – terdiri dari 39 kesatuan sekerja
  2. National Union of Bank Employees (NUBE)
  3. CIMB Bank Berhad Executive Staff Union
  4. Sabah Banking Employees Union
  5. Sabah Plantation Industry Employees Union
  6. Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia
  7. Kesatuan Pekerja Pekerja Tekstil Dan Pakaian Johor
  8. Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB)
  9. National Union of Flight Attendants Malaysia (Nufam)
  10. Kesatuan Pekerja Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia

Individu:

  1. Roslizawati Md Ali
  2. Norsyahrin Hamidon
  3. Amir Hamzah Karim
  4. Yazid Othman
  5. Sivarajan Arumugam
  6. Edward Low
  7. Muhammad Farhan Basheer
  8. Zuhaizar Abd karim
  9. Rizal Jaapar
  10. Hisham Hussein
  11. Dr Haniff Ahamat
  12. Nurfitri Amir
  13. Dato’ Md Pishal Ab Raub
  14. Mohammad Syahnis Salleh
  15. Jeremy Kwan
  16. Khairul Anuar Ali
  17. Ar Mohd Azli Yusof
  18. Azlan Awang
  19. A. Karuna
  20. Hambali Mukhlas
  21. Evelyn Teh
  22. Han Yang
  23. Danesh Prakash Chacko
  24. Tik Shaiza Ariffin
  25. Karuna Yong
  26. Beverly Joeman
  27. Aliff Basri
  28. Noor Azilla Osman
  29. Alessandro Piso
  30. Darmashakthini Arujunan
  31. Diyana Yahya
  32. Hud Sulaiman
  33. Anuar Mahmod
  34. Jason Wong
  35. Rosli Omar
  36. Xavier Sim Yoon Han
  37. Syed Shaiful Hyder Bin Syed Ibrahim
  38. Gulab Jan bt Fazal Eladi
  39. Dorathy Benjamin
  40. Gerry Timothy
  41. Hasma Hasan
  42. Hezri Sardi
  43. Mohd Shaani
  44. Noor Arianti Osman
  45. Eh Chen A/L Eh Sup
  46. Raja Azlin
  47. Alawi abdullah
  48. Ayu Razak
  49. Ishak bin Mohd Yusof
  50. Manis Chen
  51. Theiva Lingam
  52. Mohd Rahmat Bin Abd Hamid
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments