Tafsiran kematian dalam tahanan oleh kerajaan adalah salah – Edict

34 views
File photo: themalaymailonline

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) mengucapkan tahniah atas keprihatinan Hasan Karim atas soalan mengenai angka kematian dalam tahanan.

Edict walaubagaimanapun mempersoalkan angka yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dalam menjawab soalan tersebut.

Angka yang diberikan oleh menteri dalam negeri mengenai kematian dalam tahanan polis yang berlaku pada tahun 2021 bermula Januari sehingga Ogos hanya tertumpu kepada kematian yang berlaku di dalam lokap semata-mata. Justeru, kematian tersebut hanya mencatat enam orang tahanan.

Kematian dalam tahanan polis bukan hanya bermaksud kematian yang berlaku di dalam lokap polis semata-mata. Maksud “dalam tahanan” adalah tahanan itu berada dibawah tanggungjawab dan kuasa pihak polis tanpa mengira dimana lokasi tahanan itu berada, sama ada dalam kereta polis, kejar-mengejar atau ketika menjalani rawatan di hospital. Apabila seseorang itu telah ditahan, sekiranya orang tersebut didapati mati sejurus selepas penahanan, maka kematian itu dikira sebagai kematian dalam tahanan.

Menurut statistik Edict, kes-kes yang diterima Edict, terdapat 10 kes kematian dalam tahanan polis yang berlaku antara Januari 2021 dan Ogos 2021. Berikut adalah komposisi kematian dalam tahanan polis dalam unjuran tempoh tersebut:

Negeri:

  • Kedah – 1
  • Johor – 4
  • Selangor – 4
  • Kelantan – 1

Kaum:

  • Melayu – 2
  • Cina – 1
  • India – 3
  • Warga asing – 4

Terdapat banyak kes mahkamah yang telah membuktikan bahawa kematian dalam tahanan polis tidak terhad kepada kematian yang berlaku di dalam lokap semata-mata. Menurut mahkamah, selagi tahanan tersebut berada dibawah kuasa dan tanggungjawab pihak polis, tahanan tersebut dikira sebagai mati dalam tahanan polis.

Justeru, kami menggesa agar pihak menteri dalam negeri dapat menyediakan angka kematian dalam tahanan polis yang lebih tepat dengan definisi “kematian dalam tahanan polis” tersebut.

Kami juga ingin membangkitkan isu vaksinasi ke atas para tahanan dan banduan yang didapati tercicir daripada misi vaksinasi negara. Seperti yang semua pihak maklum, kadar jangkitan Covid di dalam pusat tahanan adalah amat tinggi dan membimbangkan malahan terdapat banyak kes kematian akibat Covid telah berlaku di penjara.

Oleh itu kami di Edict meminta Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk menjelaskan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan dalam memastikan proses vaksinasi berjalan lancar ke atas para tahanan di pusat-pusat tahanan seperti penjara, depot imigresen dan lokap. – Edict, 22 September 2021

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments