[ENGLISH VERSION BELOW] Usaha yang dilakukan baru-baru ini untuk mengemas kini Taksonomi Malaysia untuk Kewangan Mampan, sistem klasifikasi untuk projek berdasarkan kriteria alam sekitar dan sosial, tidak dapat melindungi hutan, kepelbagaian biologi dan hak Orang Asal dan masyarakat tempatan dengan secukupnya.
Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah mengambil bahagian dalam rundingan awam mengenai draf Taksonomi Malaysia untuk Kewangan Mampan yang diadakan dari Mac hingga April 2026 oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Walaupun terdapat sedikit kemajuan berbanding versi sebelumnya, taksonomi yang dicadangkan itu masih lemah dalam menangani perlindungan hutan dan menegakkan hak Orang Asal dan masyarakat tempatan.
Berdasarkan penyelidikan baharu kami, SAM mempunyai tiga tuntutan utama untuk mengukuhkan lagi taksonomi ini bagi institusi kewangan.
Melibatkan orang yang sebenarnya terjejas: Adalah amat jelas bahawa para pengawal selia telah mengarahkan lebih daripada 30 soalan maklum balas kepada institusi kewangan, dengan memberi tumpuan besar kepada pertimbangan data dan pelaksanaan, sedangkan tiada satu pun soalan ditujukan kepada NGO atau masyarakat yang terjejas.
Kami menggesa pasukan petugas Taksonomi Malaysia untuk Kewangan Mampan untuk mengadakan perundingan khusus dengan Orang Asal dan masyarakat tempatan dan secara rasmi memasukkan wakil-wakil daripada pertubuhan masyarakat sivil akar umbi dan pertubuhan berasaskan masyarakat. Institusi kewangan mestilah dikehendaki untuk menggabungkan masyarakat sivil dan input masyarakat dalam usaha wajar bagi sektor berisiko hutan.
Menjadikan prinsip izin, maklum awal, bebas dan telus mandatori: Draf semasa membenarkan syarikat untuk mendapatkan pembiayaan “hijau” jika mereka mempunyai dasar hak asasi manusia korporat yang luas, walaupun sesuatu projek tempatan tersebut melanggar hak masyarakat. Itu adalah satu kelemahan yang besar.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Kami menekankan bahawa perlindungan alam sekitar dan sosial perlu disemak di peringkat projek. Yang penting, institusi kewangan mestilah meminta pelanggan mereka menghormati hak Orang Asal untuk memberi atau menahan prinsip izin, maklum awal, bebas dan telus pada mana-mana peringkat perancangan dan pelaksanaan projek.
Saluran yang jelas untuk orang yang terjejas melaporkan rungutan atau acah hijau (greenwashing) mestilah disediakan di setiap institusi kewangan.
Mempunyai senarai merah khusus Malaysia: Pengawal selia kewangan Malaysia berhasrat untuk menyelaraskan diri dengan piawaian Asean.
Tetapi rangka kerja wilayah itu tidak mempunyai kategori “merah” yang jelas untuk menyekat pembiayaan bagi projek pertanian dan perhutanan yang bermasalah.
Kita memerlukan senarai merah khusus bagi Malaysia yang secara automatik menyekat pembiayaan bagi kesalahan terburuk. Ini termasuklah membersihkan hutan, mengeringkan tanah gambut dan menceroboh wilayah hak adat Orang Asal.
Jika sesuatu aktiviti memusnahkan kawasan sensitif alam sekitar kita atau melanggar hak asasi manusia, institusi kewangan tidak seharusnya dibenarkan membiayainya dalam apa jua keadaan.
Berikan kekuatan kepada peraturan itu: Akhirnya, taksonomi tanpa penalti adalah semata-mata aspirasi. Bagi memacu perubahan sebenar dan bukannya hanya acah hijau, pengawal selia perlu memperkenalkan peraturan mandatori yang mengikat.
Institusi kewangan yang salah mengklasifikasikan projek yang merosakkan alam sekitar atau mengabaikan risiko biodiversiti mestilah menghadapi sekatan yang serius.
Masalah acah hijau alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) telah diiktiraf secara meluas, termasuk oleh Rangkaian Bank Pusat dan Penyelia bagi Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS), yang menekankan bahawa pengawasan kawal selia yang berkesan dan mekanisme pengesahan yang mantap adalah penting untuk menghalangnya.
Untuk ulasan penuh SAM mengenai Taksonomi Malaysia untuk Kewangan Mampan, sila lihat catatan blog kami di sini. Kami menggesa pengawal selia untuk mempertimbangkan dan menerima pakai cadangan dalam SAM’s Regulating Finance for Forests and Community Rights in Malaysia (February 2026) report. – SAM
A stronger sustainable finance taxonomy is needed for our forests, biodiversity and community rights
The recent effort to update the Malaysia Taxonomy for Sustainable Finance, a classification system for projects based on environmental and social criteria, falls short of adequately protecting forests, biodiversity and safeguarding the rights of Indigenous peoples and local communities.
Sahabat Alam Malaysia (SAM) took part in the public consultation on the draft Malaysia Taxonomy for Sustainable Finance held from March to April 2026 by Bank Negara and the Securities Commission.
While there is some progress compared to the previous version, the proposed taxonomy remains weak in addressing forest protection and upholding the rights of Indigenous peoples and local communities.
Based on our new research, SAM has three main demands to strengthen this taxonomy for financial institutions.
Involve the people actually affected: It is telling that the regulators directed all 30-plus feedback questions to financial institutions, focusing largely on data and implementation considerations, while not a single query was addressed to NGOs or affected communities.
We urge the Malaysia Taxonomy for Sustainable Finance Taskforce to hold dedicated consultations with Indigenous peoples and local communities and formally include representatives from grassroots civil society groups and community-based groups.
Financial institutions must be required to incorporate civil society and community inputs in due diligence for forest-risk sectors.
Make free, prior and informed consent mandatory: The current draft allows companies to obtain “green” financing if they have a broad corporate human rights policy, even if a specific local project violates community rights. That is a huge loophole.
We stress that environmental and social safeguards have to be checked at project level. Importantly, financial institutions must require their clients to respect the right of Indigenous peoples to give or withhold free, prior and informed consent at any stage of project planning and implementation.
Clear channels for affected people to report grievances or greenwashing must be set up at every financial institution.
Have a Malaysia-specific red list: Malaysian financial regulators aim to align with the Asean standard. But that regional framework does not have a clear “red” category to block funding for problematic agricultural and forestry projects.
We need a Malaysia-specific red list that automatically blocks financing for the worst offences. This includes clearing forests, draining peatlands and encroaching on indigenous customary territories.
If an activity destroys our environmentally sensitive areas or violates human rights, financial institutions should not be allowed to finance it under any circumstances.
Give the rules some teeth: Finally, a taxonomy without penalty is merely aspirational. For it to drive real change instead of just greenwashing, regulators need to introduce mandatory, binding rules.
Financial institutions that misclassify environmentally destructive projects or ignore biodiversity risks must face serious sanctions.
The problem of environmental, social and governance (ESG) greenwashing has been widely recognised, including by the Network of Central Banks and Supervisors for Greening the Financial System (NGFS), which emphasises that effective regulatory oversight and robust verification mechanisms are crucial to prevent it.
For SAM’s full comments on the Malaysia Taxonomy for Sustainable Finance, please see our blog post here. We urge the regulators to consider and adopt the recommendations in SAM’s Regulating Finance for Forests and Community Rights in Malaysia (February 2026) report. – SAM
Meenakshi Raman is the president of Sahabat Alam Malaysia.
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


