[ENGLISH VERSION BELOW] Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa seramai 14,000 kanak-kanak di Gaza akan menghadapi kebuluran dan kematian jika bantuan tidak sampai kepada mereka dalam masa 48 jam.
Ini berikutan tiga bulan sekatan kejam yang dikenakan oleh Israel ke atas lebih dua juta rakyat Palestin di Gaza sejak kegagalan rundingan gencatan senjata. Rejim Israel telah menggunakan keganasan untuk memusnahkan segala usaha untuk mempertahankan nyawa di Gaza.
Awal Mei lalu, konvoi kemanusiaan antarabangsa Freedom Flotilla telah dibom oleh serangan dron Israel, hanya beberapa minggu selepas pasukan paramedik diserang dan dibunuh di Rafah, sementara hospital dan klinik terus dibedil dengan bom buatan Amerika dan Eropah.
Mirip dengan pendudukan Iraq dan Afghanistan, pentadbiran Donald Trump merancang untuk menjajah Gaza di bawah penguasaan AS. Kerajaan AS telah menubuhkan “Gaza Humanitarian Foundation”, sebuah muslihat untuk memusnahkan organisasi bantuan di Palestin dan menggantikan pekerja kemanusiaan dengan askar upahan AS yang dilatih Israel. Makanan, ubat-ubatan dan bantuan lain akan dikawal ketat oleh askar upahan ini menggunakan trak berperisai dan sekatan jalan.
Usah dinafikan bahawa setiap institusi antarabangsa dan kerajaan, termasuk Malaysia, turut terpalit kerana membenarkan sekatan dan kebuluran di Gaza terus berlaku.
Sementara bayi-bayi di Gaza mati kelaparan dan tentera AS bersiap untuk menceroboh Gaza, kerajaan Malaysia menjemput tentera laut AS ke Langkawi bagi menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (Lima) dari 20 hingga 24 Mei.
Lima bertujuan untuk memperkukuh kerjasama ketenteraan Malaysia-AS dalam “peperangan anti-kapal selam, pertahanan strategik, dan operasi darat-laut-udara”. Selain menjemput tentera AS yang terlibat dalam genosid di Yaman dan Palestin, pameran Lima juga mengundang syarikat-syarikat yang membekalkan senjata kepada Israel untuk kempen pembunuhannya di Gaza….
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Dengan perbelanjaan ketenteraan bernilai RM21bn, kerajaan Malaysia seharusnya mengambil tindakan kukuh untuk hentikan sekatan keatas Gaza dan membuka laluan selamat untuk konvoi antarabangsa seperti Freedom Flotilla.
Namun, tentera Malaysia sedang bermain permainan perang dengan tentera Amerika, yang bukan sahaja menyumbang kepada genosid tetapi juga merosakkan alam sekitar dan kehidupan masyarakat tempatan di Langkawi, menyebabkan kerosakan harta benda dan rumah.
Tahun depan, kerajaan Malaysia bakal menyertai Rimpac 2026 bersama AS dan Israel untuk bertukar maklumat, strategi pertahanan dan taktik perang.
Sebagai ahli Kumpulan Hague dan negara anggota PBB, penyertaan Malaysia dalam latihan ketenteraan AS dan kerjasamanya dengan pengeluar senjata Zionis jelas melanggar kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa.
Secara tidak langsung, kerajaan Malaysia telah menjadi perantara untuk pemindahan senjata dan sumber lain yang digunakan Israel dalam genosidnya.
Tindakan kerajaan Malaysia dalam perkara ini tiada beza dengan rejim zalim di Timur Tengah seperti Jordan, UAE, Arab Saudi, Maghribi dan Turki yang terus mengaut keuntungan dari kesengsaraan rakyat Palestin sambil menormalisasi perhubungan dengan rejim Zionis dan sekutunya.
Oleh itu, kami menuntut:
- Tamatkan sekatan sekarang: Masyarakat antarabangsa harus hentikan sekatan haram Israel terhadap Gaza dan segera membuka koridor kemanusiaan ke Gaza.
- Usir tentera AS dari Asia: Kerajaan Malaysia harus membatalkan dan menggantung semua perjanjian pertahanan dengan tentera AS selagi ia terus memudahkan sekatan genosid ke atas Gaza dan pendudukan Zionis di Palestin. Tarik diri daripada segala bentuk kerjasama dengan kuasa imperialis, termasuk Lima 2025 dan Rimpac 2026.
- Hentikan penguasaan as ke atas Gaza: Malaysia mesti menggunakan semua aset diplomatik dan ketenteraan untuk menghentikan pendudukan AS-Israel, menekan blok imperialis untuk hentikan sokongan kepada Israel, dan memastikan keselamatan konvoi antarabangsa seperti Freedom Flotilla.
English version
End the siege on Gaza now, stop US war games
The UN has warned that over 14,000 children in Gaza will face acute starvation and imminent death if aid does not reach them within 48 hours.
This comes after three months of the brutal Israeli-imposed blockade and starvation of over two million Palestinians in Gaza since the collapse of ceasefire negotiations. The Israeli regime has resorted to unimaginable violence to extinguish any and all efforts to protect life in Gaza and Palestine.
Earlier in May, the Freedom Flotilla Coalition, an international humanitarian convoy, was bombed by Israeli drone strikes, only weeks after paramedics were ambushed and slaughtered in Rafah while hospitals and clinics continue to be bombarded with US and European bombs.
In scenes echoing the invasion of Iraq and Afghanistan, the Donald Trump administration has been accelerating its plans for the American colonial takeover of Gaza. It has implemented plans for the so-called “Gaza Humanitarian Foundation”, which aims to destroy every single surviving aid organisation in Palestine and replace humanitarian staff with US mercenaries trained by Israel. Food, medicine and other essential aid will be strictly surveilled and delivered by American gunmen-for-hire through armoured trucks and checkpoints.
Make no mistake: every international institution and government bears collective responsibility for enabling the genocidal blockade and starvation of Gaza, including Malaysia.
While infants in Gaza are dying, and US soldiers prepare its boots to enter Gaza, the Malaysian government was hosting the US Navy in Langkawi as part of its maritime exhibition from 20 to 24 May.
The Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (Lima) aims to deepen cooperation between the Malaysian and US military “in anti-submarine, surface, and air warfare, strategic defense, close-maneuvering, and interpersonal operational coordination on shore, at sea, and in the air”.
Besides hosting the US military, which is actively involved in the genocides of Yemen and Palestine, it was hosting multiple corporations supplying the Israeli regime with weapons for its starvation campaign….
Instead of using its RM21bn worth of military spending to militarily intervene in the blockade of Gaza and secure safe passage for aid groups such as the Freedom Flotilla, the Malaysian military was playing war games with the genocidal American forces in Langkawi. These exercises were also devastating the environment and wellbeing of communities on the island, resulting in damage to property and homes.
Next year, the Malaysian government will be participating in Rimpac 2026 alongside US and Israel to exchange intelligence, defence strategies and war tactics.
As a member of the Hague Group and a UN member state, Malaysia’s participation in US military exercises and continued partnerships with weapons manufacturers violates its obligations under international law and makes it complicit as an intermediary for transfers of weapons and other resources that may ultimately be sent to Israel to be used for genocide.
The Malaysian government’s actions make it no different from the despotic regimes in the Middle East such as Jordan, the UAE, Saudi Arabia, Morocco and Turkey, who continue to profit from the blood of Palestinians while normalising and partnering with the Zionist regime and its imperialist allies.
We, the undersigned, therefore demand:
- Break the siege now: World governments must stop enforcing Israel’s illegal siege and immediately open a humanitarian corridor to Gaza.
- US troops out of Asia: The Malaysian government must terminate and suspend all ongoing defence agreements with the US military forces, as long as it continues to facilitate the genocidal blockade of Gaza and the occupation of Palestine. This includes withdrawing any present and future assistance that enables or facilitates the maintenance of the Zionist occupation or the blockade of Gaza, including US war games such as Lima and Rimpac 2026.
- Stop the US takeover of Gaza: Malaysia must use every diplomatic and military asset to stop the American-Israeli occupation plan, pressure the imperialist bloc to end its support for Israel, and secure safe passage for international missions to Gaza, including the Freedom Flotilla Coalition.
Endorsed by:
- Gegar
- Students Against Genocide Malaysia (SAGM)
- Gabungan Mahasiswa Memperjuangkan Palestin (GMMP)
- Sekolah Merdeka
- Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (Aksi)
- Pemuda Sosialis
- Suara Siswa UiTM
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme