Tangkapan wartawan berhubung dakwaan menceroboh dipandang serius

GERALT/PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Majlis Media Malaysia (MMM) menegaskan bahawa dalam banyak keadaan, kerja kewartawanan – termasuk berada di lokasi kejadian, membuat pemerhatian dan mendapatkan maklumat – adalah sebahagian daripada fungsi sah media dalam melaporkan isu kepentingan awam.

Oleh itu, tafsiran “menceroboh” dalam konteks kerja liputan perlu diperjelaskan secara teliti agar tidak mengkriminalisasikan tugas wartawan.

Sebarang tindakan terhadap wartawan mesti dinilai secara ketat berdasarkan prinsip keperluan dan kesepadanan. Adalah penting untuk membezakan dengan jelas antara pelanggaran undang-undang yang sebenar dan aktiviti kewartawanan yang sah.

MMM turut menekankan bahawa proses siasatan perlu dijalankan secara telus, profesional, dan menghormati hak wartawan untuk menjalankan tugas tanpa gangguan atau tekanan yang tidak wajar.

Kes ini menimbulkan persoalan lebih luas mengenai ruang akses wartawan ke lokasi dan peristiwa berkepentingan awam, serta keperluan garis panduan yang jelas antara pihak berkuasa dan pengamal media.

MMM akan terus memantau perkembangan kes ini. – MMM

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted