
[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa semua pihak baik individu atau pihak berkuasa agar menangani dan menghentikan segera masalah pembuangan sampah haram yang sehingga kini masih berlaku di merata tempat di negara ini.
Akhbar tempatan pada Mei 2024 melaporkan masalah pembuangan sampah haram yang berlaku di seluruh negara, antaranya ialah isu tapak pelupusan haram di Kampung Jimah Lama, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Pada Julai 2024, penduduk Semerak, Pasir Puteh, Kelantan mendedahkan kawasan berdekatan kubur turut menjadi tapak pelupusan sampah haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga membawa kepada pelbagai masalah pencemaran bau busuk dan menjadi tempat pembiakan tikus dan lalat.
Pada Disember 2024 pula penduduk Felda Kerteh 4, Dungun, Terengganu mendapati jalan di kawasan ladang kelapa sawit dijadikan tempat pembuangan sampah meskipun wujud papan tanda larangan membuang sampah.
Pada Disember 2024 juga penduduk Kampung Telok Serdang, Perling, Johor menyuarakan kebimbangan terhadap tapak pembuangan sampah haram yang dikesan berdekatan Sungai Skudai. Tapak pembuangan sampah haram seluas padang bola itu berada di pinggir Sungai Skudai yang sebelum ini sering dilaporkan tercemar dan dipenuhi dengan sampah sarap yang kebanyakannya longgokan beg plastik berisi sisa plastik.
Sebelum itu pada Oktober 2024, penduduk Kampung Tuah Jaya, Johor Bahru kecewa susulan kewujudan sebuah tapak pelupusan sampah haram berhampiran Sungai Danga yang menyebabkan pencemaran udara dan menjejaskan kesihatan awam. Beberapa lokasi di kawasan pinggir Sungai Danga dipenuhi longgokan sampah juga menyebabkan pencemaran bau busuk.
Tapak pembuangan sampah haram mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar, kesihatan dan komuniti, memandangkan air larut resap yang terhasil daripada sisa sampah itu boleh menjejaskan sistem saliran yang berhampiran.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Kebanyakan kawasan tapak pelupusan haram ini juga banyak dipenuhi dengan sisa sampah yang terdiri daripada plastic. Kita semua maklum bahawa masalah pembuangan sisa plastik juga turut menjadi masalah kepada alam sekitar.
Bahaya plastik kepada alam sekitar dan kesihatan manusia adalah amat ketara. Plastik kini terdapat di semua sistem air. Plastik dalam bentuk lengkap menimbulkan ancaman besar kepada kehidupan marin, dan dalam bentuk pecahan (iaitu mikroplastik dan nanoplastik) ia memasuki rantaian makanan dan akhirnya berkumpul di dalam badan manusia. Apabila dibakar, plastik melepaskan pencemar organik yang berkekalan, pelbagai pelepasan gas toksik dan gas rumah hijau.
Laporan “Cleanest Countries in the World” yang diterbitkan oleh World Population Review, hasil kajian Universiti Yale, Universiti Columbia dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) mendedahkan kedudukan Malaysia dalam penilaian kebersihan global jauh ketinggalan berbanding banyak negara lain.
Perkara ini amat memalukan memandangkan sejak di alam persekolahan lagi kita dididik untuk menjaga kebersihan baik di sekolah mahu pun semasa berada di luar sekolah. Generasi demi generasi telah terdidik dengan kepentingan menjaga kebersihan tetapi malangnya masih tidak diamalkan apabila dewasa.
Kita perlu mengambil iktibar daripada rakyat Jepun yang terkenal dengan sikap bersih yang berjaya memupuk budaya kebersihan sejak kecil melalui amalan membersihkan kelas secara berkumpulan.
Selain itu, usaha melalui kempen kebersihan yang berterusan dijalankan oleh pihak berkuasa dan komuniti juga tidak menunjukkan keberkesanannya disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat dan pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati menyebabkan munculnya tapak pembuangan sampah haram.
Pihak berkuasa digesa agar menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 serta undang-undang kecil masing-masing dengan lebih tegas dalam menangani masalah pembuangan sampah haram ini, memandangkan hanya mereka yang telah diberi lesen sahaja boleh menjalankan perkhidmatan sisa pepejal, kemudahan pengurusan sisa pepejal atau menjalankan perkhidmatan pembersihan awam.
Pengasingan sisa di punca, pengurangan janaan sisa, penggunaan semula bahan dan kitar semula bahan dengan selamat boleh diamalkan oleh semua pihak dalam usaha menangani masalah pembuangan sampah haram ini. Kempen kesedaran di institusi pendidikan dan komuniti perlu ditingkatkan.
Memasuki 2025 usaha membanteras tapak pelupusan dan pembuangan sampah haram mestilah ditangani dan dihentikan segera oleh semua pihak memandangkan tanggungjawab untuk memastikan negara ini bersih adalah terletak kepada setiap orang. – CAP
Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
English version
Address the issue of illegal waste disposal immediately
The Consumers’ Association of Penang (CAP) urges all parties, both individuals and authorities, to address and immediately put an end to illegal waste disposal, which continues to occur in various locations across the country.
Local media reported in May 2024 about illegal waste dumping nationwide. Among the cases was the illegal landfill in Kampung Jimah Lama, Port Dickson, Negeri Sembilan.
In July 2024, residents of Semerak, Pasir Puteh, Kelantan revealed that an area near a cemetery was being used as an illegal waste dumping ground by irresponsible people, leading to foul odour, rat and fly infestations and a breeding ground.
In December 2024, residents of Felda Kerteh 4, Dungun, Terengganu discovered that roads in the oil palm smallholdings were being used for waste dumping despite warning signs prohibiting such activities.
Also, in December 2024, the residents of Kampung Telok Serdang, Perling, Johor raised concerns about an illegal dumping site near the Skudai River. This dumping site, as large as a football field, was on the edge of the river, which had already been reported to be heavily polluted and filled with plastic waste, primarily from discarded plastic bags.
Prior to this, in October 2024, residents of Kampung Tuah Jaya, Johor Bahru, expressed their disappointment over the presence of an illegal landfill near the Danga River. This had caused air pollution and negatively affected public health. Several locations along the river banks were filled with waste, emitting a foul odour.
Illegal waste dumping sites have negative impacts on the environment, public health and the community, as the leachate generated from such waste can contaminate nearby water bodies.
Most of these illegal dumping sites are filled with plastic waste, which we know poses a significant problem for the environment. Plastic waste is highly detrimental to both the environment and human health. Plastic now exists in all water systems.
Intact plastic threatens aquatic life, while fragmented plastics, such as microplastics and nanoplastics, enter the food chain and eventually accumulate in the human body. When burned, plastic releases persistent organic pollutants, toxic gases and greenhouse gases.
According to the report “Cleanest Countries in the World” by the World Population Review, based on research by Yale University, Columbia University and the World Economic Forum (WEF), Malaysia’s ranking in global cleanliness is far behind many other countries.
This is highly embarrassing, especially since cleanliness has been emphasised in schools and communities for generations. Unfortunately, this awareness has not been translated into practice among adults.
We should take inspiration from the Japanese, who are renowned for their cleanliness, instilled through habits like cleaning classrooms in groups from an early age.
Additionally, continual efforts by the authorities and communities to run cleanliness campaigns have not been effective due to the irresponsible actions of some members of society who dispose waste indiscriminately, leading to the emergence of illegal waste dumping sites.
Authorities are urged to strictly enforce the Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 and related regulations and by-laws to address illegal waste disposal, as only licensed entities are permitted to carry out solid waste management, waste facility management or public cleaning services.
All parties can contribute to resolving this issue by practising waste separation at source, reducing waste generation, reusing materials and recycling safely. Awareness campaigns in educational institutions and communities need to be intensified.
As we enter 2025, efforts to combat illegal landfills and waste disposal must be immediately addressed by all parties, as maintaining cleanliness in this country is everyone’s responsibility. – CAP
Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers Association of Penang (CAP).
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme